Thursday, June 28, 2012

My 1st antenatal scan

Berada di luar negara,jauh dari keluarga khususnya belajar kite banyak berdikari.Membuat segala benda sendiri khususnya dalam perihal kehamilan ini.Aku dan suami khususnya terlalu banyak membuat research sendiri .Banyak ilmu baru yang kami berdua timba terutamanya apabila berurusan dengan GP sendiri.GP is general practitioner .Jadi untuk berhubung dengan mana2 tempat seperti hospital,ultrasound kite perlu mempunyai authorized letter from GP.Kami agak  keliru sebab kalau dekat Malaysia kite boleh terus pergi ke mana-mana hospital mahupun klinik yang menyediakan perkhidmatan dari trimester pertama hamil hingga ketiga. Namun,agak berbeda di Melbourne,Australia dimana anda mesti mencari Hospital sendiri untuk bersalin ketika sudah cukup 9bulan dan mempunyai GP sendiri untuk check up bulanan.
Kami memilih Public Hospital,Royal Women's Hospital.Namun public hospital di Melbourne adalah bersamaan dengan Prince Court Kuala Lumpur equalnya.Kami telah pun membuat lawatan untuk memilih hopital pada awalnya.Tampak hospital tersebut sangat gah dan menarik!Namun setelah dikira kos dan sebagainya,kami memutuskan untuk melahirkan anak di Malaysia sahaja.



Walaubagaimanapun,aku tetap bersyukur kerana walau jauh dimata keluarga,namun sokongan mereka tetap kukuh dan padu untuk memberikan aku semangat di awal kehamilan aku.Abang aku ialah orang yang banyak memberikan ilmu tentang awal-awal kehamilan ini.Keadaan di Australia agak berbeza dan kami terpaksa mencari GP yang terbaik setelah 2GP yang kami temui sebelum ini agak hampeh!GP pertama ialah orang vietnamese dan kedua orang india yang sudah pun menetap di Melbourne.Layanan mereka sangat hampeh dan langsung tidak memberikan apa-apa info kepada kami yang cetek ilmu ini.

Aku berusaha bertanya kepada kakak-kakak PHD yang aku kenal,dan salah seorang dari mereka telahpun memberi suggestion untuk berjumpa dengan seorang doktor Aussie yang sungguh baik hati di Melbourne University.Walaupun jarak dari rumah agak jauh untuk berjumpa dengan doctor tersebut,tetapi dengan layanan nya yang baik kami sanggup berjauhan asalkan iput yang diberi berkesan kepada pasangan yang baru menimba ilmu untuk menjadi parents.

Umumnya,di Melbourne tiada awal check up.Dimana tiada scan ultrasound di awal kehamilan untuk melihat janin di dalam perut.Apabila aku bersembang dengan kawan2 di Malaysia.Rata-rata mengatakan mereka telah mula membuat ultrasound dari usia janin 6minggu.Aku agak kecewa kerana cara penerapan disini agak berbeza namun aku yakin dengan cara mereka.Aku mengambil ujian darah,air kencing,vitamin dan bermacam2 lagi tatkala kali ke3 berjumpa doctor yang terbaik.Alhamdulillah,segalanya berada didalam keadaan yang sempurna .Doctor menyarankan agar memakan multi vitamin yang boleh diambil dimana-mana chemist dan juga Vitamin D.Kata doctor,aku kurang vitamin D kerana kurang berjemur dan meyarankan aku agar memakai 2 pieces dan berjemur ditepian pantai.kihkihkih.Ini sungguh lucu.Kerana aku sendiri tidak mampu melihat badan begini seperti badak sumbu terdampar dipersisiran pantai ..LOL ..Jadi ,makanlah vitamin D!


Setelah usia kandungan aku 8 weeks,aku pulang ke Malaysia sekali lagi kerana tahap keloyaan aku agak dikhuatiri dan suami aku harus balik ke Malaysia atas urusan kerja dan tidak mengizinkan aku untuk tinggal bersendirian berbatu jauhnya dengan beliau.Jadi,aku tinggal bersama abang aku sementara suami aku pergi ke Europe untuk pelawanan world cup di London yang lalu.Pada ketika itu,parents dan adik2 aku yang lain pergi menunaikan umrah jadi aku terpaksa tinggal di rumah abang aku .Dapatlah aku bersama anak-anak saudara dan melayan karenah masing2.


Ketika di Malaysia,aku turut mengambil peluang untuk mengikut abang aku yang pada ketika itu bertugas di Unit Kecemasan Hospital Kuala Pilah.Jadi,scan baby pertama adalah di Kuala Pilah ..hehehhe.Just imagine,abang sendiri yang scan your perut.Memang la malu ..tapi best la ada abang senang nak tanya sakit itu ini .Dan yang paling best kesemua staff Hospital Kuala Pilah termasuk Doctor2 pelatih yang bertugas,tidak melepaskan peluang berjumpa dengan suami aku.Bukan senang Azizulhasni Awang nk turun Kuala Pilah.Hospital Kuala Pilah pulak tu....kihkihkihkih...Apa-apapun aku bersyukur dan agak excited melihat baby ketika janin 8 minggu.Melihat degupan jantung ,janin sebesar kacang..aku amat bersyukur dengan kekuasan Allah yang maha esa.


Untuk pengetahuan semua disini ada documentary mengenai kejadian baby dari 1 week to 9 week.Bagi aku baby center punya documentary sangat bagus dan memberikan gambaran mengenai proses kejadian manusia ini.Subhanallah ..Allah Maha Besar.Allah Maha Kuasa.Remember !Parents need to read a lot and taking care of your pregnancy from your food intake,environment and media .




Love,
Pocketroket Ummi

2 comments:

.a.s.y.i.k.i.n. said...

seronoknyer!!!...tingat dulu2...nway segan nyer haih klu abg sendiri check perut kan ehhehe..tp ok je! sbb abg sendri akn treat the best utk adik kan ehhehe...gluck yana!!!....

Riana Zakaria said...

Alhamdulillah...jom bersalin same same :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...