Monday, November 26, 2012

Welcome Amna Maryam



AMNA MARYAM BT. MOHD AZIZULHASNI 

Amna, In Arabic it means safety,protection,peace.Amna will give Ummi, Abbi and herself happiness and peacefulness .
Maryam, It means bright and kind. Also is the mother of Isa A.S
In the Quran, there is without a doubt no woman that is given more attention than Maryam. She is mentioned 34 times in the Quran and there is an entire chapter dedicated to her and her history, Chapter 19 entitled Maryam. May Amna Maryam be a righteous daughter and emulate the Great fight of Siti Maryam.





Alhamdulillah pada pukul 6.30 petang, bertarikh 6 November 2012..lahirlah bayi perempuan yang comel seberat 3.99kg. Perjalanan bermula pada malam 5 November 2012 dimana sign pregnancy sudah tiba di mana darah telah pun keluar .Jadi untuk pregnant 1st time saya agak kaget dan tak tahu nk buat apa2..memandangkan pada malam itu Abang saya ada di rumah..jadi apa-apa hal saya just refer kat dia ..
Kesemua bags di packing oleh my Husband..love him so much


"yeop org dah keluar darah" "yeop darah dah penuh" bla bla bla tp sakit memang belum ku rasai just a lil bit braxton hicks tp ntah la tak cam sakit tu ...

Bergambar dahulu sebelum masuk waiting room /Labor room ..Thanks suami and my parentsT___T

so,alkisahnya malam tu sebelum keluar darah ,saya sempat pergi ke Mydin mall untuk merasai ABC ..sebab terase mengidam sesangat nak makan...so lepas makan ABC,kami balik menjamah dinner..then menonton movie kt rumah beramai-ramai.Bila sign pregnancy muncul,bapak saya terus mengesa banyakkan membaca surah maryam dan solat hajat banyak2 ..dan mohon permudahkan urusan....


Dalam pukul 2 camtu,bapak saya ketuk pintu..suruh saya siap2 pergi ke hospital..beliau sangat khuatir kalau saya tiba-tiba sakit dekat rumah ..so kalau sakit kt hospital bapak saya lebih lega.Jadi,saya patuh ckp bapak saya..Kami ,suami isteri terus packing dan pergi ke KPJ Ipoh Specialist dan bawa surat doctor ..memang ikut pada naluri keibuan ,saya nk beranak 511 (5 nov) sebab bapak baby 501 (5 January)..boleh la kan dkat dkat ..tapi takpe saya redha.....





Hospitalized ..Duduk hospital best actually ..hehhe


Sesampainya di KPJ,saya bagi surat Doctor..dan suami check in bilik hospital dan saya diarahkan terus ke Labour room aka waiting room ..perghhh saya masih belum bersedia unutk semua ini ..sebab kesakitan masih dalam tahap mild..so nurse check semua semua..dan pengalaman "check" itu sungguh tidak boleh di lupakan ..hi hi hi...


So,saya disarankan berehat ,,dan CTG di pasang di keliling perut...tampak semua para nurses tekejut melihat perut saya..katanya "besarr perut ni dik" ..Pada ketika itu,hanya bacaan ayat suci Al-quran yang keluar dari mulut saya..mcm x percaya gak dah 9 bulan mengandung dan dah tiba masa untuk beranak.Saya sangat2 terharu kerana ibu dan bapa saya menghantar sampai ke Labour room dan mengucup muka saya dan mengingatkan saya agar sentiasa berzikir untuk memudahkan deliver.Sepanjang malam,suami di sisi,,menemani sambil membaca surah2 suci Al-Quran..


Sesudah pagi,saya bangun dan mandi untuk Solat Subuh.Kata Ustaz,walaupun darah dah keluar tapi i still have to pray sebab darah yang keluar ini di kira darah istihaddah.Saya solat subuh dan memohon Allah agar memudahkan delivery ini ..So nurse datang untuk memasukkan ubat membuang najis secara smooth!Saya suka ubat ini ..lol kemuadian ..nurse datang check bukaan ...check punya check bukaan still the same 2 cm ..sobs ..dari malam smp ke pagi bukaan sangat lambat ...Jadi ,muncul lah Dr..Dr memasukkan ubat ..kata doktor kalau ubat ni dah masuk,insya Allah akan mempercepatkan bukaan..jadi aku redha...berjam jam saya berbaring...sekali lagi Nurse check dan bukaan masih slow walaupun kadar CTG dah naik ..dalam kata lain,saya punya contraction dah tahap dewa...

Saat-saat induce disambung pada tangan

Kemudian mereka menginducekan saya,,,tatkala induce hanya Allah yang tahu perasaan sakit itu..ya Allah sakit nya..macam ni ke nak beranak...ya Allah sakit! Sakit sangat....Saya    memanggil suami agar mengcalmkan saya..memang saya kalau boleh nk tahan kesakitan itu tanpa epidural..so i called my husband nak epidural!!!

"Yangggggg...i want epidural so badly please"....
Suami berkata tunggu Dr..she has to check your dilation 1st...hanya Allah yang tahu betapa sakitnya saya tatkala itu...berpeluh-peluh ..sampaikan muntah-muntah teruk...
My parents memberikan semangat tatkala saya sedang menahan sakit.Bapak tak tidur malam ulang alik ke hospital ke rumah untuk memberikan semangat kepada saya ..Thanks my family!

Setelah berjam-jam menahan kesakitan..saya amat berharap agar bukaan dah bukak banyak sebab kadar contraction dah semakin kerap...Dr pun datang untuk check bukaan ..namun!masih hampa ..still x de banyak progression ..bukak x smp 3cm setelah berjam-jam menahan sakit..dari pagi smp ke petang ...Jadi Dr suggest untuk saya OPERATE sahaja!Katanya ..takut baby stress sebab dari pagi we already push the baby to keluar..so kalau nk tunggu boleh tp dia risau if baby lemas...so saya pun kol abang saya dan mendapatkan kata putus..kalau boleh memang nk normal tp mengikut kata-kata doktor saya akur...suami jugak akur ..jadi pada 6 Nov 2012 pada pukul 5 camtu ..saya mengizinkan untuk di C-Section ! 

Labor room..this is not OT..looks scary but Amna is not delivered here 

Didalam OT..Memang awal-awal tu cuak ..tp bila dah masuk tengok semua para DR bz ala-ala cite scrubs membuatkan saya tersenyum dan berkata "alangkan seronok kalau kerja Dr jugak" ..actually nk bg hilang gugup...So Dr O and G saya ,sentiasa di sebelah ..dan beliau memegang tangan untuk mengcalmkan saya...Katil di usung masuk ke Bilik 5..nampak semua org BZ..dan memperkenalkan diri ..ya Saya Dr ..Saya Dr ..pakar bius..pakar ini..pakar itu..sila sign disini..theres nothing i can think at this moment ..yang saya nak cuma tawakal anak dan ibu selamat...




Family waiting outside the OT room


Mereka membiuskan saya satu badan since saya menahan sakit terlalu lama...Jadi memang tak sedar apa-apa yang berlaku..saya cuma sedar..apabila mereka berkata "Congrats on your new born baby girl" "Baby u besar 3.99kg" "She is so cute" ...segala-gala kata-kata cuma bermain-main di fikiran ..because i still x sedar..so katil di tolak,saya nampak suami saya ...dan juga wartawan pegang2 kamera ..tp arghhh i wanna be alone ..where s my baby?


Masuk ke dalam bilik,sudah ramai orang dan saya masih x berapa nk sedar..tp saya sangat bersyukur kerana suami dan keluarga sentiasa di sisi ...Nampak kegembiraan suami setelah bergelar seorang Bapa...Walaupun saya sudah buat Birth plan ..tapi its true What to expect when you are expecting ..we didn't know what will happen to us next...Dr saya beritahu bukaan lambat untuk bersalin normal kerana kepala baby donggak dan juga size baby yang agar besar..jadi rahim x boleh bukak ...pun begitu,Saya sangat-sangat bersyukur dengan anugerah Allah yang terindah untuk saya dan juga suami.

Lahirlah kedunia Amna Maryam bt Mohd Azizulhasni

Kami akan mendidik Amna Maryam dengan didikan agama yang betul..Ummi dan Abbi sayang sangat pada Amna Maryam.Supaya Amna Maryam menjadi anak yang solehah dan  kakak yang bertanggungjawab.


Terus terang saya nyatakan moment ketika hamil dan beranak,,,adalah moment yang paling indah ..lagi indah dari moment bernikah ...Subhanallah !Thank you Allah !!!!!






          Your truly,








Ummi Amna Maryam

Friday, November 9, 2012

Alhamdulillah ..im a mother now

Thank you Allah!Thank you Allah!Thank you Allah! We are really happy !!And cant describe the feeling honestly!Syukur!!!Baby is fine ..and she is 3.99kg baby girl !!Alhamdulillah..

Monday, November 5, 2012

Ok ya udah full term 38weeks

Macam x percaya je ..yang due date memang nk dekat gile and can be anytime from now.Hakikatnya saya memang terlalu letih dan nak jalan pun dah rasa x selesa.Tapi takan la tak jalan langsung.Saya everyday keluar g teman suami .Sampai kan pusing satu shoping complex masih saya larat!Nak jalan dekat taman.Almaklumlah,taman-taman dekat Malaysia semuanya "terjaga habis".Jadi x nak risk kan diri,shopping sambil berjalan itu bagus!

Sampai ke saat ini,baru lah saya dapat rasa oh macamni rupanya mama mengandungkan saya dulu..nak tidur susah nk pusing susah malahan nak bangun pun susah.Tapi ,mama punya body takdelah sebesar saya.Malahan boleh diconsiderkan kurus walaupun mengandung.Tidak pula dengan anaknya..

Im more than excited..Kalau ada tips2 yang bernas silah lah share ye..now tgh tunggu doc kat KPJ..mak ai ramai gole ibu mengandung sedang menunggu...so nasib la ada iphone boleh la update blog ...

Till then,
PocketRoket Mummy

Honeymoon| Bali Part 2 -Jalan2 bersama Azizulhasni Awang

Jika anda telah membaca entry Part 1,Ini merupakan part 2,percutian kami ke Bali Bali Bali!
After had a breakfast at hotel,the tourist guide menjemput kami di Hotel.Apa yang menarik ketika di Bali,the tourist guide memakai baju kebangsaan mereka .Barangkali kita juga harus menerapkan nilai seperti ini ,jika ingin membawa pelancong asing ke tempat2 menarik di bumi Malaysia.Ayukkk mengembara bersama Tya and Azizul Awang..

  Barong and Kris Dance
Have u ever heard of Barong?The Barong is the magical protector of Balinese villages.Barong is a lion-like creature and character in the mythology of Bali, Indonesia. He is the king of the spirits, leader of the hosts of good, and enemy of Rangda, the demon queen and mother of all spirit guarders in the mythological traditions of Bali. The battle between Barong and Rangda is featured in Barong dance to represent the eternal battle between good and evil.[1] Sebelum kami memasuki ke tempat persembahan,visitor perempuan dikehendaki meletakkan bunga cempaka di telinga.Almaklumlah,saya memakai tudung so selit tepi tudung pun jadi lah kan....Perempuan ini adalah salah seorang penari..actually nak elaborate saya pun dah lupa sebab pergi dah berbulan lamanya..

So then,before the dance started ..both of us duduk di tengah padang ternakan lembu sambil bermain benda ini.Saya lupa namanya namun ia sangat fun!Adakah Gamelan?Tapi best la main benda ni..tapi macam lagu lagu tut pun ade gak..=_=

Can u see my little baby bump?




The performance has begun ...
Actually kinda scary ..but the dance is actually menceritakan tentang dewa-dewi Bali..

Wood Carving 
Then,we visited Mas (Mas vllage is one of villages in Bali fundamentally identified as an artistic countryside by focusing in artistic of wood carving) .Actually,i really like carving.Sebab boleh dikatakan hampir kesemua thesis yang telah saya ambil ,bertajukkan Carving Ornamentation. Jadi memang layaklah saya pergi ke sini. Saya sangat teruja dengan ketekunan mereka mengukir kayu-kayan ini.Seriously nk belajar kalau ada chance.!

Dari kecil,mereka telah di latih untuk mengukir.Bayangkan lah makcik ni dah 40tahun mengukir....
Sungguh detail dan cermat.
Antara hasil ukiran yang telah siap.
Terdapat pelbagai jenis ukiran termasuk Islamic Carving.
Kintamani 

Kintamani/Batur Volcano (Kintamani is a name of countryside located in the hill and the beautiful panorama surround it. We may see beautiful panorama from Kintamani to overview the active volcano of Batur Mount and wide Lake of Batur in a valley. Seriously Indah bukan?katanya ada di satu bahagian bawah hill ini adalah tempat membuang mayat.Ada sesetengah kaum Bali ini hanya membuang mayat di pokok,dan di longgok-longgokan .Katanya pokok itu boleh meresap bau mayat.Orang Bali khususnya terlalu mempercayai banyak benda.Mereka juga yakin dengan Gunung.Gunung mempunyai dewa yang dapat menjaga keamanan Bali.  

Tapi bagi kami,kami menghargai ciptaan Tuhan yang sungguh indah.Seriously indah.Tambahan restoran ini halal dan menyajikan makan yang sedap untuk ibu hamil yang sentiasa lapar.
Antara pemandangan di sekeliling restoran kami.
Abang tengah menjamu makanan.
Isteri yang over excited.

Surau juga turut disediakan di tempat ini.Turut kelihatan Gunung tadi.

Balinese Village
Ok....Balinese Village ini sangat menarik.Dimana,visitor boleh visit rumah mereka tapi kita kene bayar kalau nk masuk.Jadi boleh lah menambah ekonomi keluarga org Bali.Tapi yang tak best terlalu banyak anjing.Nasib saya tak jumpa khinzir!Sebelum kami masuk,selalunya orang2 kampung akan memberikan nombor kepada kami .Nombor tersebut merupakan Nombor Rumah mereka.Jadi memang banyak sangat nombor kami terima.Jadi terpaksalah kami ambil nombor secara random!

 
Kami berlatarbelakangkan Balinese Village.Actually,aku dah tak larat weh!
Jadi,inilah rumah idaman.Kah kah kah.Makcik ni baru lepas masak.So dia persilakan aku tengok dapur dia.Kata makcik ni,duduk secara berjemaah memang sukar nk  ada pencuri.Pencuri ngak pernah muncul katanya.Belakang rumah mereka pasti ada temple.Temple ini mereka simpan semua abu tok yang nenek mereka.Sure banyak gile Saka kat area ni!
Saya tgh intai pakcik tu makan ape..Risau gak..kang termuntah plak kat area tu...huhu
Inilah cara mereka memasak nasi.Sungguh klasik!
Turut kelihatan mereka mengerumuni para tourtist yang lain ...susah ok nak pilih!


Kopi Luwak
Kali ini kami di bawa ke sebuah kebun.Ala-ala kebun di mana terdapat banyak pokok kopi keliling.Kami tidak dapat tangkap gambar sebab time tu hujan lebat gila.Jadi sesampainya disini,kami terus cari gazebo!Gazebo yang kosong adalah gazebo dimana ada makcik ini yang sedang memasak kopi!
"Hye makcik!Kami dr Malaysia..."
She seems silent!So takpelah tangkap gmba aje lah..perut saya kelihatan seperti perut makcik tu..tapi dalam perut saya ada baby!hu hu hu

Kopi yang sudah di asingkan dengan taik luwak..pffft

Antara cozy place,dimana mereka drag visitors untuk merasa segala jenis minuman termasuk kopi luwak.Tapi,saya rasa i dont drink it because rasa macam kelakar minum taik binatang.kan??
Saya gemar pada pondok itu sahaja.Dalam banyak2 tempat pondok buah itu memang menjadi kegilaan saya.Sebab cara susunan buah tersebut sungguh menarik.!Kreatif betol orang bali ni!I is sad!
Suami semangat membeli kopi dan segala jenis rempah ratus untuk bawak ke Melbourne.Tapi agak kelakar kerana beliau ditipu oleh penjual tersebut.Suami membeli lada hitam Bali kononnya.Bawak balik Melbourne,bukak plastik..lada hitam bali menjadi pasir hitam.Mereka membungkus pasir hitam kepada kami.Kuang jaq!!!
Selepas membeli,saya sekali lagi nak gambar dekat buah-buahan.hi hi hi..

Yang..one more yang with this pakcik pulak!hahahaa...Actually this is the secret.How the arrangement of the fruits look so stunning....Piramid sangat!
Gunung Kawi
Seterusnya pergi ke temple.Katanya tempat mengambil Holy Water.Sekeliling temple ini terdapat banyak kolam.Kolam2 mandi yang di agih-agihkan mengikut gender.Lelaki dan perempuan.Mereka mandi tanpa sehelai benang.Opss!Kata orang Bali,kalau mandi air ini,boleh mengandung.gituuuuuuuuuuuuu
Ayukkk kita melihat sekeliling temple.Garden of Balinese Architecture is nice.Mesti mempunyai factor yin dan yang ..Balance is needed.Antara air dan tanah.
Kelihatan Temple.Setiap Pura (bumbung2) itu ada temple masing2..
Kononnya Arkitek berlagak nak tanya banyak soalan.Tak sedar belakang tu ada pabenda ntah!auchhh scary!!Oh ya kami kene pakai sarong kalau nk g temple
Apa yang kami suka cuma ikan dan air yang jernih dalam kolam tersebut.Kami punya pembawa pelancong tu memang banyak cerita mengenai Bali.So kite layan sahaja walaupun hakikatnya kita tau kebenarannya!

Ubud
Kemudian,kami ke satu tempat bernama "Ubud".Dengan tanah yang subur,para petani mengunakan kreativiti mereka menanam padi di lereng bukit.Sungguh menarik!
Gambar Abang dengan pemandangan yang menarik di belakang

Balinese Painting
Actually,perjalanan kami walaupun sekejap di Bali tapi memang lama dan memenatkan.Sampai ke Malam kami still berjalan.Agak-agak dah malam,kami singgah ke satu tempat dimana terdapat pelbagai jenis painting yang menarik.Kami sempat membeli 3 painting untuk di bawa pulang ke rumah kami.
Jimbaran Beach
Jimbaran Beach terkenal dengan tempat makan malam yang sangat romantik.Memang setibanya di sini,saya berasa sungguh kagum.Untuk pengetahuan anda,pulau2 di Bali dibahagi mengikut aktivit.Jadi di Jimbaran Beach adalah tempat untuk makan-makan.Tidak ada aktiviti lain selain makan boleh dilakukan disini.
Suke sangat !!Belakang kami tu penari kembar..Asik menari sama je!
Lauk yang sangat sedap!
Ketam ini merupakan ketam faveret suami saya!Dia makan sorang ok!


Jagung Bakar..Yummy!
Turut serta,adalah band2 Bali yang memperdendangkan lagu2 romantik.Tapi kalau nk panggil mereka meja ke meja kena bayor!

Itu sahaja cerita kami untuk Satu Hari di Bali.Akan ada episod kedua.Dah Sakit pinggang nk tulis lama2 mengadap komputer.Saya dah 38weeks sudah!

Love,
TyaBoo


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...