Thursday, January 31, 2013

Majlis Cukur Jambul anak Azizulhasni Awang | Amna Maryam


Majlis Cukur Jambul dan Berendoi Amna Maryam Azizulhasni.
Pelamin Buaian hasil rekaan khas Zaha Wedding Planner
Tema: Pink make you vibrant!

Untuk makluman Amna Maryam kini sudah pun hampir 3 bulan.Sungguh cepat masa berlalu dan seriously lame gile and x sempat nak update blog tatkala ini.Biasalah since dah jadi emak ni,susah pulak nk bukak komputer dan mengadap internet.Pun begitu,sharing is caring.So i like to share to all of you about our daughter majlis cukur jambul dan berendoi.

Aqiqah Amna Maryam telah pun dilakukan seawal 7 hari kelahirannya.Pada hari ke 7 juga,kami mengumumkan nama puteri kami as Amna Maryam bt Mohd Azizulhasni kepada semua.Majlis Aqiqah pada hari ke 7 dilakukan di Masjid Meru sahaja dengan menjamu orang masjid seekor kambing.Namun,kami tidak mencukur rambut pada hari ke 7.Seelok-eloknya hari ke 7.Tapi biasa lah Ummi and Abbi sayang rambut Amna Maryam yang lebat tu.Jadi ,kami telah postponed untuk cukur jambul anak kami ketika Amna 2 minggu.Ketika Ummi Amna masih PANTANG!
Ya masih pantang dan mempunyai potongan badan yang menjengkelkan.(even now still the same) ahaks!

Pelamin berendoi Amna Maryam seriously lawa gila .Thanks once again to Zaha Wedding Planner dengan tajaan yang sungguh menakjubkan kepada anak kami.Bersyukur sesangat.Moga Amna ingat memori ini sampai bila-bila.Dulu ,zaman Ummi berendoi pakai kain batik jek.Pastu makcik2 marhaban duduk keliling itu..So epic..now buaian kain batik mana nak ada!kan?kan?

Emangnya lawa.Amna will be in the swing and the round shape kusyen itu haruslah tempat untuk Ummi Amna yang sedang pantang...

Selain pelamin yang lawa,kami juga seperti biasa mengambil our photographer Syahiran Sukardi.Syah bertanggungjawab mengambil semua detik manis ketika Majlis tersebut.Selain itu juga,kami menyediakan little exhibition of Amna and Abbi.Gambar Amna and Abbi di ambil ketika Amna 7 hari.Bayangkan baby 7 hari dah tangkap gambar ala2 Abbi ...Besides,can tgk the pictures,para tetamu juga bisa memberi ucapan kepada kami sekeluarga ..

Door gift yang simple.Actually we have ordered Chocolate dekat Tasnim Chocolate.Tapi agak hampeh kerana mereka berdiam diri tanpa menginform kepada kami yang mereka x buat langsung chocolate tersebut.Bayangkan ibu yang pantang ini,berier gila edit gambar untuk cover chocolate and balas membalas email dengan bos Tasnim tu.Sebab katanya tanak file photoshop nak file ilustrator.Bila nk dekat tarikh majlis,bos melayu itu boleh diam!Hampeh gile!Itu la melayu buat bisnes x profesional langsung!Dah la tak buat,lepastu x inform.And kami terpaksa bersusah payah mencari barang lain untuk Door Gift.Terima Kasih MYDIN!Nasib Mydin dekat!Tasneem Chocolate i hate you!pfffft servis out!


Lil Yamyam sayang.alolololololo .Benda yang paling cuak ketika majlis ini ,ialah jika Amna menangis.Memang banyak gila bekalan susu yang sudah siap dipam untuk Amna.Yelakan,Ummi kena pakai baju kurung.Baju kurung kan x breast feed friendly.Jadi,haruslah menyediakan bekalan yang mencukupi untuk Yayam sayang,

Majlis bermula seawal 11 pagi.Kami hanya memanggil kedua belah pihak sahaja.Belah Abbi and Ummi.Makcik atau pakcik Marhaban tiada.Jadi ruangan legar di depan buai agak luas.Memberi keselesaan kepada Ummi and Abbi untuk move in around nak bagi sorang2 cukur rambut Amna.




Amna with Abbi and Tok Ki.Tok Ki is Abbi's daddy.Ni 1st time ahli keluarga dari Terengganu datang menjenguk Amna.
Majlis diacarakan oleh Abang Ummi.Dr Azlan Helmy.Abbi kena bagi ucapan kepada ahli keluarga yang hadir.
Sebelum acara bermula.pihak keluarga dari both sides take pictures...
Ummi dengan family belah Abbi.Aka ipar duai and mak mertua n pak mertua .

Amna Maryam dah mula mengantuk menunggu Abbi untuk cukur botak .


Amna with her uncle,Amnan.Amnan lahir pada 5th November and Amna lahir pada 6th November.


Atucara bermula :)






Hadiah Yayam dapat ketika Majlis.Thank You Semua !Alhamdulillah!

Astro Arena juga sempat merakam atucara majlis.Walaupun agak lewat.
Tadaaaaaa...Amna Maryam dah botak bersama Ummi yang pantang :)
Well,berterima kasih jugak buat semua aunties2 kawan2 Ummi ..aka best friends dari KL yang sanggup turun IPOH untuk melawat baby Amna!Really appreciate u guys!
Auntie Peah.Kawan Ummi time UIA jugak.

with Auntie Fieza.Ummi punya roomate time UIA.Kawan Amna pun comey!

Oh ya!Majlis cukur jambul ini juga ada dipublished kan dalam Majalah Harmoni .Thank you buat Majalah Harmoni and semua wartawan yang hadir ke majlis Amna Maryam.Semoga Allah S.W.T membalas jasa kalian.


2 comments:

Cik Yana said...

comelnye Amna...

lovely kidz said...

comel :).. sayang nya, kalau tau blh recommend baju baby Lovely Kidz, kami blh buatkan special utk majlis aqiqah tu :)

http://www.facebook.com/LovelyKidzCloset

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...