Friday, October 16, 2009

Kahwin lebih utama daripada haji

WANG simpanan saya sudah cukup untuk menunaikan fardu haji. Pada masa sama saya berkeinginan untuk berkahwin. Manakah yang patut saya dahulukan? Menunaikan haji atau berkahwin?

Nazeri Kasa

Changlon, Kedah




Bagi menjawab soalan ini, beberapa hadis Rasulullah boleh dijadikan sandaran untuk kita membuat keputusan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Wahai sekalian pemuda, sesiapa yang berkemampuan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka berkahwinlah kerana perkahwinan akan memelihara pandangan dan kemaluan kamu. Sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah ia kerana dengan berpuasa dapat memelihara daripada kejahatan. - (Hadis Nasai dan Abu Daud).

Hadis lain menyebut, “Wahai sekalian pemuda, sekiranya kamu berkemampuan, berkahwinlah dan sesiapa yang tidak mampu maka berpuasalah ia kerana dengan berpuasa dapat memelihara daripada kejahatan. - (Hadis Bukhari). Ulama berpendapat terdapat dua hukum iaitu kahwin menjadi wajib dan harus.

Jika seseorang mempunyai kemampuan harta dan mampu menunaikan tanggungjawab sebagai suami zahir dan batin dan bimbang akan berlaku perzinaan, maka hukum berkahwin baginya menjadi wajib. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Jika sekiranya aku bimbang untuk bertemu Allah dengan sesuatu perkara nescaya aku akan bimbang bertemu Allah dalam keadaan bujang. - (Aimmatul Hadis).

Dari Saad bin Hisyam bahawa beliau bertemu Aishah dan bertanya, “Wahai Ummul Mukminin, aku ingin bertanya tentang orang yang tidak berkahwin. Jawab Aishah, “Jangan kamu lakukan. Apakah kamu tidak mendengar firman Allah SWT, “Sesungguhnya Kami utuskan rasul-rasul sebelum daripada kamu dan Kami jadikan bagi mereka isteri-isteri dan keturunan. (Ar-Ra’du: 38). - (Hadis Nasai’).

Berdasarkan hadis dan ayat al-Quran, hendaklah penanya perlu mendahului perkahwinan dari menunaikan haji. Ini kerana perkahwinan adalah pendinding daripada melakukan perkara yang diharamkan. Adapun bagi mereka yang berkemampuan dan mampu menahan diri daripada terjerumus ke dalam kancah perzinaan maka berkahwin baginya menjadi harus. Oleh yang demikian hendaklah didahulukan perkara yang wajib baginya iaitu ibadah Haji. Firman Allah, “Dan di antara kewajipan manusia terhadap Allah adalah melaksanakan ibadah haji ke Baitullah, iaitu bagi orang-orang yang mampu” - (Al-Imran : 97)

5 comments:

Nadia Yuna said...

Good info dear!

=)

~ mizzAmy ~ said...

tapi if i la, i would go for haji. *single lah katakan*. tapi susah jugak, kena ada saudara-mara bersama.

ZARA 札拉 said...

hehehe~


nampaknya ku kena beli DSLR dulu~

tetiba je~

dushum daku~

Dungun Cycling Team said...

Salam Tya....!!!! Sihat ker...?

Kawin lah dulu Tya....kalau dah sampai seru tu boleh lah pergi haji.

Maaf lama tak mengunjungi blog Tya almaklumlah PC tua saya mengalami kerosakan...he.he.he.

anys_amin said...

eyh, as for me.. it would be nicer kalau kahwin dulu karn? later, going for hajj ngan hubby.. alangkah lebih sweet.. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...