Dalam kekalutan membuat persiapan untuk pulang ke Melbourne,PR (Pocketroket) khususnya terlalu BZ kehulur-kehilir untuk menghadiri beberapa Majlis rasmi yang di buat khas untuknya sebelum ke Olimpik.Kerajaan Negeri Terengganu dan juga Msn telah pun membuat kenduri kesyukuran khas untuk Azizulhasni Awang di Dungun pada akhir bulan yang lalu.Pada ketika itu,aku tidak menghadirkan diri kerana badan tidak begitu sihat.Almaklumlah.
Namun begitu,bapak aku merangkap bapak mertua Azizulhasni ..turut membuat kenduri doa selamat buat menantunya sebelum bertolak ke Olimpik London nanti.Sayang bapak!Aku memang panggil Bapak aku as Bapak..hihi...Jadi,sebelum decide untuk membuat kenduri,my dad tanya nak makan apa for lauk kenduri.Elok pulak aku time tu sangat teringin nak makan Nasi tomato dan Kambing Golek Australia.Haihh over sangat kan.!Jadi Alhamdulillah...segala yang aku pinta,bapak aku sediakan untuk cucu di dalam perut.
Lokasi : Rumah Mama & Bapak Ipoh
Majlis : Kenduri doa selamat & kesyukuran menantu & anak2 ASBS
Tema : Semua WAJIB berjubah
Suasana ketika malam.Malam bermulah bacaan yasin dan doa selamat.Sebelum menunggu para tetamu hadir.Aku tunggu suami aku yang baru sahaja bertolak dari KL.Sambil menunggu,aku makan dulu sepinggan nasi.
Lauk pauk yang sunguh sedap dari Fauzi Catering.Ataupun kalau lebih clear "Nasi Ayam Fauziah".
My dad memberikan ucapan 2 kata kepada para tetamu yang hadir.
Akhirnya,suami selamat sampai.Sejurus habis bacaan Yassin.Bapak aku suruh my husband to bagi ucapan sikit kepada para jemaah masjid.
Cucu-cucu ...
One big happy family
Our picture with Jubah
Last but not least,my husband fanatic fan..Namanya Daniel.Daniel sangat suka PR.Setiap kali nampak mesti dia jerit "Ajojo" "Ajojo".Menurut ibunya,susu dutchlady gambar "Ajojo" pasti diminumnya setiap hati ...Aku rasa bangga bila ramai kanak-kanak suka pada Ajojo .Ajojo memang idola kepada kanak2..Go Ajojo Go!
No comments:
Post a Comment