Saturday, May 28, 2011

Korang pernah naik ETS tak?

Have you ever heard about "ETS" ..?Baiklah ETS merupakan pengangkutan Train ke Ipoh Kuala Lumpur yang cepat dan pantas.Mempunyai banyak jenis kriteria dari Platinum,Gold dan Silver.Alhamdulillah,saya berpeluang menaiki ketiga-tiga jenis train setakat masa ini.Kini,saya boleh berbangga menjadi rakyat Ipoh.If nak jalan2 KL then nak balik hari,i think ETS is the best pengangkutan to try on.Nak pergi KLCC mudah!Nak pergi Mid Vell senang.Nak pergi Bukit Jalil pun senang.Platinum ETS biasanya pada awal pagi di mana hanya berhenti di 2 station iaitu Ipoh - Kl.Manakala Gold biasanya berhenti beberapa station dan Silver berhenti di semua station dan mengambil masa 2 jam Setengah utk ke destinasi. Harga tiket juga berpatutan kalau nk compare dgn duit tol dan minyak jika memandu kereta sendiri ke Kuala Lumpur.


Selalunya saya akan ulang alik ke Kl and Ipoh.Sebab suami saya training di KL dan Mak pak saya ada di Ipoh.Jadi utk menjaga kedua-dua belah pihak ..kita harus ulang alik lebih kerap untuk berjumpa orang2 yang tersayang.


Inilah train ETS!Terima kasih KTM sebab memudahkan lagi rakyat Malaysia untuk pulang ke Kampung.


Perjalanan ke KL dan Seremban agak kerap.Dari pagi ke malam sistem train masih berjalan.


Kalau korang perasan yang baju kuning itu ialag pekerja dan mereka lah yang bertanggungjawab mengutip tiket..dan memberikan makanan kepada kite kalau anda beli tikrt platinum!


Duduk di belakang kedua ibu bapaku yang masih risau untuk melepaskan ku berjalan seorang diri.Mama im not Siti Nurhaliza plz dont worry about me..hihi


So,this is their daughter..fat fat and forever fat!Dayumm


Keadaan dalam ETS.ETS di lengkapi TV dan juga toilet dan agak selesa kalau nak tidur!Memang sepanjang saya naik ETS memang saya tidur.Tapi paling best time saya naik platinum pukul 830 pagi dalam kol 10 saya dah smpi KL!Memang terbaikkkkkkk la!Thanks a lot!Kami berterimakasih di atas keretapi tanah melayu ini!


- Tyazizul Posted using BlogPress from my iPhone-

Thursday, May 26, 2011

WEDDING - Malam Berinai

Malam Berinai - Siapa2 tahu apakah maksud sebenar Malam Berinai?!Bila google ni banyak maksud tersendiri ..Tapi adat dan istiadat ini semua adalah di cipta sendiri oleh kite sendiri .Bagi yang bersemangat wajar,Malam Berinai tu selalunye pengantin duduk atas pelamin and saudara mara terdekat akan pakaikan inai di jari pengantin !Pun begitu,kalau malam berinai ditafsirkan seperti itu...kiteorg punye simpe and x de makne mak,opah,tok lang,tok jang nak bubuhkan inai di tangan gebu ku ..
WHY???

because i said so..
Preferable if pakai sendiri or orang pakaikan sambil tengok TV ..susah kot nak makeup2 pakai baju lelawa..kang inai tu tercalit tak ke nangis?!
ko hado?!

So di sebabkan itu...
Malam berinai telah dichange version di mana kami laksanakan Majlis Persalinan bersame-same.Pada asalnya,majlis berinai ni khusus untuk perempuan sebelum di pakaikan inai..so mereka akan membuat persalinan bermacam2 jenis baju untuk sesi berangan x henggat!
Oleh yang demikian,sebab inai sume kite dah pakai ..plus kiteorg dah pun bergelar suami isteri selama 1 tahun ..adalah mengada-ada di situ sekiranya si Isteri nk buat jugak Majlis Berinai ikut adat2 Org Melayu dolu2..Pompuan posing2 sorang atas katil ...x kuasa u olsssssssss!

Sebelum tu ...before u guys explore the pictures above can u do me a favour?

Play this song...
Aura itu penting!


Haaaa...Jadi inilah hasil Malam Persalinan/Berinai (ape-ape aje jenis majlis korang nak beri)

Ala-ala ..manisnye rupe..(para tetamu yg ckp) ..Persalinan ini di namakan "Puteri Perak"
ate teman org peghokkk kene le pakei baju peghook..Actually we have requested to have the same baju for man jugak ..tapi entah camni butik tu cakap x de ..Memang Puteri Perak ade perempuan je..tapi if sedondon bersongket kan nampak Pahlawan Melayu ..Suami i dah memang pahlawan,siap tercucuk kayu dekat betis..dan bangkit berjuang!Gituuuuuuu..Jadi takpe la,sebab suami I dah selalu sangat bergaya ..ape la salah bagi peluang ..bagi Isteri bergayo!Tapi baju "Puteri Perak" my SIL time kahwin dulu lagi meriah...ni macam ok ok laa...
Mudah.com.my Pengantin lelaki masih lagi memakai baju putih itu ..sebab Baju Persalinan Jepun tiada baju untuk lelaki..ye la lumranye Majlis Persalinan mmg khusus utk Wanita.Jadi baju lelaki agak limited or mungkin lelaki2 ada yang x suka ..Suami i ni layannnnnnnnnnn!Dia on je apa2 pun ..Inilah Baju persalinan Jepun kami.....awalnya,butik ini ingat I x pakai tudung..meaning untuk majlis itu sahaja x payah pakai tudung ..so dorang memang dah siap set rambut semua ..when i said i wanna wear tudung ..dorang mcm pelik ..sebab x pernah org nk pakai persalinan bertudung...tapi hukum still hukum ..I already told them with tudung..and they should bring the tudung la kan...nasib baik la time bersanding memang ada banyak tudung ariani yang ku borong sesuai dengan baju2 yang di pakai ..So takpe la janji Baju2 dan pengantin sesuai ...Tatkala malam persalinan ni..Arma Abd Rahman masih di rumahku ...boleh tak dia gelak tengok I dress up mcm ni? Memang kalau boleh tanak bagi dia tgk ..sbb malu u ols !
Move on to English ..Modern Gown ,Contemporary ...ape- ape aje la nak bagi nama ke atas persalinan di atas...So nampak sufi sangat kan ..suci murni ...Putih ...Putih lawannya hitam ..Putih jugak nampak exclusive ...tapi sebab background pelamin warna putih ,so tak nampak sangat kehalusan pengantin ..Nasib bunga tangan ku chantik..Thanks to Arma

This time,baru laa Pengantin lelaki tukar baju...Baru ade baju lelaki rupanya ..Pengantin perempuan pulak gaya gitu aje yek?Kaki ke kiri ,kepala donggak ?Budget kurus?LOL
Berangan jangan tak berangan ...begitulah pepatah yang kite harus tidak di lupakan ..Nak jadi Raja Sehari Sekali seumur hidup kan ...so pelamin pun x selamanya di situ ..Pelamin pulak sangat2 cantik ..so sayang la if x pose langsung kat situ ..Al kisah apabila konsep bertukar menjadi ala- ala hindi ...Kami pun dah berangan lebih orang cakap nak jadi Hero and Heroin Hindustan ..Hubby jadi SRK (ade hgupe ke) I of coz la Rani Mukerji (kikikiki)..
Uhuk uhuk uhuk ...apesal batuk?sebab !@#$%^&*())(*&^%$ u get what i mean?! so u know the answer...both of us are not JAWA at all ..but pretending to look like *BCL* (Bunga Cinta Lestari) and Asyraf Sinclair kononnya ...but ,i think i look horrible and fat!Indeed,yes i am...but )(*&^%$#@


Itu aja yang dapat teman kongsikan dengan anda semue iye!

P/s: Dah dapatkan MAJALAH PENGANTIN depan gambar irma hasmie ?Ada Pelamin and Bilik Tidur kami tempoh hari...go and grab it!









Tuesday, May 24, 2011

i met Hoobastank - The Reason at DUBAI AIRPORT




i can say that im a big fan of #hoobastank ..and jumpa pulak dorang before pergi UMRAH
even berjubah..mak gagahkan jugak nk tangkap gambar dengan kumpulan yang hits lagu #thereason.They are so kind ...baik gile siap cerita baru balik dari Malaysia ...gituhhhh
Both of us baru bangun tidur after a longgggggggggggggggg flight!

so enjoy with the song

:)


Sunday, May 22, 2011

Sham kamikaze sudah berubah ke jalan benar



Subhanallah..setiap manusia mencari pengisian yang benar untuk menjadi Khalifah sebenar di muka bumi.Sehari demi sehari ramai artis2 Malaysia yang meninggal dunia begitu jugak artis Malaysia yang menemui jalan kebenaran.Membaca pengalaman mereka mengenal Islam dengan lebih dekat,membuat peringatan buat aku ..Adakah amalan aku di dunia ini di terima?!
Paper hari ini menyingkap kenapa Bob Lokman mendekati Islam..Beliau mendekati Islam kerana Beliau takut akan mati ..Cukupkah amalan untuk di bawa ke sana??
Tepuk dada tanyalah selera...Ya Allah ...berikan lah aku ketetapan iman ya Allah ......Aku ingin menjadi hambamu yang sempurna ....Bayangkan Bob lokman tanak berlakon sebab dia tak mahu menanggung dosa melihat aurat orang ..Tapi kite sendiri yang mendedahkan aurat bagi orang lain tengok ni mcm mane?Ya Allah ...Aku tidak mahu tersepit ya Allah ..Kau berikan lah hidayah kepadaku,suami ku dan keluarga ku ..Kau perliharalah kami ......Amin!



Interview Bob Loqman dengan Harian Metro:-

MEMETIK kata-kata Bob Loqman, 47, dalam bukunya yang bertajuk Aku, Isabella dan Tok Kenali: “kita yang sentiasa dalam kesibukan dengan nikmat dan candu dunia kadangkala terlupa bahawa kita setiap hari diziarahi malaikat maut. Maut yang tidak mengenal usia, bukan syarat tua atau muda.’ Rintihnya lagi: ‘masa untuk menangis sudah tiba selepas panjang masanya aku ketawa.’

Bob atau nama penuhnya, Muhammad Hakim Loqman, yang kini berada dalam ‘alam baru’ kehidupannya, tidak pernah mengatakan menjadi anak seni itu salah, namun keadaan sekeliling boleh ‘melemas’ dan ‘menenggelamkan’ mereka menjadi alpa pada janji mereka kepada Yang Maha Esa.


Sejak kecil Bob diasuh dengan ilmu agama yang secukupnya. Meningkat usia remaja, dihantar ke sekolah Arab, Maahad Hamidiah di Kajang dan menghabiskan pengajian hingga ke peringkat Empat Senawi. Menyedari ada yang memandang sinis dengan perubahan hidupnya itu, Bob tidak berkecil hati sebaliknya terus memanjatkan doa agar Allah SWT menetapkan hatinya.

Rabu lalu, wartawan SELEBRITI, NOR AKMAR SAMUDIN, bertandang ke kediamannya di Saujana Akasia, Sungai Buloh. Bob dengan nada yang cukup tenang menceritakan lembaran baru hidupnya.


KESEDARAN paling besar untuk berubah datang ketika saya terlantar di hospital, menjalani pembedahan dalam perut akibat ulser. Bersebelahan katil saya ada seorang pesakit. Siangnya dia ceria, lalu saya berbual-bual dengannya. Pada sebelah malamnya dia sudah tiada, pergi buat selama-lamanya. Ya Allah! 'Aku pula macam mana? Entah bila pula aku akan menyusulnya'. Perasaan cuak dan takutkan kedatangan maut membuatkan hati tidak tenteram. Persediaan saya untuk menghadap Allah SWT, belum cukup, semuanya serba kekurangan. Tiba-tiba saya teringat, apa gunanya rumah dan kereta besar kerana bila mati kita akan tinggalkan segala di dunia ini melainkan kain kapan dan amalan yang baik. Kejadian itulah menjadi titik baru dalam hidup saya. Setiap orang mesti melakukan perubahan dalam hidup dan perubahan yang berlaku pada saya terjadi secara perlahan-lahan iaitu sejak tiga tahun lalu tetapi tiada yang tahu. Selain peristiwa yang saya ceritakan tadi, saya mula terasa hendak berubah selepas berkahwin kali kedua (Norelawati Daud, 33). Perkahwinan pertama saya hanya bertahan enam tahun. Kemudian saya hidup menduda selama enam tahun, barulah bertemu jodoh semula dengan isteri baru ini. Tetapi ketika itu saya masih berlakon dan rasa untuk berubah itu tidaklah begitu kronik. Kemudian saya diserang penyakit ulser sehingga saya terpaksa dibedah. Keadaan itu membuatkan hati saya semakin kuat mencari hala tuju yang betul dalam hidup ini.


Selepas menghadapi kematian pesakit sebelah katil dan penyakit saya pulih, saya mula mendaki tangga masjid dan mendengar kuliah agama. Daripada situ saya berjumpa ramai ustaz dan mendalami ilmu agama dengan mereka. Perlahan-lahan saya masuk tarikat dan menyertai pergerakan Islam. Sejak itu, orang mula panggil saya mengajar dan memberi ceramah agama walaupun ilmu di dada belum cukup. Namun ustaz-ustaz yang saya berguru dengan mereka menggalakkan saya menerima jemputan itu kerana kata mereka sambil belajar dan mengajar, Allah SWT akan menambahkan ilmu kepada kita. Untuk berubah ke arah kebaikan bukan senang, banyak rintangan. Apabila saya mengambil keputusan berhenti berlakon, bapa saya pun risau, bimbang anak isteri saya tak makan. Dugaan datang lagi, tiba-tiba tawaran berlakon datang mencurah dan kalau dicongak bayarannya dalam RM48,000. Alhamdulillah, saya mendapat isteri yang memahami perjuangan saya dan minta saya menolak tawaran itu. Kemudian masalah lain pula datang apabila rumah yang saya diami sekarang kena potong bekalan elektrik.

Tawaran berlakon datang lagi. Sekali lagi isteri mengingatkan niat saya untuk berubah dan hampir seminggu kami bergelap. Saya juga bercadang menjual banglo ini yang dibeli ketika saya masih berlakon kerana tidak mampu duduk di rumah besar ini. Saya merancang dengan wang hasil jualan banglo ini saya akan membeli sebidang tanah di pinggir kota, buat rumah dan tinggal di sana. Dapatlah saya belajar agama dan berzikir untuk menguatkan iman. Namun Allah SWT itu sudah menyediakan ‘perancangan’ lain untuk saya di mana selepas itu saya mendapat banyak jemputan mengadakan ceramah, menjual buku, kitab dan apa saya yang halal untuk menyara anak isteri. Alhamdulillah, Allah SWT memberikan rezeki dari jalan yang diredai-Nya dan saya sekeluarga dapat terus menetap di banglo ini. Sekarang saya berceramah di seluruh negara mengajar ilmu Tauhid dengan mengambil contoh kehidupan saya sendiri. Apabila saya ingin mengubah cara hidup, saya tak kata bidang lakonan itu salah. Apa yang salah adalah rencah-rencah di dalamnya. Sebaik saja kita keluar rumah tengok perempuan tidak bertudung sudah berdosa tetapi masyarakat menganggap ia perkara biasa dan bukan kesalahan besar. Bertudung adalah wajib.


Saya tak salahkan pelakon tetapi keadaan sekeliling menjadikan bidang lakonan itu nampak tidak betul. Disebabkan itu, saya tidak boleh meneruskan kerjaya lakonan kerana timbul konflik dalam diri. Saya belajar agama tetapi masih hendak berlakon dan pada waktu sama, saya tak tahu sama ada rezeki yang saya dapat itu halal atau haram. Apabila kita tidak pasti kedudukan rezeki yang kita dapat itu, macam mana ia dikira syubhah iaitu perkara yang tidak diketahui hukumnya oleh orang ramai, yang masih samar-samar halal atau haramnya. Ada kala tiba waktu solat, produksi masih membuat penggambaran, jadi di manakah keberkatan rezeki yang kita cari? Pada bulan puasa pula, ramai yang mengabaikan tanggungjawab mereka. Dalam usaha membentuk diri sendiri ke jalan kebaikan, kita kena mencorakkan masyarakat sekali. Misalnya, saya tak boleh melarang anak-anak saya daripada bercampur gaul dengan masyarakat. Jadi kita kena mengajak sama masyarakat untuk berubah, barulah kita akan mendapat persekitaran yang sihat kerana kita saling menyokong ke arah kebaikan. Apabila belajar, saya kena beramal dengannya. Sejak kecil saya memang sudah ada asas agama. Apabila kita belajar ilmu Allah SWT, kita akan tahu kenapa kita dilahirkan dan apa janji kita pada-Nya. Saya berdakwah di serata tempat termasuk ke sarang judi dan tempat orang main burung. Saya ke sana tidak lama, dapat bercakap sekejap dengan mereka pun jadilah. Saya akan bercakap mengenai hidup dan mati kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Barangkali ada yang mempersoalkan sejauh mana perubahan saya ini akan berkekalan. Pada saya itu semua kuasa Allah SWT, untuk berbuat kebaikan pasti datang godaan. Justeru kita kena berusaha menguatkan iman di dada. Seiring dengan perubahan, pasti ada ujian-Nya. Pun begitu Allah SWT akan memberi ujian kepada setiap hamba-Nya mengikut kemampuan mereka tetapi ramai yang tak tahan, tak sabar dan tidak reda. Artis misalnya, asyik menjadi perhatian masyarakat sekeliling. Tak seronoklah kalau hanya memandu kereta kecil, hendak juga melaram dengan kereta mewah. Godaan yang macam itulah ada sesetengah artis yang sudah berubah gagal mempertahankan iman mereka. Iblis dan syaitan akan terus memainkan peranan mereka. Semuanya berlaku kerana terlalu mengikut kehendak duniawi dan terpaksa patuh kepada pandangan masyarakat.

Jangan jadikan rumah besar dengan pagar tinggi satu kemegahan kerana rumah yang berkat apabila tetamu boleh datang sampai ke muka pintu rumah kita. Untuk menambahkan lagi keberkatan itu, apabila ada kelapangan ajaklah rakan dan jiran tetangga bertandang ke rumah serta jamu mereka dengan rezeki yang kita ada. Sekiranya tidak sibuk, saya mengadakan tazkirah di rumah dengan mengajak jiran berdekatan mendengarnya sebagai saling ingat mengingati. Ada juga artis yang datang mendengar ceramah saya di masjid di mana saya pernah nampak Adam AF dan Wahid Senario. Apabila M Rajoli meninggal dunia, ramai pengarah drama mahu saya menggantikan tempat Allahyarham. Ilmu agama M Rajoli sangat hebat dan saya belum sampai ke tahap itu. M Rajoli terus berlakon kerana imannya sangat kuat dan mampu menepis segala godaan duniawi. Saya pula perlu belajar lagi untuk menguatkan keimanan saya terhadap Allah SWT. Saya tidak memandang rendah kepada sesiapa pun kerana urusan ibadah kita, hanya Allah SWT yang tahu. Rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya sangat luas dan kita tidak mampu membalasnya. Nikmat bernafas dan mata melihat pun sudah cukup besar. Kita mesti belajar mengenali Allah SWT dan barulah kita berasa takut dengan-Nya. Sebenarnya sejak dulu, saya tak minat berlakon tetapi saya terpaksa melakukannya demi mencari rezeki. Saya juga menulis lirik lagu dan pernah dapat royalti hampir RM100,000. Tetapi selepas kemunculan ramai penulis lirik, saya tinggalkan bidang itu. Kini, semua yang saya lakukan dulu tinggal sejarah. Mengenai Awie yang melahirkan rasa tidak puas hatinya pada saya baru-baru ini, saya tak marah. Kami kawan lama dan Awie seorang yang sangat baik hati. Emak bapa dia pun orang baik-baik. Apabila saya berubah, saya mahu mengajak Awie sekali kerana saya sayangkannya. Apabila kita menganjur atau mengadakan konsert, banyak dosanya.


Jadi saya mahu mengajak Awie belajar agama dengan guru agama bertauliah berpandukan al-Quran dan kitab lama di Shah Alam. Tetapi Awie tidak jawab panggilan saya sehinggalah ceritanya keluar dalam akhbar. Saya tak kisah dan saya pasti kalau berjumpa dengannya nanti, kami tetap boleh ketawa bersama. Bukan saja Awie malah ada juga ustaz yang memperlekehkan perubahan saya ini, jadi apalah sangat saya hendak ambil hati dengan komen Awie itu. Berjuang untuk agama tidak semestinya kita terpaksa mengangkat senjata tetapi ia adalah perjuangan hati. Saya dalam proses menulis buku Mendaki Nafsu yang sudah siap 30 peratus. Ia cerita mengenai perjuangan manusia menukar nafsu amarah ke nafsu kamil (kebaikan).


Kalau kita hendak tahu sama ada hidup kita di dunia ini berkat atau tidak, tengoklah siapa yang datang pada hari kematian kita dan siapa yang menghantar kita ke kubur.


Mungkin ramai yang ‘menghantar’ tetapi dalam ramai itu, ada juga yang tidak tahu membaca al-Fatihah. Jadi, macam mana mereka mahu sedekahkan al-Fatihah kepada si mati. Kita menziarahi orang mati untuk mengambil iktibar. Kita mahu ke ke syurga Allah SWT yang tiada ternilai itu dan bukan ke neraka-Nya yang menyediakan seksaan amat berat. Justeru, bersedialah secukupnya sebelum kembali ke sisi-Nya.”


Thursday, May 19, 2011

What if your favourite artist follow you?

Im totally indeed so so so a big fan of Fazley ,artist tu ..and guess what he did follow me in Twitter..!Thanks a lot ..ke sebab you fan Azizulhasni Awang jugak?!
Alkisahnya kan ..i met this girl named Nora ..because both of us sangat2 crazy mania dekat Fazley!Time tu Facebook,Twitter,Blog belum wujud lagi i think ...so Nora,she approached me and be friend with me..tanpa di duga..both of us mempunyai interest yang sama and belajar in the same lane ..She took interior design and i did architecture...so lebih kurang la tu kan?Daripada kami duduk dekat ruangan chat bersama Fazley..both of us just chit chat bersame jeh...so from there kiteorg rapat serapat2 nya!

Nora now is pusuing her studies dekat Tasmania,Australia and I just finished my Master dekat Australia jugak...so yang x sama just I dah kahwin..Nora belum..She is single and cun melecun wacakap sama lu!!Dulu rasanya dia ada bf ..and muda jugak kot..lol

Anyway,just to express here...it was so lucky to meet her through Fazley Fan page...lol sangat kelakar ..mane la tau kot2 ade Fans Azizulhasni ade yang sama boleh berjumpa kawan baru dekat page suamiku ..Everytime bila tgk Fazley ,i must remember her ..Tapi sad to say,sampai sekarang kite belum meet up ..will meet up soon by this end of June..She will be at Melbourne...im so excited to meet her..Kiteorg tak jumpa lagi,tapi dah so rapat..so how eh?Agak2 dah jumpa boleh jadi makin makin rapat tak?!

Oleh yang demikian,sila dengar lagu artist feveret kami berdua ..:D
Thanks to Fazley sebab menemukan ku dengan NORA...auwww



P/s: U olss what with this Acid Splasher?!!ya Allah peliharalah kami ..

Who loves choc?special chocholate for your wedding?

Im assure everyone on earth loves chocolate especially wanita!!Jika bercakap pasal wanita pastinya empunya blog menyukai dan menyintai chocolate!Research mengatakan makan chocolate banyak bagus!Jadi disebabkan itu,my auntie telah pun bermurah hati untuk sponsor chocolate special for our wedding!Terima Kasih tak terhingga buat Cik Nda sebab sudi menghulurkan bantuan buat kami ..Chocolate yg di makan tentunya sedap sekali dan im not very sure samada semua org dapat rasa or not ..well with us ade satu lagi yang sayang gile nak makan..ye la kan ingat senang ade chocolate muke sendiri..lain la kalau artis terkenal gitu..





Hermmm ayat-ayat di dalam chocolate tersebut juga di pilih oleh kami bukti cinta sejati ..gituuu .....dah sebulan lebih resepsi agak2 chocolate ni ok lagi tak?huhuhu. - Tyazizul Posted using BlogPress from my iPhone-

Tony what tony hawks?tony roma

Alkisahnya bermula setelah kami melayan cerita kongsi semalam..both of us sebulat suara menyatakan cerita itu mengundang pembaziran..even i used to persuade my hubby to watch thor but he still insist nk tgk malay movie sbb nanti kt Melbourne susah nk cari..so setelah habis!my husband ajak balik rumah tp you know what..it was heavy downpour yesterday..so this is the rite time for me to ajak him watch THOR pulak!!!Jeng jeng jeng by the time THOR start satu suara dr org sebelah pun x dok!kemain kusyuk yayang comel ni...memang kusyuk ye siap berangan nak jadi mcm THOR ..ko hado? "yang i nk body mcm THOR" "yang i nak jadi mcm THOR" fine fine sekarang ni sume THOR!abis isteri u mcm mane?sampaihati u menghethorkan i....gituuuu so akibat die taksub sgt dgn THOR ..abis sajork wayang...suami ajak mmakan ala-ala Thor jugak...caye x?



Hubby said he wants to remain his image like this!nampak so pious gitu..


Our starter


Our menu of the day!daymn wth with me eating so much now!sobs


- Tyazizul Posted using BlogPress from my iPhone-

Tuesday, May 17, 2011

An evening date with 2 families



We met yeop and kak shu at KLCC....hubby just got his new iphone from Maxis ..so,as usual,im the correspondent person ..i can be #Thor and i can be #partner ..he he he ...Luckily ,yeop and Kak shu were there in KL so i asked yeop to come here since he has ordered Terengganu Keropok Lekor from us ..10 packets hengkauuu!


So,Yeop told us ...wanna belanja us Makan for our "Kahwin" dinner ..!So memang ohsem la kan.. definitely Chilis menjadi pojaan hatiku !


Valcanooo superb!!sedap!sedap!sedap...
Macam biasa..starter yg best!
My beautiful niece,Tichaaaaa
Handsome boy who loves friesssss, Aqeel
and last but not least,my cousin JAJA who just finished her work ..makan together with us ..

Thanks a lot to YEOP sebab sudi belanje kite makan......memang x leh diet dah ni pas kawin..mak gemok kembali!

Sunday, May 15, 2011

Honeymoon dan UMRAH

Alhamdulillah,di panjatkan kesyukuran setelah 5 tahun lebih tidak menjejakkan kaki ke tanah suci mekah dan madina ...nampaknya rezeki untuk saya sekali lagi dan suami untuk mengerjakan Umrah .Memang sejak berkahwin,saya memang teringin sangat2 nk p Umrah dengan suami ..sebab di tempat inilah doa2 kite dimakbulkan,buat amal ibadat,pahala..ye la kan..nk menghapuskan dosa dan mentransformasikan diri menjadi org yg lebih baik..pastinya kenangan pergi menunaikan Umrah seisi keluarga sangat seronok terutama sekali bilamana pergi solat ke Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram bersama suami tercinta..i ll write about it accordingly ..so for my beautiful followers,just to share some photos that i captured using my phone..but truly sorry becau
se the pictures are quite blur and low megapixel as well ..








Kalau nk lagi best beli la Harian Metro harini ini.. - Tyazizul Posted using BlogPress from my iPhone-

Baby sitter the awesome one!

Bawak Tisya pegi makan..sekali dia tidur..memang gelabah both of us ..without stroller..ape lagi guna la tangan atlit kan?!


Buat semua yang tidak mengetahui yang ingin bertanya samada saya ni dah kerja ke?belum kerja ke?jawapan nya ialah BELUM!!
kenapa ?why?why?why?
sebab banyak sangat faktor....faktor paling utama yang harus di patuhi sebab now im assistant to AZIZULHASNI ..so agak BZ ..and harus teman suami kehulur kehilir ..My husband now has to train everyday...training dari pagi smpai ke petang..malam sahaja yg ade mase for us to spend together...jadi,my husband asked me to visit sedara mara sementara masih berada di Malaysia sebab next month kiteorg nak balik Melbourne sudey :(






AQEEL AISY..anak kedua abang ku ....so comel so comel so comel!Gerammmmm!

Jadi,memang la kami sudahpun merancang untuk mendapat cahaya mata.tetapi rezeki semua tu di tangan tuhan..kite hanya mampu berdoa yang terbaik agak di kurniakan rezeki kelak.So,untuk menambahkan lagi ilmu-ilmu untuk menjadi ibu ...Suami menyuruh saya tinggal dan membantu Abg saya ..sebab dulu rumah dia ade bibik..now Bibik dia dah habis contract and takde sape yang boleh look after his daughter and son ...

Selama seminggu lebih ,bibik ini ..ceh duduk di rumah dan menjaga anak2 kecil...siapkan makanan.bancuh susu.cuci pupu.suap makan.mandi.nyanyi.baca buku.menari.tengok disney channel.tengok upin ipin.kutip barang.lukis-lukis.tidurkan. so amazing!!!seronokkk nyee...
best and best sangat bila duduk dengan budak2 ni ....serius rasa mcm nk bukak tadika je...
sepanjang seminggu ni Aqeel la yang menjadi peneman saya bila berjauhan dengan suami tersayang.....






Dalam pukul 12 camtu,Kakak Aqeel pun balik ...so tisya akan request makanan..jadi haruslah mak sedara mithali ini masak makanan yang lazat nan menyelerakan ..huhuuhu.....Ibu bapa mereka bekerja untuk mencari sesuap nasi ..sebelum mendapat anak sendiri,jadi kite kena la try kan ..ambek berkat orang cakap..environment with kids...lol memang cannot tidur la..even kalau mengantuk pun kene bukak mata luas2 layan karenah anak2 sedara ku yang bijak2 ini ....comel!geram!

Bila dah letih ...Aqeel tidur..so then,auntie pun boleh la tidur dgn nyenyak nye....nyenyak kaw kaw koci punya!


SO..when is our turn pulak ni sayang?!

P/s: BEST TAK NONA uols?!



they really love this song!

Saturday, May 14, 2011

Wedding preparation part 5-Berinai-inaian



Salam to all my readers,

First of all,thank you sebab sentiasa meng"follow" our blog...So at this moment, my husband is really busy2 to update his one ..sebab need to catch up with his training after 2 bulan bercuti akibat insiden tempoh hari...Actually banyak gak benda nk kongsi to all of you ..but,yeah..cerita pasal wedding ni banyak sangat nk di kongsi ..gituuu?
Seperti adat-adat Melayu malam berinai la apa la.ada pelamin untuk inai...kami tidak lah mengfokus untuk benda2 camtu ..sbb kalau boleh di mudahkan ..mudahkan saja...Jadi untuk suami,tukang inai nya adalah saya......kiteorg mmg budget tanak pakai inai pun ..konon2 nak buat slumber..sekali makcik2 pakcik2 suma bising2 ..suruh highlight "pengantin"...gituuu


So tadaa.........both of us pakai inai a day before reception ...so kinda susah jugak sbb by that time,ramai family dtg nk tolong.Kite siap2 kat atas duk fokus inai..so remider kalau nk kahwin make sure korang pakai inai awal2..sebab nanti incase inai tu buruk ke tompok ke..susah gak!
Satu lagi best jugak nikah gantung ...so boleh fokus secara lebih dekat Majlis Persandingan ....

Sungguh teliti ya akak pemakai inai tersebut .......barang2 untuk pedicure semuanya secara manual ...gunalah barang2 terpakai ...


Then,akibat ramai sangat tetamu yang hadir,,,,,,kite dah x leh la nk tolong suami pakai inai..so suruh dia pakai sendiri,setelah ajar secara terperinci how to pakai inai dengan saksama........
Sungguh Fokus ya beliau memakai inai ...x henggat!

Pada malam nya pula,tiba lah masa untuk pengantin perempuan ...Kalini ,saya mengupah orang untuk melukis inai di jari dan di tangan ......pakai inai,lukis inai...sungguh lame ye!!!!thanks a lot sebab ade #MAHARAJALAWAK ....time tu baru 1st week..so bila pakai inai sambil tgk maharajalawak takde la rase bosan....sungguh terhibur dgn lawak2 yg ditonjolkan..tapi x boleh blah dengan AMIR...rase nak je ajar die buat lawak yg best sikit ....

Para tetamu tidak menghiraukan pengantin hanya fokus pada #MAHARAJALAWAK..sentap!

Begitu ye.....walau terlalu sebok dengan aktiviti penginaian ..kiri kanan..kaki kiri kanan...adoiiiiii yang datang nak sembang sembang ....untuk memenuhi kehendak semua ..kite layannn ajee walaupun keadaan tudung jadi herot berot gituuuu ......hati orang kite kene jage..walaupun hati kite orang tak jage....so dengan yakin,melayan para tetamu pengantin tidak kisah walaupun rupa muka tudung agak selebet......muahaahahahaahahaha


Hampir satu tangan siap ...kata tukang inai tersebut,konsep pada tanganku ialah paku pakis...inai yang di gunakan sangat kuat..sampai 2 minggu pun corak still ada.....thanks a lot untuk tukang buat inai sebab sudi berhempas pulas lukis inai atas tangan akak yang gemok itu....
keh keh keh .......



Sebelum :



Selepas:




Inilah hasil inai di jari ..pengantin baru..duduk bersanding tersimpul malu .....Majlis Perkahwinan sangat memenatkan ...tapi sangat Enjoy!!!Jangan lupa tengok NONA besok ok!!!!!







Thursday, May 12, 2011

Tips2 untuk mendapat anak KEMBAR

Jika sebelum ini kita bercakap mengenai bagaimana cara mendapatkan anak dengan cepat dan juga cara menentukan jantina anak di dalam kandungan, maka kali ini, kita akan menyentuh pula mengenai peluang untuk memiliki anak kembar. Jika diperhatikan, difikirkan lagi apakah terdapat kaedah yang telah dibuktikan keberkesanannya di dalam meningkatkan peluang untuk memiliki anak kembar?

Terdapat beberapa cara/tips yang boleh anda cuba dalam usaha untuk memiliki anak kembar. Walaubagaimanapun kita hanyalah berusaha, selebihnya adalah tuhan yang menentukan. Mari kita lihat beberapa cara/tips yang mungkin dapat mempengaruhi kelahiran anak kembar :


Sejarah keluarga anda
Biasanya kelahiran anak kembar berkait rapat dengan sejarah keluarga yang mempunyai kelahiran kembar. Oleh itu, peluang anda untuk memiliki anak kembar adalah lebih tinggi.

Tambahkan berat badan anda sebanyak beberapa kilo
Pertambahan berat badan yang ideal juga merupakan satu kemungkinan kepada anda untuk melahirkan kembar. Namun ianya tidak perlu berlebihan kerana dikhuatiri pula mendatangkan mudarat kepada kesihatan anda.

Fokus kepada makanan dan nutrisi
Makanlah makanan yang berdiet tinggi seperti yang terdapat di dalam produk susu. Susu telah dibuktikan dapat meningkatkan konsep kejadian kembar dengan 7 kali lebih tinggi berbanding aras normal.

Tambahkan ubi liar/ yam dalam diet anda
Kajian menunjukkan bahawa cassave, sejenis ubi jalar atau ubi liar merupakan bentuk progesterone iaitu sejenis hormon yang terdapat dalam kitaran haid perempuan. Kulit ubi ini dipercayai mengandungi sejenis bahan kimia yang menyebabkan hyperovulation di mana ianya membantu meningkatkan peluang anda untuk hamil kembar.

Tunggu sehingga anda berada dalam anda pertengahan hingga akhir 30-an
Kajian menunjukkan bahawa perempuan dalam lingkungan usia ini lebih berkemungkinan untuk mengandungkan anak kembar.

Bilangan Anak Yang Ramai
Tiada sesuatu yang mustahil, tetapi jika anda memang mempunyai bilangan anak yang ramai, maka peluang untuk memiliki anak kembar adalah lebih besar mengikut teori secara matematik.


Cuba Ubat Kesuburan
Meskipun tidak digalakkan kecuali anda menderita masalah kesuburan, ubat kesuburan memang ternyata dapat membantu meningkatkan peluang anda memiliki anak kembar. Ubat kesuburan clomiphene (Clomid) meningkatkan kemungkinan anda sebanyak 8%, manakala menotropins (Pergonal) meningkatkan kemungkinan anda sebanyak 18%. Tetapi ubat kesuburan Fertilitas jika diamalkan selalu akan menimbulkan kesan sampingan. Oleh itu, ianya perlulah diambil mengikut nasihat dan juga pengawasan doktor.


Cuba Penjagaan Kesuburan
Rawatan kesuburan adalah berkaitan mengenai tahap yang lebih tinggi untuk memungkinkan kelahiran kembar. In-vitro merupakan persenyawaan menanam sperma yang melibatkan lebih daripada satu embrio ke dalam rahim anda, yang bermakna peluang anda untuk hamil kembar lebih cerah atau gandaannya lebih tinggi. Seperti ubat kesuburan, rawatan kesuburan tidak boleh dilakukan tanpa kelulusan atau pengawasan daripada doktor dan kebiasaannya diperuntukkan kepada pasangan yang mengalami kesukaran untuk hamil.



* Artikel ini di sumbangkan oleh Meerlis seorang forumer www.sexdanperkahwinan.com

Tuesday, May 10, 2011

Outdoor Portraiture Athiah Ilyana & Azizulhasni Awang


tya 1

Outdoor Portraiture Athiah Ilyana & Azizulhasni Awang
location : Kellie Castle
By AbdulMujibArbain
Associate Photographer for SyahiranSukardiPhotography



TYA 2
tya 3
tya4
tya5
tya7
tya 8
tya 9


We love the pictures so much!!Thanks a lot to photographers ..tapi di sebabkan kami seriously penat..x sempat nk pakai baju warna purple for outdoor....but anyway!!Thankssssss..........!
Special to all of you...!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...