Tuesday, April 21, 2015

Hantar Anak ke Playgroup





Assalammualaikum.

How is everyone today?
Hope everyone is good and happy with anything they are doing now.
Alhamdulillah. My lil daughter is a grown up chika now.Terlalu banyak  akal dan perilaku yang kadang-kadang melucukan ..melawakkan..menganggu jiwa dan raga .. 
Ape cerita semua?


As for now,hati dan minat masih berada di rumah.Bukan x nak berkerja tapi the joy and fun untuk melihat anak membesar di depan mata tu seronok sangat.Alhamdulillah.sebagai seorang suri (chewah) banyak juga aktiviti2 yang boleh dilaksanakan bersama anak-anak.

Jika di Australia,  untuk megisi masa lapang ,di setiap kawasan terdapat Council2 yang meyediakan perkhidmatan yang sangat padat kepada rakyat mahrain seperti kami dan yang paling best semua perkhidmatan yang disediakan adalah FREE OF CHARGE!Terdapat juga yuran untuk di bayar tetapi tidaklah dengan harga yang melampau.Terdapat kelas-kelas memasak,belajar bahasa asing,pertahanan diri, dan macam-macam.
Council di sini juga ,kadang-kadang baik hati untuk memberikan tayangan wayang percuma dan berturut serta ice cream.Baik betul diorang ni.Sigh

Untuk menyokong apa yang council dah buat,saya telah pun menghantar Amna untuk join playgroup yang berdekatan.Playgroup ini merupakan informal gathering di antara ibu-ibu,ibu dan bapa,Datuk, Nenek sesiapa sahaja yang mempunyai pertalian dengan baby and toddler tersebut di dalam relaxed environment untuk berjumpa dengan kids yang lain.Kebiasaanya terdapat banyak NGO yang organised the Playgroup.Ada diantara mereka dikalangan ibu-ibu, mengikut bahasa masing-masing,megikut agama masing-masing ataupun yang campur Multi cultural.Saya menghantar Amna di 2 group iaitu Islamic Playgroup dan Multicultural.

Playgroup ini sangat FUN!
Kerana saya telah menghantar Amna dari umur 0 years lagi.Masya Allah Playgroup sangat membantu saya mendewasakan Amna.



Ini adalah salah satu cara untuk memberikan
:-Pendedahan awal dengan New experience (selain aktiviti di rumah)
:-Bersosial supaya tidak takut dengan strangers.
:-Belajar untuk berkongsi,bermain bersama, dan melakukan rutin yang disuruh.
:-Berkomunikasi sesama mereka dan juga dengan Ibubapa yang lain.
:-Berhibur dengan mempelajari perkataan-perkataan baru.



Seriously..pendedahan awal dari umur bayi harus di lakukan untuk Para Ibu-Ibu di luar sana.Ini untuk memberikan pendedahan yang awal supaya anak-anak tidak takut ataupun berani untuk melakukan sesuatu perkara di masa akan datang.
Selain anak-anak juga,Playgroup turut memberikan benefits kepada Sang Ibu.Ini kerana melalui Playgroup kita dapat berkenalan dengan local families and develop new friendship.Para ibu tentunya boleh berkongsi pengalaman bagaimana mereka membesarkan anak masing-masing.


Antara aktiviti-aktiviti yang di lakukan oleh Amna Maryam
:-Bernyanyi sambil memperkenalkan diri
:-Bacaan Surah dalam Al-Quran (Amna join Islamic Playgroup)
:-Imaginative play
:-Outdoor and free play Art
:-Craft Activities
:- Eating fruits together
Selama 2 jam Playgroup,aktivit2 yang dilakukan tentunya memuaskan hati dan Amna akan praktik benda baru yang di belajar di rumah.Tapi bab-bab main playdoh dan guna painting tu..sakit sikit mata Sang Ibu.

Selain itu,Playgroup juga mengajar anak-anak untuk cinta kepada Alam.Sayang pada haiwan dan tumbuh-tumbuhan.Terdapat banyak sangat aktiviti yang di lakukan oleh Playgroup.Gambar di bawah di ambil ketika Amna berumur 1 tahun.Saya sangat terkejut dia langsung tidak takut kepada haiwan-haiwan dibawah.Good Job my girl!







Akhir kalam,kepada housewife2 di rumah ..anda boleh buat aktiviti seperti ini di rumah dengan group2 ibu yang lain.Cara ini sangat membantu anak-anak untuk menjadi berani.!Percayalah....!!Insya Allah anak-anak akan lebih berdikari dan aktif.This is how we as a mother need to develop our kids brain...!




1 comment:

Azwani Shaari said...

Besaq dah anak dara ni..... moga jd anak solehah ye sweetie :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...