Monday, March 1, 2010

A month anniversary

Segalanya hanya untukmu ,ku pasti ...
Hola peeps,
Alhamudlillah we are turning 1 month .
My husband is a caring and nice person ever..

We are going to start our life as student back again next week.So,no more honeymoon ..
i love you baby...
well,i wanna tell you guys some secret...jeng jeng jeng ...

today im gonna cook my husband favorite foods..kailan ikan masin & udang masak petai ..dang!dia tak tau ok yg i nak masak for him!
i really really really LOVE my husband so much ..
serious makin cinta selepas berkahwin ..
maaf jika belog ini berbau jiwang..


Perkahwinan adalah merupakan satu ibadah suci yang termaktub dalam al-Quran dan hadith-hadith Nabi. Dalam perkahwinan itu sendiri mengandungi banyak hikmah dan keistimewaan. Maka sesiapa yang mampu melaksanakannya dengan sempurna, maka ia dan pasangannya akan mendapat ganjaran.Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang."

Maka jelas sekali bahawa tujuan perkahwinan itu bukan untuk seronok-seronok atau sekadar melepaskan rangsangan hawa nafsu, tetapi ialah untuk melahirkan pertalian kasih sayang bagi kedua pasangan. Kasih sayang di sini ialah kasih sayang yang sejati dan abadi, dari usia muda sampai ke usia tuanya.Dari sudut syara', hukum berkahwin itu terbagi kepada empat kategori: wajib, sunat, haram dan mubah. Setiap kategori ada sebab-sebab dan asas-asasnya tersendiri. Ia jadi wajib, kalau sesaorang itu sudah mampu (fizikal, material dan spiritual), dan takut terjerumus kelembah perzinaan kalau ia tidak berkahwin. Ia jadi sunat, kalau seseorang itu mampu dan dalam waktu yang sama ia mempu menahan diri dari melakukan perzinaan, maka ketika itu baginya adalah lebih baik berkahwin dari membujang. Ia menjadi haram, kalau tujuan berkahwin itu semata-mata untuk balas dendam atau untuk menyakiti orang lain. dan ia menjadi mubah, kalau seseorang itu tidak berhalangan untuk berkahwin sedangkan hawa nasfunya tidak kritikal untuk melakukan sesuatu yang dilarang oleh agama.Kalau kedua-dua pasangan suami-isteri itu dapat memahami konsep ibadah dalam perkahwinan, maka sudah tentu masalah rumahtangga tidak timbul.

DOA RASULALLAH SAW

Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaika dan seperti Engkau satukan hati Rasullah SAW dan Siti Khadijah.Semoga Allah memberkati kita berdua kebaikan dan keberkatan dan di akhirat.Amin Ya Rabbal Alamin


doakan kami bahagia,kekal selamanya


p/s: HAPPY BIRTHDAY to my brother DR AZLAN HELMY...yang ke 27tahun....love u bro!

3 comments:

ain j said...

such a sweet kapel !!!!!

A wisher said...

happy for u cousin

N N said...

hye tya
nice shoot... ;)
well, happy 1 month anniversary !
hoorey

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...