Monday, April 20, 2015

Cara Bersihkan Kasut Bola






 Mungkin ramai yang masih tidak mengetahui bahawa cara pembersihan kasut adalah berlainan bergantung kepada material kasut tersebut. Contohnya, kasut suede tidak boleh dibasuh dengan menggunakan air sabun. Begitu juga kasut kulit tidak boleh direndam air. Bagi anda yang mungkin mempunyai anak lelaki atau suami yang gemar bermain bola sepak, mungkin ini adalah entri yang bermanfaat buat anda.

Sama seperti kasut yang lain, kasut bola juga mempunyai cara-cara pembersihan yang tertentu seperti:-

 Berus kasut tersebut:- Apabila kasut bola yang digunakan terkena lumpur,jangan sesekali mengosok bahagian bawah kasut tersebut ke atas permukaan yang kasar seperti semen dan batu.Sebaliknya pengunaan berus gigi yang terpakai adalah digalakkan.Selain berus gigi,berus nylon juga boleh digunakan.


 Gunakan kain basah:- Kemudian, ambil sehelai kain yang lembut dan basahkan dengan air. Anda juga boleh menggunakan sedikit sabun dan lap kawasan luar kasut.Perlu diingat jangan mengunakan air panas untuk mencuci atau merendam kasut tersebut.Untuk mendapat cucian yang lebih sempurna, anda boleh mencampurkan sedikit cairan pencuci pinggan pada kain basah tersebut.


 Gunakan Wipe tissue:- Selain kain basah,wipe tissue juga boleh digunakan untuk membuang kotoran degil pada permukaan kasut dan tapak kasut yang berlumpur dan bertanah.

 Jemur Kasut:- Jemur kasut bola tersebut di kawasan terbuka. Ingat, jangan gunakan mesin basuh untuk mengeringkan kasut bola tersebut ! Gunakan tangan sendiri dan basuh kasut juga merupakan salah satu senaman yang dapat membakar kalori sebanyak 161 dalam masa satu jam.

 Spray :- Akhir sekali,jika kasut tersebut sudah kering, anda boleh mengunakan spray pelindung kulit untuk mengekalkan kebersihan dan menjaga kelembaban kasut tersebut.

Di harap tips-tips ini dapat membantu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...