TRAGEDI...Azizul mengerang kesakitan ketika diusung keluar dari velodrom di Manchester, semalam.
SEDIH, terharu dan bimbang kini membelenggu perasaan isteri pelumba basikal terbaik negara Azizulhasni Awang, Athiah Ilyana Abdul Samat selepas menerima perkhabaran dari Manchester berhubung kejadian kemalangan yang terjadi kepada suami tercinta.
Kegagalan bercakap dengan Azizul untuk mengetahui lebih lanjut keadaan terkini pelumba itu menambahkan kegusaran di hati Athiah atau lebih dikenali sebagai Tya.
“Saya menerima berita ini pagi tadi apabila dimaklumkan ibu mentua, Selamiah (Yong) berhubung keadaan Azizul. Memang sangat terkejut. Mungkin inilah petanda mimpi apabila saya bermimpi Azizul dan saya mengalami kemalangan.
“Bila melihat gambar Azizul tambah memeritkan hati dan saya hanya mampu berdoa agar semuanya selamat,” katanya.
Katanya, dia tidak menyangka sikap Azizul yang tiba-tiba tidak mahu membawa telefon bimbit bersama untuk pergi berlumba selain dia dan ibu mentua tidak boleh tidur ketika malam kejadian seperti memberi tanda sesuatu.
Tya berkata, semangat ditunjukkan Azizul yang cuba menamatkan perlumbaan hingga ke garisan penamat biarpun menahan kesakitan akibat tusukan kayu ke dalam betis Azizul amat memilukan dan komen dihantar peminat yang melabelkan Azizul sebagai pendekar dan berjuang demi negara membuatkan hatinya merasa terharu.
“Saya tahu semangat Azizul memang cukup kuat. Dia sanggup melakukan apa saja demi negara dan kariernya. Ikutkan hati mahu saja saya pergi ke Manchester untuk melihat keadaan sebenarnya. Mungkin apa yang terjadi ini ada hikmahnya,” katanya.
Bagaimanapun, kesedihan Tya ditambah lagi apabila dimaklumkan Azizul bakal terlepas peluang beraksi di Kejohanan Dunia di Apeldoorn, Belanda pada 23 Mac ini.
“Dia cakap kepada saya mahu beraksi dan menang di Kejohanan Dunia. Sedih sangat jika perkara itu tidak jadi kenyataan,” katanya.
Sementara itu, ibu Azizul, Selamiah berkata, dia terkejut apabila dihubungi Ketua Pengarah Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Datuk Naim Mohamad.
“Itulah yang sering saya bimbangkan iaitu kecederaan kerana Azizul masih mempunyai impian yang belum terlaksana iaitu beraksi di Olimpik. Menang atau kalah itu tidak penting.
“Saya harap Azizul kuatkan semangat dan dapat kembali ke Malaysia dengan segera untuk menjalani rawatan di sini,” katanya.
8 comments:
salam..
saya doakan yg terbaik utk azizul.
tya jaga diri ya.
saya faham isteri mana yang tidak risau kan.tapi kesihatan tya kena jaga juga ya.
semoga semuanya selamat.Amin..
be strong tya! insyaAllah everything will be ok...he is a true HERO!=) fight till the end...not everyone can do that! hope he will fully recover before the wedding..take care tya!
setiap dugaan yang Allah berikan pada hambanya mesti ada hikmah disebaliknya...inshaAllah moga semuanya dipermudahkan..
salam tya~
tulaa macam teruk kemalangan azizul,.. tapi dia habeskan juga game.. kagum betul tengok semangat dia.. hope azizul cepat sembuh.. tya jangan risau k..
http://beritasemasa.com/azizulhasni-awang-juara-keseleruhan-piala-dunia-di-manchester
salam..bersabar ea kak tya..muga cyclist ksyngn malaysia cpt sembuh..n tahniah atas kejuaraan keseluruhan!!
be strong ok tya.
Be strong tya ! You've great husband and now he's a legend ! Walaupun sakit, dia tetap habiskan game and won 3rd place. It was a good achievement.
Take care.
tya be strong k
msa i bca berita ni i trus teringt kt u...
hope azizul will get well soon
doa bnyk2 k ;)
Post a Comment