Azizulhasni tidak sabar ke New Delhi
Daripada Lukman Salleh di Melbourne
2010/10/01
Galas harapan menggunung seluruh rakyat Malaysia untuk raih pingat berbasikalDI ambang berlepas ke Sukan Komanwel XIX di New Delhi, jaguh lumba basikal negara Azizulhasni Awang semakin merasai debaran memikul cabaran untuk menyumbang pingat.
Menggalas harapan menggunung seluruh rakyat Malaysia, Azizulhasni berasa teruja untuk beraksi buat pertama kali di Sukan Komanwel, dan diiring kata-kata perangsang isteri tersayang, Athiah Ilyana Abd Samad, ia menjadi azimat untuk menakluk New Delhi.
Azizulhasni dan isterinya menginap di rumah dua tingkat, enam bilik dan empat bilik air itu, dengan sewa bulanan dianggarkan RM30,000, bersama-sama tujuh lagi pelumba basikal trek negara.
Dengan isterinya, Athiah berada di sisi membantu mengemas beg pakaian dan peralatan lain, Azizulhasni berharap New Delhi tidak akan memberikan kesukaran kepada diri dan pelumba negara lain.
Isteri ada melahirkan kebimbangan dengan situasi di New Delhi, apatah lagi banyak laporan negatif mengenai tempat penginapan yang kotor, berpenyakit dan soal keselamatan tetapi selepas berbincang, dia faham dan memberikan galakan kepada saya untuk mengharumkan nama negara.
Bagi Athiah, walaupun bimbang dengan keadaan di New Delhi, dia sedar suaminya mempunyai tanggung jawab dan amanah besar yang perlu dilaksanakan kepada negara dan percaya Azizulhasni mampu memberikan yang terbaik.
Saya sedar Azizulhasni juga milik Malaysia, kata Athiah yang bakal menamatkan pengajiannya dalam bidang Sarjana Senibina, 8 Oktober ini.
No comments:
Post a Comment