Sunday, February 13, 2011

Y Valentine is Haram?!

Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah diceritakan mengenai asal-usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 Masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St Valentine dengan menganggap beliau seorang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya.

Antara sejarah lain pula menyebut, Hari Valentine diambil daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan hak tentera pada zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin. Ini kerana, semasa Claudius II memerintah kerajaan Rom, beliau menghalang tentera-tentera Rom berkahwin kerana pada pendapat beliau, mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang. Namun secara senyap, Saint Valentine melakukan upacara pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Claudius II. Lalu paderi itu dihukum gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis pula menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.’

Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.

Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka.

Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.

Islam menyeru seluruh umat Islam, khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya.



Berikut ialah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada hari kekasih:

Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.

Menghantar kad-kad ucapan tertera kata-kata Valentine's Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap - menjadi simbol kepercayaan agama Kristian.

Menulis ucapan kata-kata cinta pada kad yang diutus dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ia juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

Kebanyakan negara Barat, parti-parti yang diadakan disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakannya menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

Menghantar pesanan ringkas kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan hari memperingati kekasih sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...