Thursday, January 31, 2013

Majlis Cukur Jambul anak Azizulhasni Awang | Amna Maryam


Majlis Cukur Jambul dan Berendoi Amna Maryam Azizulhasni.
Pelamin Buaian hasil rekaan khas Zaha Wedding Planner
Tema: Pink make you vibrant!

Untuk makluman Amna Maryam kini sudah pun hampir 3 bulan.Sungguh cepat masa berlalu dan seriously lame gile and x sempat nak update blog tatkala ini.Biasalah since dah jadi emak ni,susah pulak nk bukak komputer dan mengadap internet.Pun begitu,sharing is caring.So i like to share to all of you about our daughter majlis cukur jambul dan berendoi.

Aqiqah Amna Maryam telah pun dilakukan seawal 7 hari kelahirannya.Pada hari ke 7 juga,kami mengumumkan nama puteri kami as Amna Maryam bt Mohd Azizulhasni kepada semua.Majlis Aqiqah pada hari ke 7 dilakukan di Masjid Meru sahaja dengan menjamu orang masjid seekor kambing.Namun,kami tidak mencukur rambut pada hari ke 7.Seelok-eloknya hari ke 7.Tapi biasa lah Ummi and Abbi sayang rambut Amna Maryam yang lebat tu.Jadi ,kami telah postponed untuk cukur jambul anak kami ketika Amna 2 minggu.Ketika Ummi Amna masih PANTANG!
Ya masih pantang dan mempunyai potongan badan yang menjengkelkan.(even now still the same) ahaks!

Pelamin berendoi Amna Maryam seriously lawa gila .Thanks once again to Zaha Wedding Planner dengan tajaan yang sungguh menakjubkan kepada anak kami.Bersyukur sesangat.Moga Amna ingat memori ini sampai bila-bila.Dulu ,zaman Ummi berendoi pakai kain batik jek.Pastu makcik2 marhaban duduk keliling itu..So epic..now buaian kain batik mana nak ada!kan?kan?

Emangnya lawa.Amna will be in the swing and the round shape kusyen itu haruslah tempat untuk Ummi Amna yang sedang pantang...

Selain pelamin yang lawa,kami juga seperti biasa mengambil our photographer Syahiran Sukardi.Syah bertanggungjawab mengambil semua detik manis ketika Majlis tersebut.Selain itu juga,kami menyediakan little exhibition of Amna and Abbi.Gambar Amna and Abbi di ambil ketika Amna 7 hari.Bayangkan baby 7 hari dah tangkap gambar ala2 Abbi ...Besides,can tgk the pictures,para tetamu juga bisa memberi ucapan kepada kami sekeluarga ..

Door gift yang simple.Actually we have ordered Chocolate dekat Tasnim Chocolate.Tapi agak hampeh kerana mereka berdiam diri tanpa menginform kepada kami yang mereka x buat langsung chocolate tersebut.Bayangkan ibu yang pantang ini,berier gila edit gambar untuk cover chocolate and balas membalas email dengan bos Tasnim tu.Sebab katanya tanak file photoshop nak file ilustrator.Bila nk dekat tarikh majlis,bos melayu itu boleh diam!Hampeh gile!Itu la melayu buat bisnes x profesional langsung!Dah la tak buat,lepastu x inform.And kami terpaksa bersusah payah mencari barang lain untuk Door Gift.Terima Kasih MYDIN!Nasib Mydin dekat!Tasneem Chocolate i hate you!pfffft servis out!


Lil Yamyam sayang.alolololololo .Benda yang paling cuak ketika majlis ini ,ialah jika Amna menangis.Memang banyak gila bekalan susu yang sudah siap dipam untuk Amna.Yelakan,Ummi kena pakai baju kurung.Baju kurung kan x breast feed friendly.Jadi,haruslah menyediakan bekalan yang mencukupi untuk Yayam sayang,

Majlis bermula seawal 11 pagi.Kami hanya memanggil kedua belah pihak sahaja.Belah Abbi and Ummi.Makcik atau pakcik Marhaban tiada.Jadi ruangan legar di depan buai agak luas.Memberi keselesaan kepada Ummi and Abbi untuk move in around nak bagi sorang2 cukur rambut Amna.




Amna with Abbi and Tok Ki.Tok Ki is Abbi's daddy.Ni 1st time ahli keluarga dari Terengganu datang menjenguk Amna.
Majlis diacarakan oleh Abang Ummi.Dr Azlan Helmy.Abbi kena bagi ucapan kepada ahli keluarga yang hadir.
Sebelum acara bermula.pihak keluarga dari both sides take pictures...
Ummi dengan family belah Abbi.Aka ipar duai and mak mertua n pak mertua .

Amna Maryam dah mula mengantuk menunggu Abbi untuk cukur botak .


Amna with her uncle,Amnan.Amnan lahir pada 5th November and Amna lahir pada 6th November.


Atucara bermula :)






Hadiah Yayam dapat ketika Majlis.Thank You Semua !Alhamdulillah!

Astro Arena juga sempat merakam atucara majlis.Walaupun agak lewat.
Tadaaaaaa...Amna Maryam dah botak bersama Ummi yang pantang :)
Well,berterima kasih jugak buat semua aunties2 kawan2 Ummi ..aka best friends dari KL yang sanggup turun IPOH untuk melawat baby Amna!Really appreciate u guys!
Auntie Peah.Kawan Ummi time UIA jugak.

with Auntie Fieza.Ummi punya roomate time UIA.Kawan Amna pun comey!

Oh ya!Majlis cukur jambul ini juga ada dipublished kan dalam Majalah Harmoni .Thank you buat Majalah Harmoni and semua wartawan yang hadir ke majlis Amna Maryam.Semoga Allah S.W.T membalas jasa kalian.


Thursday, January 10, 2013

Happy Birthday Abbi aka Ayahanda Azizul Awang

Ayahanda Azizul Awang ...tecinta 
Apabila New Year menjelma selang dalam beberapa hari Birthday Abbi pun menyusul.Pada 5 January 2013,Kami celebrated birthday Abbi bertiga secara kecil-kecilan.Memandangkan Amna Maryam masih kecil dan Ummi Amna masih belum kecil-kecil eloklah kita kecilkan sahaja celebration itu.
Seperti tahun-tahun sebelumnya,Ummi terlalu banyak buat surprise dekat Abbi sampai kering idea nak buat apa untuk tahun 2013.Bertemakan "KECIL" so kita kasi surprise secara simple.trololololo

-:12 Malam,5 Januari 2013:-
Tepat pukul 12 malam,bertarikh 5 Januari 2013,Amna Maryam pun baru sahaja bangun tidur dan sungguh aktif dan Abbinye pulak dan-dan tidur awal.Mungkin dapat menangkap plan kami yang tak seberapa ini.

Kami berdua nyanyi lagu "Happy Birthday" dan Abbi bangun keriangan.Kah kah kah
Keriangan melihat telatah Amna Maryam yang sungguh segar dan happy tatkala Ummi nyanyi lagu Happy Birthday.Eheks.Ummi memang x nak bergambar.Bukan x mahu tapi belum bersedia.LOL

Sekadar sepotong cake secret recipe yang juga merupakan favourite Abbi,itulah yang Ummi mampu lakukan bersemperna Birthday Abbi yang ke 25.Nanti kalau Ummi dah kerja barulah Ummi boleh buat  benda yang best2 untuk cinta hati saya ..Tak kisah la apapun janji Allah SWT sentiasa mengekalkan kebahagian rumahtangga kami berdua.Disamping,kurniakan bakal adik-adik Amna Maryam yang soleh dan solehah .Ummi dan Abbi masih banyak kene tambah ilmu especially ilmu keibu-bapaan.



-:5 Januari 2013:-
Sekali lagi Ummi planned secara KECHIL.Abbi sangat sangat suka pulut kuning.Sebab kalau buat Cake ,mesti Abbi makan dua tiga suap je.Sometimes kalau buat cake,berbulan-bulan tak habis.So better la kite buat something yang dia suka.Tetibe teringat akan keterujaan Abbi kalau melihat "Pulut Kuning".Dengan budget tidak melebihi 10RM.You can get whole cake..opss pulut kuning dilengkapi khas "Rendang Dendeng MAMA yang fuhhhh sedap gells"
Surprise dilaksanakan oleh Chef Cilik kite,merangkap Auntie Amna Maryam.So beliaulah yang bertangungjawab menghias dan mereka pulut kuning tersebut.We all saje2 keluarkan pulut tersebut lewat2 sikit .Sempat birthday man,mengeluh..takde makanan special ke on his birthday..sobs

Memang Tekejut sebab tengah2 Abbi sedap makan lauk biasa-biasa sahaja.Lantas,Auntie keluar dengan menyanyikan lagu "Happy Birthday" buat kali kedua pada hari tersebut.Gituuuuuuuu.
Biar simple janji terhibur.


Akibat terlalu teruja dengan kehadiron "pulut kuning special"..
Abbi senyum sampai ke telinga.Actually Pulut kuning is his favourite food in universe.
Dah kata from Terengganu,segala jenis pulut merupakan favourite nye..tp kuning nye sticky rice paling   suka.Macam perempuan nampak bag tangan cantik.Abbi nampak pulut kuning macam tu lah..Happy bebenor atenye..
so yuk
birthday man tengah makan the yellow sticky rice happily.
oh yeh,Ummi x makan.
Control.Cuma sesuap sahaja.Gitu..

Anyway,
Selamat Hari Lahir buat kesayanganku..Semoga rezeki Abbi bertambah.Bersyukur kehadrat Ilahi
Allah SWT memanjangkan umur Abbi.Semoga ikatan kebahagiaan antara Ummi dan Abbi kekal untuk selamanya.I love you so much cinta!Im so sorry hadiah you for this year tak seberapa.
Maafkan daku.Aku cinta padamu!LOVE!


Tuesday, January 8, 2013

Happy New Year 2013




Happy New Year to everyone from three of us Abbi,Ummi and Amna Maryam.Hope this year will be better than last year.I wanna be a great mother and wife to my husband and kids .Of course strive hard to work at Melbourne!I will struggle as much as i can to find the place to work..so kalau x dpt gak keje Malaysia je la labu!



2012-to many ups and downs .But the best memory that will remain forever of coz ..Giving Birth to my little Maryam..its been 2 months already i cope my responsiblity as a mom..Yes!Mom will love her kids to the fullest..and take care kaw kaw if anything happen..Endevour the great life!But still through out my 2 months journey being a MOM..my weight is just the same..OMG how kewl is that?I used to run and incline on treadmill but after finished doing it,sakit kat tempat operation masih terasa ok!Tapi will try slow slow lah..since during my confinement ,Jamu and Barut are prohibitted pffffft! Happy 2 months Amna Maryam ,Ummi will do the best for you sayang! Eheks


My sayang lil M is 6kilos oledi :D

However my 2013 azam just two-
Kurus and Jadi Arkidek!!!! ya Allah makbulkanlah permintaanku ini..

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, December 10, 2012

Persiapan ke hospital sebelum bersalin




Preparation adalah perlu untuk kesenangan kita kelak.So kepada bakal-bakal ibu di luar sana.Percayalah dunia anda akan bertukar sejurus selepas kelahiran bayi comel milik anda ke dunia ini.Suatu perasaan yang sukar digambarkan .Baikalh,persiapan utama ialah.MAKAN
Sebelum saya pergi ke KPJ.Suami telah membawa saya berjalan2 di Mydin Mall ,Meru untuk makan ABC!Kata hati lepas bersalin nak kurus kaw kaw kaw kaw balik.Tapi mampukah saya melakukannya?Teheeee


Setelah puas makan,barulah baby menunjukkan sign keluar.Makan sepuas-puasnya sebelum beranak adalah perlu.Kerana apa?Kerana nanti x boleh makan time confinement..betul ke?why eh?
Why?Why?Why?u cannot eat this and that during confinement.?NVM kite lupakan soalan itu dahulu sebab now saya nk share pengalaman manis di KPJ,Ipoh bersama Suami dan Anak!
ANAK!!I have a daughter now!





Alhamdulillah ..sesungguhnya kelahiran Amna Maryam ke dunia ..membawa sinar yang baru dalam diari hidup kami sekeluarga.Kenangan berjaga malam..kenangan bersama newborn pada hari awal kelahiran merupakan kenangan yang sukar di lupakan...Serious best gile jadi parents!Pejam celik pejam celik dah nak hampir sebulan dah Amna Maryam ku sayang!
Patut la time pregnant sume cakap Good Luck nanti berjaga malam ...urghhh
Actually sampai ke hari ini...saya memang berjaga malam sokmo!Actually selang seli jugak dengan suami..kalau sampai tahap Ummi x larat terpaksa kejutkan Abbi nye ..


Pun begitu ramai tanya kepada saya bagaimana pengalaman tatkala menunggu saat-saat kelahiran Amna ?What to do?What to have?
Well.mudah!Kalau nak exam kita kena buat preparation ..same goes to bersalin tapi preparation agak berbeda.kerana memerlukan dari segi rohani dan jasmani ....Persiapan ini penting supaya apa?
Supaya kami bersedia menghadapi dan mengharungi malam-malam yang tiada malam ..kah kah kah ..
Kalau dekat hospital ..both of us tapi bila di rumah ...hanya isteri!Sebab suami bekerja jadi haruslah simpati...
Baiklah...selain persiapan josmani dan rohani ..persiapan ke spital jugak adalah penting.Supaya hilang kaget dan segalanya...Ok.Sebelum pergi ke hospital,barang-barang ke hospital dipacked oleh suami saya.WHY?sebab time tu je nk manje2 ..kah kah kah ..actually is seriously dunno what to bring but yes..husband did a good job!

Barang2 perlu dibawa oleh bakal ibu mithali 
*Baju mudah menyusu (tutup aurat) sebab people keep coming to visit yer!
*Tudung (Ariani atau Shawl) sebab dalam bilik labor suami diijinkan masuk..sebelah katil suami org lain jadi haruslah tudung kena pakai gak
*Telekung (sebelum beranak) solat apa yang boleh mintak dipermudahkan .Actually i brought tudung labuh n stokin ajok ..
*Kain Sarong (selepas) disebabkan C-section jadi kain batik adalah needed.Tahukah anda SAKIT GILE!
*Disposable underwear (selepas) memang HARUS ada sebab bleeding kaw kaw nnti.Pakai buang sudeh!
*Maternity Pad (selepas) given by hospital tapi i think bring ours better.So saya memakai Mothercare punya pad..memang terbaik dari ladang.Pureen punya too big !
*Nursing Bra (selepas) NEEDED!!!
*Pump (selepas)Needed ..kalau ada masa Pump!!Sebab bagi baby minum susu ibu yang sihat lagi berkrim..tambahan anak saya kuning.So time die berjemur..saya pump!
*Polaroid sebab nak rakam gambar2 live !Saya buat satu gambar satu hari sepanjang dalam hospital.Semua pengalaman pertama dipolaroidkan,diiphonekan,dikamerakan ..hampir ribuan gambar sudah!Tsk
*Ipod sebab nk dgr bacaan quraan tatkala sakit nk bersalin itu
*Kurma sebab nk mempercepatkan contraction also beranak
*Air Zamzam 
*Air selusuh 
*Bekalan buku yang ilmiah especially about BERSALIN


Barang2 perlu dibawa untuk anak solehah
*Romper
*Mittens
*Socks
*Cap
*Sweedle
*Pampers


Sikit aje barang2 baby  yang perlu di bawa .tak yah over macam saya and suami ..siap kasut pun kiteorg bawak..mane la nak muat!Lagipun kejap je tempoh perjalan dari hospital nak ke rumah.Saat-saat kami ingin membawa Amna ke rumah,suami telah siap membawa Moses basket untuk letak baby.Adalah berbeda di Malaysia dimana,baby letak atas tangan ibunya sahaja.Walhal di oversea moses basket is needed kalau nk bawak baby keluar dari hospital.Apa-apapun ,yang penting keselamatan bayi,ibu harus di ambil kira tatkala nk bawang balik.Because Baby is too FRAGILE!!

Oh sebelum itu...Bapaknye juga harus mempunyai bag sendiri jua untuk dibawa ke hospita.Anggaplah hospital ketika isteri bersalin adalah sama seperti Hotel 5 bintang..hihih dimana katil cuma kerusi .Tapi kerusi tak kerusi isteri sakit memang perlukan suami disisi..tambahan kalau OPERATE ..u can even move ok?!

Barang2 perlu dibawa oleh bakal bapa mithali 
*Baju
*Seluar
*Kain pelekat
*Boxer
*Ipad/Macbook
*Sejadah

Tentunya kehadiron suami disisi adalah amat diperlukan.Even kalau korang bergadoh ke ape ke ngan suami.Mintak la maaf siap2.Kemaafan suami adalah harus!
Semua barang ini tertakluk kepada kekeraban dan kelamaan anda di hospital.Saya berada 4malam 3 hari.Extra sehari kerana anak kuning dan extra 2 hari kerana Ibu operate.C-section is so painful!
Apa-apa pun bersyukur sangat2 kerana Alhamudlillah kami sihat .Cuma ibu operate kena jaga2 berjalan.Saya memang geram tgk treadmill kt rumah,rasa nak lari saje...tengok badan mengelebeh sini sana.Siapa yang suka?Tambah ibu moden tatkala ini ...

XoXo,
Ummi Amna

Monday, November 26, 2012

Welcome Amna Maryam



AMNA MARYAM BT. MOHD AZIZULHASNI 

Amna, In Arabic it means safety,protection,peace.Amna will give Ummi, Abbi and herself happiness and peacefulness .
Maryam, It means bright and kind. Also is the mother of Isa A.S
In the Quran, there is without a doubt no woman that is given more attention than Maryam. She is mentioned 34 times in the Quran and there is an entire chapter dedicated to her and her history, Chapter 19 entitled Maryam. May Amna Maryam be a righteous daughter and emulate the Great fight of Siti Maryam.





Alhamdulillah pada pukul 6.30 petang, bertarikh 6 November 2012..lahirlah bayi perempuan yang comel seberat 3.99kg. Perjalanan bermula pada malam 5 November 2012 dimana sign pregnancy sudah tiba di mana darah telah pun keluar .Jadi untuk pregnant 1st time saya agak kaget dan tak tahu nk buat apa2..memandangkan pada malam itu Abang saya ada di rumah..jadi apa-apa hal saya just refer kat dia ..
Kesemua bags di packing oleh my Husband..love him so much


"yeop org dah keluar darah" "yeop darah dah penuh" bla bla bla tp sakit memang belum ku rasai just a lil bit braxton hicks tp ntah la tak cam sakit tu ...

Bergambar dahulu sebelum masuk waiting room /Labor room ..Thanks suami and my parentsT___T

so,alkisahnya malam tu sebelum keluar darah ,saya sempat pergi ke Mydin mall untuk merasai ABC ..sebab terase mengidam sesangat nak makan...so lepas makan ABC,kami balik menjamah dinner..then menonton movie kt rumah beramai-ramai.Bila sign pregnancy muncul,bapak saya terus mengesa banyakkan membaca surah maryam dan solat hajat banyak2 ..dan mohon permudahkan urusan....


Dalam pukul 2 camtu,bapak saya ketuk pintu..suruh saya siap2 pergi ke hospital..beliau sangat khuatir kalau saya tiba-tiba sakit dekat rumah ..so kalau sakit kt hospital bapak saya lebih lega.Jadi,saya patuh ckp bapak saya..Kami ,suami isteri terus packing dan pergi ke KPJ Ipoh Specialist dan bawa surat doctor ..memang ikut pada naluri keibuan ,saya nk beranak 511 (5 nov) sebab bapak baby 501 (5 January)..boleh la kan dkat dkat ..tapi takpe saya redha.....





Hospitalized ..Duduk hospital best actually ..hehhe


Sesampainya di KPJ,saya bagi surat Doctor..dan suami check in bilik hospital dan saya diarahkan terus ke Labour room aka waiting room ..perghhh saya masih belum bersedia unutk semua ini ..sebab kesakitan masih dalam tahap mild..so nurse check semua semua..dan pengalaman "check" itu sungguh tidak boleh di lupakan ..hi hi hi...


So,saya disarankan berehat ,,dan CTG di pasang di keliling perut...tampak semua para nurses tekejut melihat perut saya..katanya "besarr perut ni dik" ..Pada ketika itu,hanya bacaan ayat suci Al-quran yang keluar dari mulut saya..mcm x percaya gak dah 9 bulan mengandung dan dah tiba masa untuk beranak.Saya sangat2 terharu kerana ibu dan bapa saya menghantar sampai ke Labour room dan mengucup muka saya dan mengingatkan saya agar sentiasa berzikir untuk memudahkan deliver.Sepanjang malam,suami di sisi,,menemani sambil membaca surah2 suci Al-Quran..


Sesudah pagi,saya bangun dan mandi untuk Solat Subuh.Kata Ustaz,walaupun darah dah keluar tapi i still have to pray sebab darah yang keluar ini di kira darah istihaddah.Saya solat subuh dan memohon Allah agar memudahkan delivery ini ..So nurse datang untuk memasukkan ubat membuang najis secara smooth!Saya suka ubat ini ..lol kemuadian ..nurse datang check bukaan ...check punya check bukaan still the same 2 cm ..sobs ..dari malam smp ke pagi bukaan sangat lambat ...Jadi ,muncul lah Dr..Dr memasukkan ubat ..kata doktor kalau ubat ni dah masuk,insya Allah akan mempercepatkan bukaan..jadi aku redha...berjam jam saya berbaring...sekali lagi Nurse check dan bukaan masih slow walaupun kadar CTG dah naik ..dalam kata lain,saya punya contraction dah tahap dewa...

Saat-saat induce disambung pada tangan

Kemudian mereka menginducekan saya,,,tatkala induce hanya Allah yang tahu perasaan sakit itu..ya Allah sakit nya..macam ni ke nak beranak...ya Allah sakit! Sakit sangat....Saya    memanggil suami agar mengcalmkan saya..memang saya kalau boleh nk tahan kesakitan itu tanpa epidural..so i called my husband nak epidural!!!

"Yangggggg...i want epidural so badly please"....
Suami berkata tunggu Dr..she has to check your dilation 1st...hanya Allah yang tahu betapa sakitnya saya tatkala itu...berpeluh-peluh ..sampaikan muntah-muntah teruk...
My parents memberikan semangat tatkala saya sedang menahan sakit.Bapak tak tidur malam ulang alik ke hospital ke rumah untuk memberikan semangat kepada saya ..Thanks my family!

Setelah berjam-jam menahan kesakitan..saya amat berharap agar bukaan dah bukak banyak sebab kadar contraction dah semakin kerap...Dr pun datang untuk check bukaan ..namun!masih hampa ..still x de banyak progression ..bukak x smp 3cm setelah berjam-jam menahan sakit..dari pagi smp ke petang ...Jadi Dr suggest untuk saya OPERATE sahaja!Katanya ..takut baby stress sebab dari pagi we already push the baby to keluar..so kalau nk tunggu boleh tp dia risau if baby lemas...so saya pun kol abang saya dan mendapatkan kata putus..kalau boleh memang nk normal tp mengikut kata-kata doktor saya akur...suami jugak akur ..jadi pada 6 Nov 2012 pada pukul 5 camtu ..saya mengizinkan untuk di C-Section ! 

Labor room..this is not OT..looks scary but Amna is not delivered here 

Didalam OT..Memang awal-awal tu cuak ..tp bila dah masuk tengok semua para DR bz ala-ala cite scrubs membuatkan saya tersenyum dan berkata "alangkan seronok kalau kerja Dr jugak" ..actually nk bg hilang gugup...So Dr O and G saya ,sentiasa di sebelah ..dan beliau memegang tangan untuk mengcalmkan saya...Katil di usung masuk ke Bilik 5..nampak semua org BZ..dan memperkenalkan diri ..ya Saya Dr ..Saya Dr ..pakar bius..pakar ini..pakar itu..sila sign disini..theres nothing i can think at this moment ..yang saya nak cuma tawakal anak dan ibu selamat...




Family waiting outside the OT room


Mereka membiuskan saya satu badan since saya menahan sakit terlalu lama...Jadi memang tak sedar apa-apa yang berlaku..saya cuma sedar..apabila mereka berkata "Congrats on your new born baby girl" "Baby u besar 3.99kg" "She is so cute" ...segala-gala kata-kata cuma bermain-main di fikiran ..because i still x sedar..so katil di tolak,saya nampak suami saya ...dan juga wartawan pegang2 kamera ..tp arghhh i wanna be alone ..where s my baby?


Masuk ke dalam bilik,sudah ramai orang dan saya masih x berapa nk sedar..tp saya sangat bersyukur kerana suami dan keluarga sentiasa di sisi ...Nampak kegembiraan suami setelah bergelar seorang Bapa...Walaupun saya sudah buat Birth plan ..tapi its true What to expect when you are expecting ..we didn't know what will happen to us next...Dr saya beritahu bukaan lambat untuk bersalin normal kerana kepala baby donggak dan juga size baby yang agar besar..jadi rahim x boleh bukak ...pun begitu,Saya sangat-sangat bersyukur dengan anugerah Allah yang terindah untuk saya dan juga suami.

Lahirlah kedunia Amna Maryam bt Mohd Azizulhasni

Kami akan mendidik Amna Maryam dengan didikan agama yang betul..Ummi dan Abbi sayang sangat pada Amna Maryam.Supaya Amna Maryam menjadi anak yang solehah dan  kakak yang bertanggungjawab.


Terus terang saya nyatakan moment ketika hamil dan beranak,,,adalah moment yang paling indah ..lagi indah dari moment bernikah ...Subhanallah !Thank you Allah !!!!!






          Your truly,








Ummi Amna Maryam

Friday, November 9, 2012

Alhamdulillah ..im a mother now

Thank you Allah!Thank you Allah!Thank you Allah! We are really happy !!And cant describe the feeling honestly!Syukur!!!Baby is fine ..and she is 3.99kg baby girl !!Alhamdulillah..

Monday, November 5, 2012

Ok ya udah full term 38weeks

Macam x percaya je ..yang due date memang nk dekat gile and can be anytime from now.Hakikatnya saya memang terlalu letih dan nak jalan pun dah rasa x selesa.Tapi takan la tak jalan langsung.Saya everyday keluar g teman suami .Sampai kan pusing satu shoping complex masih saya larat!Nak jalan dekat taman.Almaklumlah,taman-taman dekat Malaysia semuanya "terjaga habis".Jadi x nak risk kan diri,shopping sambil berjalan itu bagus!

Sampai ke saat ini,baru lah saya dapat rasa oh macamni rupanya mama mengandungkan saya dulu..nak tidur susah nk pusing susah malahan nak bangun pun susah.Tapi ,mama punya body takdelah sebesar saya.Malahan boleh diconsiderkan kurus walaupun mengandung.Tidak pula dengan anaknya..

Im more than excited..Kalau ada tips2 yang bernas silah lah share ye..now tgh tunggu doc kat KPJ..mak ai ramai gole ibu mengandung sedang menunggu...so nasib la ada iphone boleh la update blog ...

Till then,
PocketRoket Mummy

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...