Wednesday, February 23, 2011
My darling hubby is smiling!
Monday, February 21, 2011
Athiyah pasrah
TRAGEDI...Azizul mengerang kesakitan ketika diusung keluar dari velodrom di Manchester, semalam.
SEDIH, terharu dan bimbang kini membelenggu perasaan isteri pelumba basikal terbaik negara Azizulhasni Awang, Athiah Ilyana Abdul Samat selepas menerima perkhabaran dari Manchester berhubung kejadian kemalangan yang terjadi kepada suami tercinta.
Kegagalan bercakap dengan Azizul untuk mengetahui lebih lanjut keadaan terkini pelumba itu menambahkan kegusaran di hati Athiah atau lebih dikenali sebagai Tya.
“Saya menerima berita ini pagi tadi apabila dimaklumkan ibu mentua, Selamiah (Yong) berhubung keadaan Azizul. Memang sangat terkejut. Mungkin inilah petanda mimpi apabila saya bermimpi Azizul dan saya mengalami kemalangan.
“Bila melihat gambar Azizul tambah memeritkan hati dan saya hanya mampu berdoa agar semuanya selamat,” katanya.
Katanya, dia tidak menyangka sikap Azizul yang tiba-tiba tidak mahu membawa telefon bimbit bersama untuk pergi berlumba selain dia dan ibu mentua tidak boleh tidur ketika malam kejadian seperti memberi tanda sesuatu.
Tya berkata, semangat ditunjukkan Azizul yang cuba menamatkan perlumbaan hingga ke garisan penamat biarpun menahan kesakitan akibat tusukan kayu ke dalam betis Azizul amat memilukan dan komen dihantar peminat yang melabelkan Azizul sebagai pendekar dan berjuang demi negara membuatkan hatinya merasa terharu.
“Saya tahu semangat Azizul memang cukup kuat. Dia sanggup melakukan apa saja demi negara dan kariernya. Ikutkan hati mahu saja saya pergi ke Manchester untuk melihat keadaan sebenarnya. Mungkin apa yang terjadi ini ada hikmahnya,” katanya.
Bagaimanapun, kesedihan Tya ditambah lagi apabila dimaklumkan Azizul bakal terlepas peluang beraksi di Kejohanan Dunia di Apeldoorn, Belanda pada 23 Mac ini.
“Dia cakap kepada saya mahu beraksi dan menang di Kejohanan Dunia. Sedih sangat jika perkara itu tidak jadi kenyataan,” katanya.
Sementara itu, ibu Azizul, Selamiah berkata, dia terkejut apabila dihubungi Ketua Pengarah Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong dan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Datuk Naim Mohamad.
“Itulah yang sering saya bimbangkan iaitu kecederaan kerana Azizul masih mempunyai impian yang belum terlaksana iaitu beraksi di Olimpik. Menang atau kalah itu tidak penting.
“Saya harap Azizul kuatkan semangat dan dapat kembali ke Malaysia dengan segera untuk menjalani rawatan di sini,” katanya.
Azizul merupakan HERO kite!
Seriously i cannot sleep today ..after received a shocking news about my hubby..Isteri mane yang x risau and x sedih kan kalau tgk kayu camtu tersusuk kt kaki ..and i heard byk gila stories yang ala-ala kes mcm my hubby ...Tapi ,Alhamdulillah segalanya berjalan dgn lancar..and sempat jugak bercakap dgn dia walaupun pada hakikatnya nak be strong..tapi termenangis jugak sbb rase cam happy bercampur sedih di atas kemalangan yang menimpa suamiku,Azizulhasni...
Sunday, February 20, 2011
Pray for Azizulhasni ...
Cedera tak halang Azizulhasni rangkul gangsa
MANCHESTER 20 Feb. - Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara Keirin Piala Dunia Berbasikal Trek semalam dengan penuh bergaya dan kesakitan.
Berlumba dalam final Keirin, dia dan tiga pencabar lain terbabit dalam pelanggaran sesama sendiri sebelum bangkit untuk meneruskan kayuhan bertenaga sehingga garisan penamat.
Dia hanya menyedari tahap kecederaannya hanya selepas itu jelas apabila ditunjukkan gambar serpihan kayu yang terkeluar daripada trek ketika kemalangan, menembusi betis kirinya.
Dia dikejarkan ke hospital dan terlepas peluang menaiki podium bagi menerima pingatnya. - Agensi
Wednesday, February 16, 2011
Asisul sayang...this clip is awesome
Sunday, February 13, 2011
Y Valentine is Haram?!
Antara sejarah lain pula menyebut, Hari Valentine diambil daripada nama paderi Saint Valentine atas kesungguhannya mempertahankan hak tentera pada zaman pemerintahan Claudius II untuk berkahwin. Ini kerana, semasa Claudius II memerintah kerajaan Rom, beliau menghalang tentera-tentera Rom berkahwin kerana pada pendapat beliau, mereka akan lebih kuat dan tabah untuk berperang jika masih bujang. Namun secara senyap, Saint Valentine melakukan upacara pernikahan dan ini mendatangkan kemarahan Claudius II. Lalu paderi itu dihukum gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis pula menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.’
Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.
Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka.
Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.
Islam menyeru seluruh umat Islam, khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya.
Berikut ialah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada hari kekasih:
Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
Menghantar kad-kad ucapan tertera kata-kata Valentine's Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap - menjadi simbol kepercayaan agama Kristian.
Menulis ucapan kata-kata cinta pada kad yang diutus dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ia juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
Kebanyakan negara Barat, parti-parti yang diadakan disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakannya menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
Menghantar pesanan ringkas kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan hari memperingati kekasih sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
Friday, February 11, 2011
Gaya Mutu Kevunggulan....voley?!
My husbeng asked me to wear like a mother..?no no no..like a puan?Sbb eversince dah abis belajar ni..ramai thought my dress up macam orang x kahwin ..Jadi oleh yang demikian,saya telah pun dengan veraninya mencuba memakai pemakaian yang bercirikan Muslimah untuk bershopping.....At first,memang terasa janggal..tapi bila dah start shopping akak diberikan kelas VVIP u olss...!So ,pengajaran,penampilan seseorang boleh mengubah persepsi seseorang untuk lebih kelihatan matang dan berpenampilan.....
Jadi,dengan itu...I sesuka hati bershopping sakan di butik ALDO ALAMANDA..di mana,
ALDO tgh Sales kaw kaw wehh!Memang murah laa dari harga biasa...Akak memang pengemar kasut jenama ALDO yg tegar...I like la the design...its minimalist..dia x over!tapi elegant..!Dengan itu,akak telah pun memborong 4 pasang kasut...ingat ye adik-adik membazir amalan syaiton!Jadi jangan follow ...LOL
Actually nak jadikan stock untuk di pakai kemudian hari..antara sebab-sebab beli banyak adalah kt Malaysia dia dah determine kulit khinzir or tidak..kalau beli kt Melbourne jenuh la nk belek satu2 berbabi atau tidak kasut itu...
Dah selebihnya,akak beli heels yang baldu dan pelbagai colour...harga Asal around 300rm camtu..after less tinggal 100rm plus plus..okey la..kire berbaloi?gituuuu
haaaaaaa
Ehem ehem..while i shop,my husband was in Kementerian Belia & Sukan...and guess what suami i juge telah mengubah gaya mutu keunggulan untuk lebih ke arah seorang dewasa...
Amcam bergaya bukan?dah mcm trainer fitness first pun ade..LOL..
gitu la atlit ye adik2 pakai cmne pun still aset atlit tu tetapppp!
Thursday, February 10, 2011
Who is Arma Abd Rahman??
Jalan-jalan cari Makan Encik Asisul
Apa maksud ayam goreng dara tersebut ye puan-puan...?apa-apa pun bak kata atlit,makan sekali sekala boleh ..tapi jangan lupa exercise...renung-renungkan selamat beramal..!
Dengan itu,my husband dapat merasa juadah yang enak di masak oleh ibu saudaraku..Thanks a lot makcik lela for the lazatssssss menu!!We had ketam goreng cili..
Makan-makan jugak training jgn lupe....
Dengan itu,mari mendoakan kejayaan Asisul harini di ACC KORAT..
mampukah beliau mempertahankan kejuaraan beliau sebagai RAJA KEIRIN ?
gituuu...
Malaysia..asal hebat bubuh Raja??
Ape-apepun ...doa for him ye kawan-kawan..!!
Heart u ols
Candle light dinner at Bora Ombak,Ampang
Tempat :
Bora Ombak Cafe & Restaurant
G1, Sport Ampang Complex, Persiaran Memanda 1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang,
03-42516303 (Rest. Office), 012-3113176 (Nazry), 013-6163755 (Zaid)
Al-kisah Candle light dinner bersaksiakan purnama gituuu.......ecehhh! Abis romantiks la ......actually,almost one year dekat Melbourne,its hard for us to find a romantic place like what we found in Malaysia.So,here we are at Bora Ombak,Ampang...Actually banyak jugak restaurant yang kami sudah identified for our candle light dinner...last-last Bora Ombak jugak menjadi destinasi pojaan hatiku.......
Haaaa....menarik bukan?!!
Alhamdulillah,akhirnya kami sudah pun bergelar suami isteri selama setahun....banyak benda yang kami pelajari bersama dalam mengemudi bahtera rumah tangga.Yang penting,ilmu agama harus banyak di dada...tidak kira suami,mahupun isteri........ngertii?!
Tuesday, February 8, 2011
OUR 1ST WEDDING ANNIVERSARY
Tanggal 30th January 2010 yang lalu, dengan sah kami berdua bergelar suami isteri ..dan seperti tidak percaya..we are now 1 year old married !Alhamdulillah,syukur ke hadrat ilahi dengan pertemuan ini.........Alrighto!
Hubby was here last 2 days ..and we spent almost 2 weeks together at Kuala Lumpur @ibu negara..So many things we did and we ate! Just imagine,lame gell tak balik so now we have to grab the opportunity together...Hubby transits for 2 weeks in Malaysia for his ACC training camp .From beijing,he will race at Korat then to Manchester .Quite a long journey anyway...But,thats his job pun!
So tanpa di duga,tarikh keramat pernikahan kami,both of us ade kt KL.....hmmmmm tunggu punya tunggu ...hadiah !last2 husbeng buat kejutan..kejutan kah?gitu la...boleh la di considerkan....hubby mengebook hotel yang terunggul di KLCC atas alasan untuk menyambut anniversary dengan lebih romantiks!ehe....
Jadi.....my hubby sayang memilih Traders Hotel @Shangri-la sebagai hotel anniversary kami..di mana,layanan orang2 di situ sangat bagus...melayan kami seperti pasangan merpati sejoli yang chantik...gituuuuuuuu.....tentunya sebagai isteri,saya berasa beharga dengan segala my husbeng lakukan...even dia nye jadual pack gell ...tapi he still manage to full fill couple needs...hu hu hu
Pemandangan Hotel dan KLCC
Counter Reception yang O-sam!Itu ,cik abe saye...
the lobby
welcoming dessert
auwww
KLCC from our room....
Thanks thanks thanks a lot sayang!!!!Semoga jodoh kite berpanjangan sehingga ke syurga..
I love you so much sayang!May Allah bless our relationship ..and menganugerahkan anak yang soleh dan solehah untuk kite bersama..yang dapat membantu bangsa dan negara
:)
Dan malam nya,my hubby bawak pi makan candle light dinner gituuuu...
Romantik gellaaaa!!
ouh hubby,i miss you lahhh~
So nak tahu kiteorg makan kat mane?Stay tune with my new update?!
Feel free to give comments ...muahs