Wednesday, July 18, 2012

23 weeks and counting ..




  Im 23 weeks pregnant.Alhamdulillah.Sekarang kemana-mana pasti saya akan memegang perut saya yang adorable itu.Actually ,kalau nak mengikut kepada segi fizikan ..tatkala saya tidak hamil pun orang sudah syak yang saya hamil.Bayangkan lah kalau perut yang dikendung ini sudah hampir 6bulan?Bagaimanakah rupa ibu yang cantik ini?KAHKAHKAH.Sesungguhnya kami berdua sangat excited dan teruja untuk menunggu kehadiran baby yang kami sangat sayangi ini.Kami sebulat suara telah menyatakan hasrat untuk melahirkan anak tercinta di Malaysia sahaja since Daddy merupakan atlit kebanggaan Malaysia.( Ada kaitan tak?).Sebelum kami berdua pulang ke destinasi masing-masing.Saya pulang ke Malaysia.Suami pergi ke training camp di Belgium.Kami telah membuat ultrasound di sebuah hospital swasta yang sungguh gah canggih sekali peralatannya.

Bagi saya,sepanjang pregnancy Alhamdulillah alahan saya tidak la berpanjangan cuma awal-awal itu sahaja terlalu banyak benda yang saya figure saya TAK BOLEH BLAH nak hadapi :-


1)Makan Ayam ..Rasa sungguh jijik!Tambahan kalau ayam daging yang tebal..OHMYAYAM!
2)Saya hanya makan buah oren atau buah-buahan.Selalunya suami akan menyediakan dan membeli pelbagai aneka jenis buah Australia yang nyaman!
3)Saya kurang lalu hendak mahu makan.Semua rasa meloyakan.(Petanda yang baik untuk kurus).Tapi risau jugak akan tumbesaran baby yang comel.
4)Saya tidak boleh mengadap sangat komputer.(Jarang berbelog sudah)
5)Saya tidak tahan bau suami saya.Acapkali sebelum tidur saya akan make sure saya tidur dahulu.Sebabnya kalau dia tidur dahulu saya akan pening.Tambahan kalau beliau berada terlalu dekat dengan saya.Kadang-kadang rasa kesian dengan suami..tapi apa boleh buat.Bau itu sungguh semacam entah dari mana.(Tapi now dah ok)
6)Saya kurang gemar pergi berjalan-jalan.Apatah lagi pasar.Sebab MALAS dan LETIH dan PENING.
7)Tidak boleh makan makanan berangin.Kalau makan pasti 2 hari suami tidak boleh tidur akibat mengurut isterinya yang berangin ..urkkkk urkkk urkkkk
8)Tidak boleh melihat matahari menyinar..Rasa sungguh pening
9)Saya tak suka kalau suami bawak saya jalan-jalan kat suatu tempat vietnamese namanya :Footscray:
10)Saya memang emo saje selalu.Suami pun emo..Jadi dedua EMO..lol

Alhamdulillah kini pregnancy sungguh fun.Terasa semakin fun bila baby dah mula-mula terasa.Terutamanya ketika baby dah gerak-gerak.Saya mula merasakan fenomena yang diciptakan oleh Allah S.W.T secara obvious tatkala saya pulang ke Malaysia.Suami masih belum merasakan pergerakkan itu.Poor you husband!
Namun apabila kandungan semakin besar dan berat.Saya sudah merasai pelbagai perubahan dalam diri.

1)Sakit belakang yang teramat
2)Kuat mengantuk
3) Lapar tengah2 malam
4)Malas
5)Sakit kaki kalau berjalan2 sokmo
6)Selalu tidur tidak kira tempat
7)I need a best position to sleep now buddy!


Tapi saya tabah menghadapi semua ini tanpa suami.Sakit pinggang terutamanya yang sangat sakit yang kadang-kadang rasa sukar nk tidur.Baby saya makin membesar.Saya sungguh happy!Bila rasa macam ni rupanya mengandung..So jangan lah kita rude pada parents kita..Kerana 9 bulan kite berada di dalam womb ibu kita.Baiklah gambar di bawah merupakan tempat dimana saya buat Ultrasound di Melbourne.

Venue: CMMI,St Vincent Hospital,Melbourne


Ini merupakan kali ke3 saya scan setelah kandungan mencecah 18weeks.Kalau di Melbourne scan baby adalah limited jadi 18weeks merupakan minggu terawal untuk ibu-ibu hamil di Melbourne untuk scan.Paling seronok ketika umur baby 18weeks juga,kita dah boleh tahu gender baby!
What do u think ?Will be a cyclist or architect?
Well.biarlah rahsia ..heheh but im so excited for my lil pocketroket junior !!Hopefully baby doakan agar daddy menang Olimpik...


Ketika my lil pocketroket junior berusia 18weeks :)

"Dear anakku,semoga anakku menjadi anak yang soleh & solehah.Tidak tinggal solat dan menjadi muslimin yang sejati."

Me and husband are totally happy.Sebab rupa fizikal anak kami sudah lengkap.Kami perhatikan baby didalam womb bergerak-gerak.Menghisap jarinya.Pusing2..Ya Allah agungnya ciptaan Tuhan yang Maha Esa.Suami mengenggam tangan saya sekuat yang mungkin dan saya dapat merasakan beliau begitu terharu dan teruja melihat hasil perkahwinan ini.Alhamdulillah.Terima kasih Allah!
Tatkala kami membuat scan ini.Mereka mengambil kira secara detail measurement lil pocketroket .Kadar degupan jantungnya,besar jantungnya,bilangan jari,bilangan tangan dan segala-galanya.Alhamdulillah .Kami panjatkan kesyukuran dengan hadiah yang sungguh terindah ini untuk kami.!

 Benda paling ketara yang saya perhati,kaki anak saya sangat aktif.Kadang-kadang terasa seperti baby tengah mengayuh basikal.Hahahahaha.I love you my lil pocketroket junior!I love you so much!

 Kaki anak Azizulhasni +Athiahilyana
Anakku :)

Ibu-ibu hamil harus rajin menjaga pemakanan..So far saya ambil Folic Acid selepas kami merancang.Sejurus saya habis belajar secara betulnya.Sebelum itu,saya makakan ubat-ubat kurus.Kahkahkah..Haruslah tak elok kalau nak conceive sambil fikir about dieting.So after,bersanding dan usaha mencari kerja tak dapat mulalah saya makan Folic Acid yang dibekalkan oleh Abang saya.Blackmores conceive and kemudian apablia dah conceive saya makan Multivitamin from Blackmores.

 
sampingan saya juga makan Vitamin D.Kata Dr,Vitamin D saya kurang kerana jarang berjemur.Jadi saya makan Vitamin D dari awal kehamilan sampai sekarang.Blackmores dijamin Halal oleh AFIC Australia dan juga Jakim!Awal-awal saya meragui tentang kehalalan Multivitamin tersebut.Kini,ia terbukti HALAL!

Susu:- Saya memang pencinta susu.Sebelum pregnant pun saya memang suka minum susu segar Australia sambil makan cereal.Sebab apa yang suami makan itulah yang saya jamah.Tapi pulang ke Malaysia,selain minum susu segar.Saya juga mendisplinkan diri untuk Minum Air susu yang berkahsiat untuk baby saya.
Susu kegemaran tentunya Susu Kambing Hiraq.Anmun.Last but not least Daddy's Milk!

Khasiat minum susu khambing sangat banyak sekali tambahan pula susu kambing merupakan susu kegemaran para Nabi.Kajian telah mendapati susu kambing adalah Susu Yang Terbaik selepas susu ibu kerana mengandungi sumber nutrien seperti berikut:Tenaga, Protein, Lemak, karbohidrat, Gula, kalsium, Zat Besi ,Vitamin A, Vitamin B2 ,Vitamin C ,Vitamin D, vitamin B12, Asid Folik ,Inositol, Sodium ,Potasium, Selenium.Kalau nk ikut sunnah,Susu kambing terbaik!

Buah-buahan= Banyakkan makan Kurma.Sepanjang saya berada di Malaysia bekalan kurma dari Madinah dan Mekah memang sentiasa ada di rumah kerana saya mepunyai sepupu yang belajar di sana.Selain itu bekalan air zam-zam juga sentiasa ada di rumah.Jadi seeloknya,minum lah air zam-zam sekurang-kurangnya seteguk untuk baby di dalam perut.For me,buah-buahan semuapun elok ..Just kene make sure kuantiti jangan terlalu banyak.

Penjagaan Kulit:-
Untuk mengelakkan dari Stretch Marks saya mengunakan Palmers Massage Lotion dan juga Bio Oil.
Memang terbukti berkesan.Perut buat masa ini ketika kandungan berusia 6 Bulan.Masih cantik dan lovely.
Selain itu,saya juga masih mengunakan lotion dari Victoria Secret seluruh badan untuk melembutkan kulit at the same time untuk kesegaran kulit ibu dan bayi! Cehhhhhh :)

Selain itu juga,bacaan ketika hamil amatlah penting.Para ibu hamil kena rajin membaca.Membaca Al-quran yang penting.Selain itu buat amali IQ.Saya rajin membuat Soduku sebab nak buat latihan math ..Buku Math dah hilang entah ke mana.Apa yang kita amalkan dan buat itulah akan terbentuk kepada bayi didalam kandungan.Jadi masa ketika hamil ini sangatlah penting.Sebagai ibu hamil,saya juga harus mengubah diri menjadi yang lebih baik.Kurangkan mengata orang dan menjadi ibu contoh seaggung Maryam dan Siti Aminah Bt Wahab.

Terima Kasih buat ibuku yang menghadiahkan Bacaan Surah amalan Ibu Mengandung dari Sheikh Mishary Rashid.Sungguh lunak suaranya.Masya Allah.



Itu sahaja.Saya excited untuk menjadi "UMMI"!

Loves,
Pocketroket Mummy

4 comments:

dilakochan said...

Tumpang happy! :D :D
Tak sabar nk tggu kelahiran lil pocketroket jr!! ;))


Oh product blackmores disahkan halal ye sis? Sbb sblm ni, ada seminar perubatan, pharmacist bgtau product tu x halal.

Anonymous said...

pocketroket jr!! yeah! xsabar..

Anonymous said...

Salam,

saya dah try google pasal product blackmores conceive tu. macam berminat untuk consume. tapi kat malaysia tak jual. hurmmmmm. bila nak bali oz lagi? nak kirim. hehe


-fil-

Anonymous said...

seronok baca journey ibu nih :)

nampak besar je baby tu. bio oil memang best kalau guna, dahla bau dia wangi.

teruja tengok cd yang ibu tya bagi tu. tak tahu dia ada keluarkan cd untuk ibu mengandung. memang bacaan sheikh mishary ni best. menusuk gitu kan.

sis pun ada beli cd dia yg surah hafazan :) terbitan awakening records. sori terpromo pulak.

take care tya and family

-sis aida-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...