Wednesday, July 18, 2012

Kenapa wanita hamil mengidam?


Alhamdulillah,sepanjang aku mengandung tak de la mengidam over tapi time awal trimester agak banyak jugak benda2 yang aku teringin sangat nak makan.Antaranya ialah Nasi Goreng Cina,Kuih2 tradisional melayu..tak kisah kuih ape janji kuih yang sedap..
Mengikut orang2 tua katanya mengidam ni sebab Baby tu yang nak makan..tapi adakah kite yang duduk di alaf serba moden nak percaya akan kepercayaan tersebut?itu semua terpulang kepada kite yang menilai.
Sesetengah orang berpendapat kalau makanan yang diidamkan tak dapat ..nanti baby lahir air liur mengalir...Bagi sesetengah wanita hamil khususnya,keinginan untukk mendapat makanan yang diidamkan sangat2 kritikal.Namun,ini semua berlaku akibat perubahan hormon dalam wanita mengandung. Wanita hamil,selalunya seolah-olah tidak mengenal diri sendiri bahkan benci melakukan banyak perkara yang sebelum ini sangat disukai.Terdapat banyak kisah-kisah lucu yang aku dengar terutama dari kawan-kawan yang mengidam.Ada antaranya yang teringin nak pegang telinga suami setiap kali tidur,teringin nak main hidung harimau?Ini merupakan cerita benar yang aku sendiri terbaca.
auchhhh!


Awal2 trimester memang tak lalu sangat nak makan...Agak kurus jugak la awal-awal tu..Awal-awal la..now rasanya makin 2 kali ganda saje size badan..hik hik ..Tinggal di Melbourne dua orang..kalau rindu nak makan apa-apa memang semuanya suami akan turutkan.Awal trimester agak teruk jugak alahan sebab aku tak boleh nk masuk dapur sangat..
Antara sebab-sebab tak boleh masuk dapur :-

1)Geli tengok dapur
2)Tak suka bau-bau goreng
3)Bau minyak
4)Lihat pingan mangkuk tak dibasuh

Senang cerita tak boleh tengok semak dan kotor la...Kata orang2 tua juga,kalau tak boleh tengok semak Baby yang dikandungkan anak perempuan...betol ke?Sama-sama lah kita nantikan kemunculan baby kami di awal november nanti insya Allah.

Namun begitu,adakalanya mengidam boleh dielakkan.Jika apa yang diidam seperti agak pelik dan musykil.


1)Jauhu rokok dan alkohol
2)Melakukan rawatan dispa
3)Minum banyak air suam
4)Tidur secukupnya
5)Apa yang penting kita doakan agar Allah membantu untuk mengurangkan keiniginan tersebut.

Apabila ada masa kelapangan ,aku memang suka tengok newsfeed Facebook.Kadang-kadang terliur tengok kawan-kawan update pasal makanan.Makanan Malaysia memang menjadi kegilaan ramai khususnya apabila kite duduk di luar negara.So,setelah suami pulang dari training aku telah pun meluahkan keinginan di dalam perut.Kih kih kih.Walaupun kami x de la pro sangat memasak.Tapi bile kite mencuba untuk membuat sesuatu untuk kali pertama bersama-sama benda ini sungguh fun tau tak?!

Actually,aku tetiba suka pulak nak makan kuih tradisional ...Sebab dah lama tak makan tiba-tiba bila dah pregnant..terasa keinginan nak makan hasil suami tu melonjak2..eceh..Tipu je!!Aku buat together dgn suami kerana memahami jadual suami yang agak padat.Selalunya untuk membuat sesuatu kuih aku akan tanya dulu suami samada dia suka atau tak kuih tu..Takut plak kang buat,makan sorang mane nk larat.
Jadi antara kuih yang diidamkan kami berdua ialah:-

Onde-Onde: Suami adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengentel kuih tersebut kerana aku tak suka akan kekotoran

Kuih karipap: Aku buat seorang..Suami aku sekadar sediakan doh sahaja
 Laksam-Aku buat seorang..Suami cuma potongkan sayur-sayur itu sahaja.
 Baklava-Beli kt kedai..Aku makan seorang sebab terlalu manis..
Max Brener Waffle- Aku makan sorang..suami aku tanak makan gak die cakap Manis!Tapi bile aku abiskan dia ckp sampai hati tak tinggalkan untuknya..

 Nasi Goreng Ikan Masin- Aku masak ..suami aku bubuh sos tu jek..lol

Roti pisang satu Malaysia-Aku mengidam nk makan roti pisang junior dia..sebab sedap sangat..tapi akibat aktivits training yang penuh suami aku tak sempat nk bawak g makan kt situ.Jadi dia buatkan untuk aku..Ok la awesome husband!Baby is giggling!


Cake Rainbow -Aku dah banyak kali cakap kat suami aku teringin..tapi dia cakap cake sume x delivery kat Ipoh.Jadi lastly ada orang sanggup belikan..Sedap woooo!!I like


 Jadi..setelah dapat kesemua makanan yang diidamkan Aku happy..Baby keep on kicking once dapat makanan...kihkihkih.Tapi,apa pendapat semua yek kalau agak-agak aku mengidam nak pergi London tengok suami aku race..Mane tau kehadiran isteri menjadikan batu lonjatan kepada suami menang emas..Arhhh sedih x dpt pegi..Sedih woi!Sedih gile...

Last but not least,enjoy with the clip..tapi kualiti kurang menarik sebab guna kamera biase-biase saje..


Jadi sebelum kita end the entry..Dont forget that we have 3 days to Ramadhan and 10 days to Olimpik.Aku sebagai isteri sangatlah kecut perut nak menunggu time race.Cuak pulak..Antara ada dan tiada..Hopefully he will do the best for us..rite?Mari sokong beliau reramai.Semoga hasrat suami nak tutup aurat tercapai.Amin!


Love,
Pocketroket Mummy !



2 comments:

dilakochan said...

Semoga kak tya n baby dlm perut sehaat selalu.

Doa rakyat melaysia utk pocketrocketman sentiasa mengiringi beliau, moga dpt bawak pulang emas! aminnnn!

Untungggg akak dpt husband rajinn kt dapor! hehe

TBD said...

"semoga niat sdr Azizulhasni utk tutup aurat tercapai"...ameen!!
moga keberkatan Ramadhan menjadi asbab utk kemenangan beliau nnt, insyaAllah..!! we're proud of you..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...