Monday, September 16, 2013

Resepi Enak untuk Bayi 9 hingga 12 bulan

Setelah menerima banyak email dan message mahupun komen dari Instagram @tyajojo. Saya berbesar hati untuk kongsikan resepi2 enak yang saya selalu buat untuk Amna  .Maaf kalau x sempat nk reply message kt FB.(Jarang BerFB) Maklumlah mak beranak 1..

Baiklah.Dengan msg2 yang diberi saya dapat rangkulkan bahawa
ibu-ibu mempunyai perasaan seperti saya APABILA


  • ANAK REFUSED NAK MAKAN
  • BERAT BADAN BERKURANG
  • SEMUA MAKAN DI SUAP DITOLAK

Actually stress + tension bila pikir anak tak makan.Tapi selagi anak kita masih rely pada Susu Ibu mahupun Susu formula insya Allah masih cukup untuk tumbesaran kerana MILK WILL ALWAYS BE THEIR MAJOR FOOD! So,kalau Amna Maryam tak makan sangat tapi she keeps requesting for MILK, saya lega!Yang penting anak kita sihat walafiat dan susu yang kita beri pun diisi dengan sumber-sumber yang berkhasiat.( Salah satu faktor TAK KURUS-KURUS) Kah Kah Kah.

Sebenarnya,dalam lingkungan bayi 9-12 bulan.Baby's weight gain usually slows down.Often babies who have been good eaters in the past become much more difficult to feed.Untuk membanteras masalah ini ..Cuba TRY TEST :-

  • SUAP ANAK DALAM HIGH CHAIR
  • MAKAN BERSAMA
  • JADIKAN MEALTIME MORE FUN AND SOCIABLE (saya selalu pasang IPAD and nyanyi lagu favourite)
  • BAGI BABY SUAP SENDIRI
  • KURANGKAN MAKANAN YANG TERLALU CAIR OR LUMPY 



 I ve tried.and memang berkesan!Habis jugak la semangkuk apa jenis makanan pun.Tetapi alangkah menarik jika makanan yang dimasak dihias dengan riang-gembira.

Saya selalunya membiarkan sahaja anak saya makan berterabur.Memang makanan akan jatuh ke lantai +____+ Tapi the more we allow our baby to experiment the quicker she will master the art of feeding herself.Cuba bagi satu spoon special for her and one more untuk kita feed.Cuba je.Kalau x berjaya kita suap kasi cepat habis.





Antara RESEPI yang saya buat untuk Amna Maryam :-

ROTI BAKAR BERSALUT KEJU DAN SAYURAN / TOASTED BREAD WITH CHEESE + VEGE.


Bahan-bahan:
2 Keping Roti
Sedikit mentega tanpa garam
Sekeping Cheese
Aneka Sayuran sebagai salad
Cara-cara:
Sapukan mentega di atas roti.Bakar selama 2 minit .Setelah dibakar,letakkan cheese dan kerat 4.
Lebih elok kalau kita bentukkan roti tersebut.(Ambil acuan biscuit pun boleh).
Letak bersama sayur-sayuran seperti Capsicum,T imun, Celery.
Hidang.Selamat mencuba :)

 TELUR DADAR BERSAMA KACANG HIJAU + CHEESE / GREENPEAS OMELETE WITH GRATED CHEESE



Bahan-bahan:
1 biji telur
2 sudu kacang hijau
Sedikit Bawang merah
Sedikit  Cheese


Cara-cara:
Rebus kacang hijau selama 2 minit.(Guna microwave lagi bagus).Pukul telur bersama kacang peas yang direbus dan bawang.(Bawang potong dadu kecil-kecil).Ambil minyak OLIVE OIL atau Butter.Panaskan kuali dan masaklah telur tersebut .Untuk memastikan telur itu menjadi,pastikan telur itu bewarna hijau.Setelah siap,taburkan cheese diatasnya.Lebih sedap jika dihidangkan dengan Jus buah-buahan untuk si kecil.

AYAM DINOSAUR  DAN EPAL /CHICKEN NUGGETS AND APPLE.



 



Bahan-bahan:-
1 labu bawang
1 biji epal (potong dadu,buang kulit)
Isi ayam (breast is the best) potong dadu 
1/2 sudu daun kesum. (boleh tambah pelbagai jenis daun yang best ikut suke)
2 sudu olive oil
sedikit cheese
breadcrumbs
tepung gandum untuk coating
minyak (olive oil atau vegetable oil)

Cara-cara:
Panaskan minyak (Olive Oil) dan tumis bawang tadi.Perah Epal dan buang juice yang terdapat pada epal tersebut.(ikut suka kalau nk berair sikit biarkan je).Campurkan Epal yang diperah dengan ayam bersama bawang tadi.Campur dengan daun kesum aka corriander .Kalau nak tambah parsley pun ok.
Bentukkan ayam tersebut mengikut citarasa.Kalau ada acuan lebih bagus takde la nampak dinosaur tu cacat.HUHUHUHUHUHUHUHU.
Dicampur dengan Vegetables.Mengikut citarasa masing-masing.

Selamat mencuba :)



Cuma ada 3 gambar ni je yang ada.Insya Allah kalau ada kelapangan saya akan berkongsikan resepi-resepi dari dapur Tya buat ibu-ibu yang budiman di luar sana.Mohon doa agar Amna mencintai sayur-sayuran sampai ke tua.Kalau ikut Ummi,no problem punyoooo..semua pun Ummi makan :D


Kalau Amna makan habis,makanan yang dimasak dengan penuh keihklasan dan cintai,Ummi akan sentiasa reward Amna.Rewardnya tentulah memberi kelonggaran untuk puteri bermandi didalam Bath Tub.





Selamat mencuba :)

Love  love love,
Umm Amna Maryam












1 comment:

Faeznur Harun said...

Sy berhajat sangat blackmore conceive well gold...boleh x PnTyailyana jual dkat sy

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...