Tuesday, October 30, 2012

Maternity Shoot by Syahiran Sukardi





Dear my baby boo,
Ummi is waiting for you now patiently ..
Lailanta subhanakaini kuntum minal zolimin 
Be a good person when u meet the world

Love,
Ummi and Abbi

Monday, October 29, 2012

Honeymoon | BALI

Setelah tamat siri worldchampionship di Melbourne ,Coach Basikal Malaysia,Mr John Beasley telah pun memberi kesemua para cyclist cuti selama seminggu. Cuti sebelum memulakan training Olimpik.Jadi,suami telah pun mengajak  aku untuk pergi bercuti di Bali.Yahoooooooooooooooooooo!!!!!
Sememangnya Bali merupakan antara destinasi pilihan yang aku memang teringin nak pergi.Jadi setelah suami mengajak aku pergi bercuti ..takkan nak tolak pulakkan..Percutian kali ini sungguh bermakna kerana bukan sahaja pergi bercuti bersama suami malah bersama baby didalam perut.

Kami membuat tempahan last minute.Nasib baik aku mempunyai cousin yang bekerja di Tourist Agency.Jadi mudah untuk aku berurusan mengenai percutian kami yang singkat ke Bali.Ini merupakan kali pertama aku dan suami aku pergi bercuti naik Air Asia.As everyone knows,everyone can fly with Air Asia.Flight yang kami naik penuh dengan pelancong dari Malaysia.Dan dari KL ke Denpasar juga ,Air Asia menawarkan beberapa pengangkutan dari pagi hingga ke malam.

Kami disambut mesra oleh seorang tourist guide Bali.Dan terus menghantar kami ke Hotel ditengah2 kota Kuta.Memang BZ tapi wow the architecture is so marvellous.Sememangnya aku suka pada material kayu tambahan bila tiba di Bali,i think my husband made a right choice .!Love him so much!



Kami dah sampai Hotel.Hotel di beri nama Legian Paradiso .Hampir semua hotel sudah penuh dibooked.Jadi kami bernasib baik kerana masih berpeluang untuk mendapat bilik di Hotel ini.
 Belum sempat kami check in..Mereka dah hidangkan kami Air Jus Oren yang sangat sedap.Lihat PR mereka.Awesome sangat bukan?Percutian kiteorg takde la lame mana pun cuma 3hari 2 malam je.Banyak sangat nk share dengan semua pembaca blog.Tapi banyak gambar x convert from memory card.So gambar2 Iphone saje yang ade.Ok la kan?Layankan sahaja :)
 So this is our Hotel..Kinda Cozy ..Hotel pun best.Swimingpool pun best..Masyuk sangat!!Romantik sangat.Yang penting kami berdua rasa sungguh tenang .Tenang daripada segalanya.So itulah gunanya bercuti..betul tak?Aku sangat suka sebab berpeluang meneliti BALINESE ARCHITECTURE.Sememangnya tatkala aku buat Master dulu,Balinese Architecture adalah salah satu topic yang aku telah present.
 Bilik kami mengadap sisi swimming pool.Tak sabar nak tengok bilik....Rasa nk jerit je..and wanna say thanks to my husband sebab bawak saya bercuti ke Bali walaupun hakikatnya tak dapat nk pergi tengok beliau beraksi di Olimpik.:(
Bilik nya sungguh menarik.Simple but nice.Bilik kami agak menarik kerana menghadap swimmingpool.Sungguh BEST!BEST!BEST!BEST!Inilah percutian yang aku idam-idamkan.



Masuk sahaja ke dalam bilik...Kami dapat CAKE!! Cake strawberry yang sangat sedap!!Tapi nama isteri je ade..Ejaan pun salah...Janji kite layan kan sajok!Ohhhh bestnye!!!Best sangat..terasa diri ini sungguh berharga.Tiada ungkapan yang boleh saya gambarkan betapa happy nya saye!!!Kami berehat dan aktiviti explorasi di BALI diteruskan ...yukkk ..!!



Panaroma ketika Malam.OMG!Memang best!Tak tau la nk cakap camne tp both of us sangat seronok menghabiskan masa bersama ..mengenal hati dan budi masing-masing.Hehehe.Tapi kesian jugak,sebab aku tak larat sangat nk jalan-jalan.Maklumlah.Bawak baby dalam perut :)

Percutian kami di BALI sungguh romantik dan sangat recommended kalau nak pergi berdua-duan dengan suami tercinta.Pergilah BALI!


Sunday, October 28, 2012

36 weeks and journey to Singapore !




Azizul : Yang,this week kite kene pergi Singapore sebab i kena g jmpa sponser dkat sana..
Me urghhh,Singapore at this time sayang?tunggu lepas baby keluar cannot ke?
AzizulThey really want me to come by this week..We go and meet the doc and ask whether u can travel or not ..

So we meet the doctor,and yes the doctor said..YOU CAN TRAVEL STILL!PREGNANCY LADY NEEDS TO WALK A LOT! ...pfffttt...i tot the doctor gonna say ..U should rest because you are 36 weeks pregnant already!

Apa-apa pun..Alhamdulillah dah selamat sampai dan selamat pulang .I went to Singapore last week with my husband and both parents.Sometimes bila berjalan berdua jauh2 kalau berdua je dalam kereta agak membosankan..jadi saya mengajak ibu dan bapa saya menyertai rombongan cik Azizul ke Singapore memandangkan saya sudah sarat mengandung jadi elok lah kalau ada pantauan orang tua..
Perjalanan sungguh memenatkan i tell you..TIPU la kalau saya cakap x penat malah menyeronokkan..sepanjang perjalan dari Ipoh ke Johor hujan.Hujan je..dan menyebabkan pemanduan agak perlahan.Bukan itu sahaja,kami berhenti banyak kali memandangakn salah seorang yang berada di dalam kereta sangat suka pergi ke toilet .Sapa suruh bawak kite travel jejaouh kan?

Sepanjang perjalan,i just sleep sleep sleep sebab kalau tidur i will not terasa macam nak terkencing!

By 8 PM,Kami sampai ke JOHOR BAHRU ,di sambut oleh rakan UIA saya,MUJIB.
Beliau membawa kami makan di JOHOR.dan tempat itu merupakan antara destinasi orang2 Johor selalu pergi iaitu Tepian Tebrau.Makanan dia not bad.Tapi kalau ada banyak choice of seafood lagi best.Janji dapat isi perut sebab dari Ipoh ke JOHOR memang makan gitu2 je sebab nak menjaga kuantiti pengambilan makanan...teeeeeeeeeeeeeeet!

Memang makanan agak YUMS..tapi ada gak yang diorang tak reti buat.Contohnya Sotong Telur Masin..Rasa dia sungguh menjengkelkan ..Over all yang lain sedap..Especially Jenahak Asam Pedas! Memang terbaik.Total semua ialah RM164 untuk 5 orang makan..Ok la kan?
Suami menjempui Ketam kegemarannya..Hampir kesemua ketam di makannya.Dan ketam itu agak mahal.2 ekor bernilai RM54.00..Memang mahal..tapi favourite katanya..plus dia yang bayar kih kih kih...Actually susah nk tgk dia makan seafood..tapi kalau sekali dia dah makan jangan di kacau!
My beloved parents ......yeaa at last i can drag my daddy to follow me to Singapore..Susah ok nak ajak bapak saya ikut berjalan....kalau ajak mama,memang suke bebeno berjalan...tsk
Setelah kami makan,kami terus bergerak ke Singapore.Tapi Alkisahnya timing salah sebab ramai orang Singapore balik time tu dan menyebabkan Jam teruk di Woodlands...Pengalaman terindah itu adalah untuk suamiku,kerana ini merupakan kali pertama beliau menjejakkan kaki ke Singapore..So for me,dah selalu sangat pergi..cehhhhhh!



Kami mengambil hotel di Marriosn Hotel,Bugis St diamana terletak betul2 kat City.Kalau nak ikut pada harga hotel tersebut adalah lebih kurang semalam di Mandarin Oriental ..tapi bila di convert adalah seperti hotel cap ayam sahaja..Namun begitu,tak kisah lah janji dapat tidur dengan selesa.Sebab ibu hamil needs a lot of rest!So i dont mind as long as the katil is awesome!

Ni building sebelah hotel...Apapun i like Singapore because they still preserve the old buildings and convert to commercial area.So ok la!I like!Sepanjang area hotel ni memang terdapat banyak tempat yang menarik yang memang takde kt Malaysia.Even Malaysia tu sekangkang kera je dengan Singapore.
Actually semenjak pregnant,memang saya mengidam nak makan Murtabak Singapore.Dari haritu pesan dekat Abang suruh beli,tapi x dibelinya.Nasib la ada rezeki nk pergi lagi tahun ni..jadi apa lagi saat ini lah saya nk perkenalkan interesting dishes kepada Bapak and Suami saya.Both of them really like Murtabak Singapore...Kegaringan Murtabak Singapore memang sangat melazatkan!!!!Aummmmmm
So then,we met the Singaporean family.Who always be there when we need them!Abg Yusuf and Kak su,merupakan kenalan kami tatkala kami di Melbourne.Kini,mereka dah menetap semula di Singapore.Sangat-sangat berterima kasih kepada mereka,kerana mereka memperkenalkan Singapore from satu tempat kepada satu tempat yang lain ...

Ini adalah antara gambar kami berdua di sana..kih kih kih ..my face is so kembang now..so takpe janji ada background singapore.!
Agenda suami dilaksanakan,bayangkan orang dari German sanggup terbang ke Singapore semata-mata ingin berjumpa dengan the pocketroketman untuk memberikan basikal.Bagaimana pula dengan orang Malaysia?ada tak yang nak bagi basikal ribuan ringgit kepada Azizul secara percuma?
Setahu saya...masih belum !Pun begitu,terima kasih buat sponser dari Singapore yang bertungkus lumus untuk event ini..
Tatkala suami pergi ke eventnya,saya dan parents saya berjalan sekitar bugis area.Rupa-rupanya terdapat banyak shopping complex keliling kami...ada dekat sebelah kiri,kanan,depan.itu baru area2 biasa.belum pergi ke orchard road..wow!Singapore sangat GAH!!!Jadi ,saya dan parents memutuskan untuk pergi yang dekat2 ajok memandangkan saya ni tak larat sangat nk jalan jauh plus toilet sana x de bidet so susah nk cuci.Saya prefer untuk membuang segala di Hotel sahaja.!
Setelah puas berjalan-jalan ,akhirnya kami mahu feeling feeling tourist.Jadi my mom belikan Apple Strudel yang sungguh sedap...Memang 1st time makan Strudel sesedap begini!And kedai ini menjamin kehalalan thaiyyiban ...Kedainya kecil tapi orang beratur mahu beli!


Orchard Road Shopping


Apabila malam menjelma,suami pun dah ada,,,kami panjangkan langkah ke area Orchard Road...Ya Allah ..saya sungguh terkejut melihat shopping complex di area itu.Sungguh Gah dan lip lap lip lap dan building nya agak exotic dan saya suka saya suka!! Memang kalah la pavillion ..kalau nak diibaratkan sepanjang jalan tun razak,sepanjang jalan tu lah shopping complex nye..Bukit bintang rasa macam dah besar..tp ini berkali-kali ganda.Dan guess what?we found kedai2 branded for babies!Bayangkan DIOR,FENDI,GUCCI etc ada for new born...isk isk isk Dunia Dunia !
Setelah puas bershopping kami sekali lagi dibawa oleh Abg Yusuf n Kak su pergi makan singaporean dishes ..Katanya Mee Upeh ini sangat special kalau di Singapore..So kami makan!
Dan rasanya sangat enak!
So kalau korang g Singapore,dont forget to try this oK!

Last but not least,setelah 2 hari kami disitu.Keesokkan harinya suami pergi berkayuh dengan org Jerman tu...balik dalam kol 2..memang agak lewat ..Check out pun lewat.Jadi setelah lewat,segala-galanya lewat.Kami terus meninggalkan Singapore dan singgah sebentar di vivo city!
Last year,i just passed by sebab nak pergi USS so this time memang teringin sangat nak masuk dalam Vivo City!Sebab Building2 kat Singapore ni boleh dikatakan agak gila dan menjadi ICON!


vivocity.png

Memang best!!dan terdapat Swimming Pool on top of the floor for families.
Not only that..little garden for kids to play around.
Selain menghayati building ..kami juga MAKAN!!
MAKAN! MAKAN!MAKAN! dan MAKAN!
No wonder la baju banyak dah tak muat bila nak balik Malaysia..
oh snap!



Tolonglah makanan ini sangat drolling dan saya berjanji lepas beranak tanak makan Sweet sudah!
Nak kurus sekurus kurusnyah...Mampu?!
LOL

Birthday Celebration at Menara KL





Assalammualaikum..WBT

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua ..Hari Raya Aidiladha kali ini memang sambut di rumah sahaja..Masjid pun dah tak pergi dek akibat tak larat sesangat membawa badan yang sangat berat....Hows your raya?


Happy Birthday to me .....


Cepat sungguh masa berlalu...rasanya baru sahaja lagi celebrate birthday last year dekat Melbourne..dengan sajian Seafood and cake buatan khas suami tersayang! Berserta hantaran bunga delivery dan beg tangan !I love u yayang

THIS YEAR is the awesome year...
because I'm pregnant and we celebrated my birthday bertiga ..
a day before birthday my husband has a talk show with Dutchady on NTV7..including Pandelela Rinong and both mothers.The event only for a day so i just spent my time in the room and luckily my BFF,Bedot nak datang ke Sunway Pyramid and meet me there! Woots

When u r pregnant u really need a lot of time on your own ..seriously..i really hate to meet people to social to meet new people and bla bla bla..Maybe antara factor nya ialah badan makin berat,dan MALAS nk jumpa siapa-siapa ...so memang selalunya kalau my husband ada event i just accompany him but i just stayed in the hotel room ..huhuhuhu..so then u can have the lavish feeling when u r in the hotel room rite?

Memang agak lama ,saya x berjumpa dengan rakan seperjuangan Bedot.Kami memang rapat semenjak dari Matrik lagi.Semua rahsia saya dan semua benda kami share bersama.Bedot adalah orang yang paling saya sayang!She is funny and funny and funny.She works as a lawyer ..and now i think she already works with Gomen tapi I'm not really sure spa jawatannya...My friend still single..so kalau ada siapa2 nak ngorat u can direct message to me..:)

Boleh  dikatakan semua rakan-rakan seperjuangan dah berjaya berkerjaya..saya tumpang bangga...dan Alahmdulillah rezeki baby dalam perut untuk makan Bubba Gump dengan Auntie Bedot...sebab memang saya sangat2 mahu makan Bubba Gump pun!gituuuuuuu


Alkisahnya..saya ingin berkongsi pengalaman manis+pahit yang sukar saya lupakan tatkala saya menyambut hari kelahiran yang ke 27 tahun ....Sungguh teruja apabali suami tiba-tiba bersiap dan mengajak saya ke Kuala Lumpur pada minggu itu..


Boleh dikatakan every week husband will drive to KL ..and this time dia ada function with #Dutchlady .so now ,kalau ada function i preferable to stay in the hotel..kalau dulu boleh la nk teman tgk dia shoot ke apa smpai habits..now tidak lagi ...hi hi hi ...So,selepas selesai event tu...suami menyuruh saya pakai baju sedondon dengan nya..walaupun bilangan baju mengandung sudah makin limited akibat kebesaran badan yang drastik ...namun,berjaya jugak ye ...menyendondon kan baju kami ...sweet sangat!

Menara KL

Drive punya drive ...last2 destination GPS menuju ke " Menara KL " ..seingat saya ..i went twice to Menara KL itu pun dah lama zaman kecik ...berbeza dengan suami,dia memang langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke Menara KL ...Jadi ,memang boleh di lihat dari mata kasar...suami saya senyum sampai ke telinga pabila smpai ke ruang legar Menara KL ...Kami di sambut baik oleh staff Menara KL ..membawa kami keliling satu bulatan building tersebut.Tampak terdapat banyak kedai cenderahati dan kedai2 dari Middle East.Harummmm ...Bau minyak attar !

Sebelum kami naik ke atas....kami sempat berposing,dan saya sempat untuk ke Toilet untuk melawaskan perut..huhuhu....terdapat surau yang agak selesa...tapi saya lebih selesa untuk bersolat di Hotel sahaja memandangkan saya agak allergic kalau pinjam telekung yang berbau ..tak kusyuk solat menahan bau..

Lift Stuck

Kami terus melangkah ke lift dan ke kaunter Restoran Atmosphere 360,restoran berputar menara kl gitu ...dan yeah my husband did a reservation ..and saya sangat teruja dengan usaha gigih suami ku ini ..I love you so much Yang ...dalam lift,memang kelihatan suami begitu happy..senyum ..senyum..senyum manja ...nak di jadikan cerita pulak,dalam lift tu cuma kami berdua ...so lagi la romantik gituuuu!!Semakin tinggi Lift ,semakin sakit gegendang telinga ku ...tiba-tiba setelah sampai ke tingkat yang diterajui ...Lift tiba-tiba berhenti dan x bukak-bukak pintu ...Awal-awal kami anggap benda ni normal ...tapi setelah 10 minit masa berlalu,suami terus contact technician dan menanyakan perihal lift tersebut...memang betul jangkaan kami .."LIFT STUCK" ..Bayangkan la muka suami yang ceria tiba-tiba jadi tension dan panik memikirkan tentang saya dan kandungan ..Actually,saya ok je..tapi rasa kesian pada suami kerana mood beliau tiba-tiba hilang 100 percent akibat kejadian tersebut..dan seriously i can see my husband effort to let us out ...tapi still kiteorg kat dalam memang cannot do anything ..just berserah pada Allah dan mendoakan yang terbaik untuk kami ...




Hampir 30 minit berada di dalam Lift,akhirnya atas kuasa Tuhan yang Maha Esa,pintu lift tersebut terbuka dan kelihatan ramai technician yang berada di luar pintu membantu kami ..Suami berterima kasih,dan sempat memberikan pesanan "ikhlas" kepada para pekerja di Menara KL..Memandangkan Menara KL salah satu tempat pelancongan di negara kita...




Agak kelakar apabila Berita sebegini masuk paper jugak :)

Restoran Atmosphere 360



Walaupun dalam hati masih berasa tidak puas hati dengan masalah lift,tapi kami tetap mampu melemparkan senyuman kerana tanak spoil kan hari kami..ceh gituu...Masuk sahaja ke dalam Restoran tersebut...terasa agak teruja dengan interior restoran tersebut .Seolah-olah berada di ruang angkasa sambil melihat panorama 360 darjah Kuala Lumpur.Suami ,menyuruh saya duduk sahaja dan beliau mengambilkan makanan dan segala-galanya.Dek akibat,trajedi lift tersebut,kami tiba-tiba menjadi famous..dan pihak Menara KL banyak kali dtg kepada kami dan memohon maaf dan memberikan cenderahati .Actually maybe sebab Azizulhasni Awang kot..Cuba saya jek yang stuck..?huhu..haaa ..
So ,makanan sangat banyak dan terdapat jugak local band yang memperdendangkan lagu2 berunsurkan Jazz yang agak memberikan aura romantik ...

Ketika duduk seorang diri,sambil melihat pemandangan KL yang diserikan cahaya ..saya amat-amat berterima kasih kepada Suami yang sanggup bersusah payah membuat kejutan istimewa buat saya sebegini rupa...Selama ini,kami just celebrate kt Melbourne tp Melbourne nk dapat makanan halal agak susah untuk kedai2 Fine Dining seperti ini ..Saya panjatkan kesyukuran juga kerana Sambutan Birthday kali ini , di sambut bertiga ...dengan baby dalam perut yang sangat aktif tendang menendang ..

Hidangan agak melazatkan ..boleh pilih apa jenis makanan ...tidak mengira jenis ..u can eat anything as long u pay!Sambil menjamah makanan,,,boleh di katakana setiap minit,ada sahaja lagu "Happy Birthday"di dendangkan oleh Band tersebut yang turun ke bawah menyanyi mengelilingi meja.Actually,dalam hati tanya gak "Adakah next turn aku?" huhu.....

Surprise!!!!!


Tunggu punya lah tunggu macam x ada je....Saya pun dah visit toilet kerap sangat dan kekerapan visit itu sudah menyebabkan hati meronta-ronta nak pulang ke hotel ...huhuhu...Suami suruh tunggu dan tunggu katanya untuk melihat pemandangan KL yang jarang-jarang di lihat dari ruang angkasa...Jadi saya pun layankan je lah...Boleh di lihat,orang makin lama makin sedikit meninggalkan restoran tersebut....Apabila ,restoran berputar betul-betul di hadapan KLCC..Kedengaran orang mendendangkan lagu "Happy Birthday to Athiah Ilyana" ...auchhh .......Dari belakang mereka hampiri dan membawakan cake coklat ..

Terasa diri sungguh berharga ...serious x tipu ...cehh ..dan mereka juga menyuruh suami mendedicate lagu buat isteri ..dan mereka akan menyanyikan on the dot ...gituuuu..Jadi lagu yang didendangkan adalah lagu "You are my everything" pilihan isteri sendiri sebab lagu2 pilihan suami tak begitu Jazz untuk didendangkan ....apa-apa pun terima kasih banyak-banyak buat suami ku yang tersayang atas kesungguhan buat macam-macam untuk saya.Next,gonna be my D-Day..

D-Day is coming up soon....



Doakan saya dan baby selamat...Saya kalau boleh nk sangat-sangat beranak pada 1 november 2012,,sebab tarikh tersebut sama birthday dengan my mom's birthday..Makbulakan laaa doaku ini ya Allah ....

Friday, October 12, 2012

Baby shower J o j o | T y a

   Tempat : Ben's Publika
    Acara : Baby shower J o j o | T y a




1st and foremost i would like to say thank you to my ex roomate when i was in Deakin University, Nana Azman  who has planned the unexpected "Baby Shower" for us .Thank you Thank you !!Seriously appreciate !Soon nanti for you Hen's night let me plan pulak ye? Xoxo ..


Kami selalunya akan spend masa dalam seminggu 4 hari di Ipoh 3 hari di KL ..normally towards weekend ,my husband has a lot of activities with his sponsors dekat KL ..so kalau diberi penginapan selalunya saya join sebab best kot lepak2 dkt katil hotel yang comfy itu di samping malam2 boleh request makan best!

Alkisahnya tatkala hari baby shower tu my abang and my SIL ,ade meeting area2 KL so they needed us to take care of their daughter and son,so mencabar ok!Menjaga budak atas 3 tahun ..dan membawa mereka berjumpa strangers (my friends) yang obviously diorang tak kenal ...before kiteorg gerak we let the kids to play in the hotel room 1st...then, we go to #PUBLIKA for our #BABYSHOWER gjyeahhhh!!
Actually,we never been to PUBLIKA..kisahnya org kampung dtg KL ye dok...so rupa-rupanya banyak sungguh perubahan ..memang PUBLIKA ni adalah tempat lepak yang best!Baru ku tahu....terdapat banyak restaurant ...and semua restaurant best2 dan happening...and 1st time juga kami makan dekat Ben's !ok we are soooooo ketinggalan !



Obviously,saya sangat terharu melihat segala decoration yang dijayakan oleh kak Nana kite.sungguh terharu dan sangat cute.Awal-awal tu memang seriously speechless...dengan bawa 2 budak2 kecik lagi yang tiba2 tanak duduk ...saya jadi tak tentu arah ..bukan itu sahaja mereka sempat berebut baloon dan memintak ipad kepada saya ..Ipad battery habis..bayangkan la bagaimana keadaan Tisya n Aqeel ketika itu yang berhadapan dengan strangers..huhu...
Pun begitu ,nasib la decoration yang disajikan is so cute cute and i really like it!!!thanks thanks thanks...
Seriously awesome!Kesemua rakan-rakan yang datang juga merupakan antara my close friends tatkla belajar di Deakin University,Australia.Mereka semua sudah bergelar Arkitek kini.Saya masih graduated arkitek full time housewife to Azizulhasni Awang..phewwww !


My Husband who always stand beside me ..i love you so much baby!My husband is so excited to welcome our 1st baby soon !!Siapa tidak excited kan?kan?..After all,saya sangat bersyukur kerana bila berada di Malaysia saya senang nk mintak makanan best2 ..jangan terkejut la kalau tengok badan makin dipam pam ..Saya janji lepas beranak saya diet balik!Gile kau tak diet ..!


Antara jemputan yang memeriahkan Majlis..Wan billy bersama kekasih hatinya,Nelly Furtado ..Nell

My darling Nana Azman and her cousin, Wan Mamood ..Org beso terengganuuuu ni!

With my girls ...all of them still single but not available ..Yang pakai tudung merah hujung tu bakal melangsungkan perkahwinannya bulan disember ni..kalau abis pantang boleh laaa pegi !!

Antara permainan yg dilakukan..masuk belon dalam perut...so obviously lah perut i yang menang...
big yet so big!RIGHTOOOO

Antara gambar yang berjaya mengajak anak2 buahku masuk gambar....Say Cheeeseeee


Masing2 meletakkan balloon di dalam baju memasing ...they still look gorgeous no matter what..mereka ni bekerja dan makin kurus...
With my kipoci girls!!Miss all of them ..semua nya bakal berkahwin soon except yang baju ijoo ..tatau bile dia nk kawin =__=

Last but not least...nak jugak orang tu bubuh ballon dalam bajunye..tp still perut nampak kecik x leh lawan perut isterinyehh..

Indeed,sangat happening and i x puas nk berjumpa dengan semua orang.Lots of story to share and diorang sume memang gegila..Tambahan dengan anak2 buah yang menangis nak balik ..membuatkan mood hilang..kah kah kah ..Sekali lagi saya ucapakan thanks buat all my friends yang susah payah menjayakan majlis ini...Simple but will always remember this forever...Thank u also,for those yang memberikan hadiah buat anak pertama kami.We owe u big time.....Terima Kasih Terima Kasih!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...