Friday, April 29, 2011

Wedding preparation part 2 -CAKE NANI IDAYU

Cake DEWAN

Untuk Cake pula,sepertia biasa...saya memilih my friend,Nani Idayu yang design for Nikah last year.Akibat sangat2 berpuas hati dengan cake yang di reka,jadi untuk kali ini,saya mintak dia buat lagi design yang chantique for our cakes.Seperti biasa, saya perluakan sketch untuk mengambarkan cake tersebut.Jadi,Nani telah pun sketch..sebelum cake tu siap tgk sketch lagi ,saya dapat merasakan cake itu menawan dan chantique.Selalunya,cake yang di lihat lawa x sedap..tapi dengan cake buatan Nani...Ya ALLAH sedap sangat2!!!seriousssssss tak tipu....

Dekat Dewan basically,Nani ambek sedikit concept pada pelamin yang di reka oleh Arma dan juga concept warna tema kami iaitu Turquoise.Jadi, Himpunan bunga2 di atas Cake tersebut menunjukkan Concept Pelamin kami di mana mempunyai ciri-ciri bunga-bungaan yang fresh menghiasi pelamin .
Lihat sahaja Bunga-bunga itu..rasa mcm sayang je kan nak buang and alll...Sayang gileee tau tak!
Inilah cake yang saya potong di hadapan Para tetamu tatkala Majlis Persandingan di rumah.Sayang sangat nk potong....

Cake RUMAH

Untuk concept cake kat rumah,seperti biasa saya nk terapkan percintaan saya dan suami berteraskan Basikal .ho ho..I told Nani that i want pengantin Naik Basikal 2 orang smbil laki naik Basikal...Ya ALLAH!!Tak sangka ok!Basikal itu menjadi kenyataan.....bukan itu je,cake itu sangat2 indah laaa..!!Cantik sangat!!

Kite zoom sikit....rupa cakpe dari dekat....Warna ungu merupakan warna theme kami di rumah...Memang puas hati la..sangat cantik kan??


Cake Ungu yang satu sambil di ikuti cup cakes berbentuk basikal...Sangat Unik dan Kreatif!I really like it...Kepada sesiapa yang nk design n tempah cake kahwin yang menawan jgn lupa mencuba CAKE SPECIAL ini dari NANI IDAYU!!!!!Cakap sahaja,dpt info dr my blog pasti dapat murah......Nani can design apa2 jenis cake pun yang anda minta....Best kan?





Tuesday, April 26, 2011

Wedding preparation part 1- BAJU by ARMA ABD RAHMAN


Salam semua...sudah tentu semua menanti untuk blog ini di update..
Actually,both of us baru sahaja pulang dari menunaikan Umrah .Alhamdulillah,segalanya berjalan dengan lancar dan kami sangat2 bersyukur kerana di pilih untuk menjadi tetamu Allah pada kali ini.

Alhamdulillah,setelah setahun kami bernikah,tibalah masanya untuk kami membuat upacara perkahwinan yang lebih sempurna iaitu dengan Majlis Resepsi.Mungkin kebanyakkan pembaca sudah pun melihat gambar2 kawin kami di mana-mana blog atau website tertentu.Jutaan terima kasih buat semua yang menyiarkan gambar kami buat tontonan umum.Both of us sangat2 BZ since wedding haritu dan mmg tak sempat nk update apa2 kepada semua.

Pelbagai kritikan,komen2 best,komen2 mengelikan hati dan yang sewaktu dengannya yang kami baca dari pembaca2 ataupun sapa2 yang baru sahaja mengenal siapa "Azizulhasni Awang"..dan siapa "isteri Azizulhasni Awang"..Telatah manusia ini macam2 gaya...so sebagai yang positif..i accept everything what ever ppl cakap..tambah2 lagi baru balik dari Tanah Suci Mekah kan..kena bersabar dan banyak2 istigfar..Astagfirullahalazim .....

Ok...straight to the point,i have no idea nk tulis pasal apa....nk tulis pasal persiapan ke..pasal perkahwinan ke?pasal pergi umrah ke? i think i should start with my persiapan perkahwinan dahulu la..Actually,awal2 tu saje je tanak publish awal2 sebab tak suprise org cakap...pun begitu,my designer,Arma Abdul Rahman juga tak bagi i update anything in my blog sampai tarikh wedding..so terpaksa lah akur cakap beliau!

With Arma,both of us sangat2 berpuas hati...daripada design,sampailah kepada perisian baju,beli baju,ukur baju semuanya di buat di depan mata kite...Arma started with concept..jadi dengan concept itu Arma akan membantu untuk membuat dan design the best baju that he can made.
Secara khusus,kami gemar concept Modern Exclusive .Jadi untuk memilih Modern ,warna-warna yang di kenakan selalunya warna2 gelap dan terang yang memberi impak yang luar biasa buat pengantin.Akhirnya dengan persetujuan bersama....both of us memilih "warna hitam" yang sangat jarang orang pakai...

Bak kata Arma,concept yang di buat untuk Majlis Resepsi tatkala malam lebih kepada Red Carpet...gitu....!jadi memang buat exclusive gegile katanya..Jadi terima Kasih untuk Arma and team di atas segala design yang di curahkan.Memang vass la!si pemakai pun terkejut beruk bile once baju yang dah siap tu keluar...
Permulaan : Kami bersama-sama memilih fabrik di Jakel Kuala Lumpur..Arma ni seorang yang senang untuk berunding walaupun dia ni mcm agak famous dan fabulous..Dalam gedung kain tu,semua kenal mintak autograf...Tapi dia sangat down to earth and im happy that he designed my baju
Kedua:Setelah fabrik di pilih,Arma akan melukiskan design baju tersebut untuk bagi Client nampak how the concept works on the baju
Ketiga:Kemudian,dengan fabrik yang di pilih,Arma akan meletakkan perisian baju untuk bagi Client lebih mudah untuk gambarkan baju tersebut
Keempat:Then,dengan kain yang di pilih,beliau akan tunjuk through cermin macamana keadaan baju dan rupa design tersebut di dalam Jakel.Ini semua berlaku tatkala di dalam gedung Jakel itu...Jadi,Arma memintak masa lebih kurang 1 minggu lebih untuk meyiapkan baju tersebut dan menyuruh me and hubby untuk dtg butik utk mencuba baju dan perletakkan manik2 diamond yang sesuai...Arma menyuruh Clientnya iaitu saya untuk mencuba sehabis baik untuk menguruskan badan..hahahah..harapan!Memang la kurus itu menjadi..tapi tulang beso ..try kurus cmane pun nampak beso...so takpela..Arma ckp janji nampak cutting ..

Dalam masa seminggu lebih Baju yang direka pun siap..( bayangkanlah SEMINGGU siap semua)!!!tapi tidak lah siap sepenuhnya.hehehe.Our designer just nak kite tgk baju dan mcmane apabila di pakai.Senang nk buat alteration .Alhamdulillah,baju kami berdua ok..dan terpaksa kecikkan dan besarkan dkt cetain2 part.Tapi overall sume ok...



Selain daripada itu,baju untuk persandingan di rumah jugak telahpun siap di buat.Arma memilih concept simple di rumah sebab kalau Majlis di rumah selalunya memerlukan pengantin untuk berjalan ke sini kemari.Jadi ,design yang simple sesuai untuk di jadikan concept utama untuk Baju di rumah.

FYI,Baju yg di pakai oleh Anna Raffali ini merupakan salah satu design yang di buat oleh Arma.Jadi untuk itu,Arma telahpun megayakan concept yang sama untuk baju ku di rumah.Colour di pilih ialah Light Purple and i really like the baju so much..!
Tadaa...ini lah baju yg hampir siap di buat.Time kami try ni,labuci2 sume takde lagi and seluar suami tak siap lagi..tapi kami berdua amatlah berpuas hati..Terima Kasih banyak buat Arma Abd Rahman and Friends for the bajus and all...Insya Allah,susulah wedding update akan ku buat pabila rajin ...Terima Kasih kepada anda semua yang sabar menunggu .and Maaf sekiranya isi kandung atau ayat2 yang di gunakan look uncomfortable or what..I just used ayat2 yang I rase seperti "free" to me ...OK....

Jadi,untuk itu..kepada bakal raja sehari...Wedding harus diplan dengan sebaik yang mungkin.
Renung-renungkan selamat beramal.

XoTya





Wednesday, April 6, 2011

Clip for the followers

azizulhasni | athiah wedding slide from Wanbilly on Vimeo.


Million thanks to Wan Billy for the special slide show ..Hope everyone enjoy with clip and will update our wedding photos soon!Now,both of us x berapa sihat...mcm nk demam ...sobs sobs sobs

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...