Tatkala musim summer,aku pulang ke Malaysia untuk menyokong suami tercinta untuk kejohonan ACC di Velodrome Cheras pada bulan February yang lalu.Bukan itu juga,aku turut menemani suami aku untuk beberapa shooting untuk persiapan olimpik yang menjelang.Cuti yang kejap namun kepenatan sangat maksima.
Pulang ke Melbourne..Sesampai nya aku ke tanah air cehh ke Melbourne...tiba-tiba ada satu syarikat firma seni bina ingin mengambil aku untuk probation iaitu ala-ala training begitu..Aku sangat happy dan bersyukur kerana sudah lama aku menunggukan saat manis untuk mula bekerja.Jadi Suami akulah yang sanggup teman,kehulu kehilir dan sanggup tunggu aku dekat Cafe berhampiran kedai untuk menunggu aku interview.Alhamdulillah,Boss suka akan kerja aku dan bercadang untuk memberikan khidmat latihan untuk aku sebagai permulaan.
Menurut Boss,aku akan mula bekerja 2 minggu dari tarikh interview.Jadi dalam masa 2 minggu aku bertungkus lumus untuk mengikat kembali segala ilmu yang telah aku perolehi selama 5 tahun bergelar sebagai pelajar jurusan seni bina yang sangat payah ini.
Tiba-tiba dalam rajin aku mengulangkaji,aku dapat rasakan seolah sesuatu pada badan aku..Dan aku jatuh sakit ..Demam tak bangun2...Awalnya aku nk jmpa doctor tapi aku rasa aku boleh bertahan.Keadaan rumah jadi tidak terurus kerana aku tidak boleh angkat kepala akibat terlalu pening ..Kesian pada suami aku sebab balik training dia lapar,isterinya masih berada di atas katil.Aku cuba lawan sakit tapi pening nye terlalu kronik!
Boss aku yang baik hati membuat panggilan keesokkan harinya untuk memberitahu bahawa aku akan mula bekerja esok.Dalam keadaan yang tidak berapa OK,aku gagahkan untuk memulakan langkah baru mengutip segala pengalaman hari pertama di firma arkitek di tengah-tengah kota metropolitan Melbourne.Aku rasa bersyukur walaupun peluang itu sekejap namun ilmu yang aku kutip bersama orang2 putih cukup membuat aku mengerti akan keadaan sebenar bekerja yang tentunya jauh lebih berbeda dengan keadaan ketika belajar.
Esoknya aku demam balik dan kali ini benar2 tak boleh bangun.Tiba-tiba aku terlintas di fikiran bahawa period aku macam belum muncul lagi bulan itu...Adakah aku pregnant?Jadi untuk memastikan keadaan itu betul2..aku terus bangun tengah malam akibat asik nk terkencing saje..dan terus ambil pregnancy test kit...
Subhanallah..seperti tidak percaya yang aku nampak 2 line pada ujian hamil tersebut.Aku berada agak lama di dalam toilet dan terus berlari keluar dan memeluk suami sambil menangis.Suami aku yang sedang BZ membalas email,tiba-tiba binggung.Lantas aku cium di pipinya dan memberitahu suami yang aku hamil kandungan anak kami yang pertama.Keadaan ketika itu hanya Allah yang tahu betapa dramatis nya kami berdua.Berpelukkan sambil menangis kegembiraan dan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kami berdua.Aku berasa sangat bersyukut kerana aku dapat bekerja sementara di Firma tersebut dan pada masa yang sama aku juga mendapat berita gembira tentang berita kehamilan ini.
Esok bangun pagi aku cuba sekali lagi dan Alhamdulillah..masih positif!Dan sungguh berbahagia sekali kerana suami yang aku cintai,telahpun menyediakan sarapan untuk aku dan memberikan segala kelengkapan untuk aku bekerja.Suami aku jugak,turut memberi bekalan makanan untuk lapik perut ketika berada di dalam office.
Setiap hari pegi kerja dan pulang kerja ,suami aku akan menghantar dan mengambil aku..Jadi kami akan pergi makan malam bersama-sama.Antara benda paling ketara di awal kehamilan aku ialah,Aku tak boleh makan ayam!Ayam is my favourite..but i just cant eat ayam!Nandos adalah feveret food kami berdua..namun setelah pregant,Nandos adalah makanan yang aku x boleh cium dan boleh tengok..Setiap kali cium bau nandos aku mesti wek wek!Hehehe..Kasihan suami aku..layan kan aje sebab Nandos juga favourite beliau!
Disebabkan alahan tak boleh masuk dapur..suami ku yang akan masak untukku..kata Azizul masterchef..nanti entry berikutnya aku akan berkongsi pengalaman suami aku masak lauk isteri mengidam..Amacam?menarik tak?!
Diawal pregnancy,kami banyak mengunakan masa bersama-sama untuk membaca buku mahupun membaca Quran dan terjemahan.Banyak juga membaca buku2 perihal kehamilan kerana kami masih kosong dalam ilmu ini.Setelah hari demi hari ..Subhanallah sungguh agung ciptaan Allah SWT menciptakan manusia ye.Jadi aku sarankan agar ibu-ibu yang hamil mendekati Al-quran dan Sentiasa niat akan bacaan itu kepada anak yang dikandungkan.Semoga anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh dan solehah insya Allah.
Disebabkan alahan tak boleh masuk dapur..suami ku yang akan masak untukku..kata Azizul masterchef..nanti entry berikutnya aku akan berkongsi pengalaman suami aku masak lauk isteri mengidam..Amacam?menarik tak?!
Diawal pregnancy,kami banyak mengunakan masa bersama-sama untuk membaca buku mahupun membaca Quran dan terjemahan.Banyak juga membaca buku2 perihal kehamilan kerana kami masih kosong dalam ilmu ini.Setelah hari demi hari ..Subhanallah sungguh agung ciptaan Allah SWT menciptakan manusia ye.Jadi aku sarankan agar ibu-ibu yang hamil mendekati Al-quran dan Sentiasa niat akan bacaan itu kepada anak yang dikandungkan.Semoga anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh dan solehah insya Allah.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
Love,
Pocketroket Ummi
8 comments:
Yeah...baru paham...ehhe... happy for you... =)
hye tya,
congratzzzz on your pregnancy :)
i pregnant jugak..baru 12 weeks..
i pon same experience dengan u..ngadap komputer je kompem pening lagi terok, muntah...owws memang banyak tergadai la halfday & cuti2ku...
Syukur Alhamdulillah..
Tahniah Tyajojo..akak sebelum ni biasa jadi silent reader je kat blog ni. hari ni nak sangat drop comment. tumpang bahagia dengan kisah nih :)
dah biasa tengok tya upload gambar, tapi gambar pakai spek ni..memang sangat cantik. sweet tak tau nak cakap. berseri2.
semoga Allah permudahkan perjalanan tyajojo. semoga semuanya dibawah lindunganNya. Amin
sis aida
so happy bila tau u preggie tya! congrats :)
alahan teruk awal2 tu memang seksa kan? tapi buat kita insaf and lebih menghargai. hehe
take care pocketrocket ummi :)
Dear Tya,
Congratulations on your pregnancy!!!
It was a long and detailed story but I enjoyed reading it :-)
Take care and hope everything is going well.
Mariana
Sis Aida- terima kasih kak kerana membaca blog saya..Alhamdulillah sangat bersyukur dengan anugerah yang Allah berikan kepada saya dan suami..Keep in touch..
Mariana-Thank you ..I have nothing else to do now so blogging is my new hobby as one of the method to share my knowledge..
Cik Jajika- Thank you dear
Haizi Khalid- tu laa kan ..so kite boleh la share2 experience ye dok?
Fadhilla Din- Yeaa ur turn 1st...bestnye tgh tunggu masa..i have long way to goo babe!!
Tya, smg btmbh murah rezeki dgn kehadiran 1st PocketRocket Jr and more to come :)
Post a Comment