Pulang ke Malaysia.
Last month, tiba-tiba rumah jadi sunyi ..semua orang lesap entah kemana .Lantas Aku terus bertanya kepada "Cik Noi" dimana mereka semua?Dia memberitahu aku bahawa jiran sebelah rumah aku jatuh lantas Abang aku bersama adik-adik aku yang lain pergi membantu untuk membuat CPR.Bila kesemuanya pulang ke rumah,aku terus bertanya bagaimana keadaan pakcik tersebut?
Abang aku memberitahu "Tidak dapat diselamatkan,Pakcik tu meninggal dunia".
Terdetik aku terpikir sungguh cepat Allah menarik nyawa seseorang.dan kita tak tahu bila ajal yang bakal mendatang.
Pulang ke Melbourne.
Aku masih teringat akan kawan sekolah aku..Beliau seorang rakan yang baik dan pernah memasuki pertandingan sketsa kebangsaan tatkla disekolah menengah.Rakan ku itu bakal melangsungkan perkahwinannya minggu ini iaitu 27 Mei.Beliau juga merupakan antara rakan yang kerap menegurku di Twitter mahupun di Foursquare.Pada suatu malam,kecoh di Facebook,orang mengucapkan Takziah kepada beliau.Aku tiba-tiba binggung masakan semalam beliau baru sahaja menegurku di Forsquare dan kenapa orang mengucapkan Takzih di page beliau?!
Sungguh sayup apabila aku mendapat tahu bahawa rakanku yang bakal melangsungkan perkahwinan ini telah pun lemas dan meninggal dunia.Sekali lagi aku terdetik takut akan kematian.Cukupkah amalan aku sepanjang di dunia ini?
Semalam.
Membaca twitter @chikadior atau Nurulism.com ,Ayah beliau telahpun menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur di Malaysia.Bagaimana perasaan seorang anak yang sudah lama tidak pulang ke Malaysia tiba-tiba pulang dan berjumpa jenazah Ayahanda sendiri ? Aku dapat rasakan bagaimana perasaan rakanku ini dalam menghadapi musibah yang Allah berikan.Bagaimana pula jika situasi yang sama berlaku kepada aku?Mampukah aku bertahan?Sesungguhnya kita khalifah yang lemah tidak mengetahui bila Ajal kita..yang pasti kita harus menerima qada' dan qadar yang Allah berikan kepada kita.Perbanyakkan amalan kite di dunia ini ....dan sentiasa mengingati Allah S.W.T.
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali ..
Al-Fatihah kepada Jiranku,Rakkanku Shazwan Najmie dan Ayahanda Nurul@ Chika .Semoga Arwah berada dikalangan orang-orang yang Soleh.
1 comment:
thanx tya for your post..he's a very good man i've ever met..seorang sahabat, kekasih, tunang & pendamping hidup yg sgt loving, caring, understanding & responsible..kte sme2 doakan semoga arwah Syazwan Najmie ditmptkn di kalangan para syuhadak & solihin..amin..al-fatihah~
Post a Comment