Friday, February 8, 2013

Cukur Jambul atau Cukur Kepala Bayi?


 Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838]

Sudahkan ibu-ibu di luar sana mencukur anak mereka?Terlintas hati untuk menaip di forum2 mengenai komen2 mereka mengenai cukur kepala.Rata-rata ibu bapa tidak gemar malahan tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa kita disunatkan untuk mencukur rambut bayi.Alkisahnya,mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam. Ini kerana mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh.Selain itu,kalau ikut kata orang2 tua rambut baby dalam perut eloklah dicukurkan atau dibersihkan.Dalam erti kata lain "bersihkan kotoran" , yakni hadis: “Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” [Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24] Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya.

Namun,ibu-ibu dan bapa-bapa moden di luar sana,seolah-olah sayang untuk membotakkan kepala anak mereka.Walhal itu merupakan sunah nabi kita,Nabi Muhammad S.A.W.
Pada hari ke 7 kelahiran,disunatkan untuk memberikan nama,menyembelih kambing dan mencukurkan rambut.Alhamdulillah,Amna Maryam sudah pun di botak dan dicukurkan rambutnya oleh Abbi yang tersayang, Azizulhasni Awang.

Cukur Jambul?
Dalam erti kata lain pula,ketika Majlis Cukur Jambul ..memang rambut anak di potong sedikit demi sedikit oleh para hadirin.Tetapi apabila majlis selesai,rambut bayi tadi haruslah dibotakkan.Dengan nilai rambut bayi yang dicukur botak itu,harus ditimbang dan di bayar kepada fakir miskin.Namun,sesetengah orang hanya membuat syarat.Potong sedikit habis majlis tak dibotakkan langsung.Ia boleh mendatangkan makruh. Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.


Alhamdulillah,anak kami Amna Maryam dibotakkan kepala .Sebab lack of experience,Abbi Amna potong sekali anak rambut.So nampak la 3 jalur di muka Amna.She looks so cute la!Bald Bald Bald.Bayi nampak sungguh suci apabila botak.Memang awal2 kami sayang dengan rambut lebat Amna.Tapi dalam beberapa hari rambut Amna tumbuh dengan cepat sekali!






Orang tua-tua cakap,bila dah botak,Bayi nampak lebih comel dan berisi.Hakikatnya ia!
Saya nampak Amna Maryam semakin bam bam bam dan aktif apabila sudah dibotakkan kepalanya.
Plus,nampak matang sedikit..Apa-apa pun,dalam era moden ini,seharusnya kita menambahkan ilmu yang cetek sehingga menjadi padu.Sedih melihat bayi yang suci dibesarkan dengan keadaan ibu bapa yang tidak mementingkan agama.Malahan menjauhkan diri dari agama suci Allah.Semoga mereka semua diberi hidayah dan petunjuk.Insya Allah.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...