Friday, June 20, 2008

chelsea is coming?

CHELSEA yang dibimbing pengurus baru, Luiz Felipe Scolari akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Pilihan Malaysia di Stadium Shah Alam pada 29 Julai ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Proevents International Sdn Bhd (Proevents), Julian Kam yang menganjurkan lawatan oleh pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, berkata Chelsea akan menurunkan pemain utamanya dalam perlawanan berkenaan.

Bagaimanapun beliau tidak menamakan pemain itu kerana Chelsea mungkin mendapatkan khidmat pemain baru sebelum musim baru EPL bermula 17 Ogos ini.

“Tetapi saya memberi jaminan kepada peminat bola sepak di Malaysia dan Asean Chelsea akan membawa kesebelasan utamanya dan juga Big Phil (Scolari),” katanya kepada pemberita ketika mengumumkan kunjungan Chelsea ke Malaysia yang ditaja Samsung Malaysia.




Chelsea akan juga mengadakan perlawanan di Guangzhou, China, pada 23 Julai dan Macau, 26 Julai.

Skuad The Blues itu akan tiba di Malaysia pada 27 Julai dan mereka akan mengadakan klinik bola sepak, menyertai acara kebajikan serta sesi menandatangani autograf sebelum menentang Pilihan Malaysia bermula pada jam 8.45 malam.

Kam berkata tiket berharga RM33, RM53, RM83 dan RM103 selain tiket VIP berharga RM303 mula dijual hari ini menerusi TicketPro dan 33 kedai Adidas di seluruh negara atau menerusi ticketpro.com.my. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...