Monday, July 2, 2012

Kenduri Kesyukuran Mr pocketroketman | Azizulhasni Awang



Dalam kekalutan membuat persiapan untuk pulang ke Melbourne,PR (Pocketroket) khususnya terlalu BZ kehulur-kehilir untuk menghadiri beberapa Majlis rasmi yang di buat khas untuknya sebelum ke Olimpik.Kerajaan Negeri Terengganu dan juga Msn telah pun membuat kenduri kesyukuran khas untuk Azizulhasni Awang di Dungun pada akhir bulan yang lalu.Pada ketika itu,aku tidak menghadirkan diri kerana badan tidak begitu sihat.Almaklumlah.

Namun begitu,bapak aku merangkap bapak mertua Azizulhasni ..turut membuat kenduri doa selamat buat menantunya sebelum bertolak ke Olimpik London nanti.Sayang bapak!Aku memang panggil Bapak aku as Bapak..hihi...Jadi,sebelum decide untuk membuat kenduri,my dad tanya nak makan apa for lauk kenduri.Elok pulak aku time tu sangat teringin nak makan Nasi tomato dan Kambing Golek Australia.Haihh over sangat kan.!Jadi Alhamdulillah...segala yang aku pinta,bapak aku sediakan untuk cucu di dalam perut.

Lokasi : Rumah Mama & Bapak Ipoh
Majlis : Kenduri doa selamat & kesyukuran menantu & anak2 ASBS
Tema  : Semua WAJIB berjubah


Majlis bermula seawal selepas asar.Dimana para-para ibu yang selesai dari Kuliyah Agama akan singgah ke rumah untuk Majlis minum petang di rumah aku.Rezeki mereka agak besar di mana mereka disajikan dengan Kambing Golek Australia!Aummmmm sedapnya..Chef yang membuat bisnes Kambing Golek ini berasal dari Kuala Lumpur.Hari-hari ada sahaja orang yang ingin memesan Kambing Golek ini sekitar Malaysia.Kambing  biri-biri tau!

Suasana ketika malam.Malam bermulah bacaan yasin dan doa selamat.Sebelum menunggu para tetamu hadir.Aku tunggu suami aku yang baru sahaja bertolak dari KL.Sambil menunggu,aku makan dulu sepinggan nasi.

Lauk pauk yang sunguh sedap dari Fauzi Catering.Ataupun kalau lebih clear "Nasi Ayam Fauziah".
My dad memberikan ucapan 2 kata kepada para tetamu yang hadir.
Akhirnya,suami selamat sampai.Sejurus habis bacaan Yassin.Bapak aku suruh my husband to bagi ucapan sikit kepada para jemaah masjid.
Cucu-cucu ...
One big happy family 
Our picture with Jubah

 Last but not least,my husband fanatic fan..Namanya Daniel.Daniel sangat suka PR.Setiap kali nampak mesti dia jerit "Ajojo" "Ajojo".Menurut ibunya,susu dutchlady gambar "Ajojo" pasti diminumnya setiap hati ...Aku rasa bangga bila ramai kanak-kanak suka pada Ajojo .Ajojo memang idola kepada kanak2..Go Ajojo Go!

Thursday, June 28, 2012

My 1st antenatal scan

Berada di luar negara,jauh dari keluarga khususnya belajar kite banyak berdikari.Membuat segala benda sendiri khususnya dalam perihal kehamilan ini.Aku dan suami khususnya terlalu banyak membuat research sendiri .Banyak ilmu baru yang kami berdua timba terutamanya apabila berurusan dengan GP sendiri.GP is general practitioner .Jadi untuk berhubung dengan mana2 tempat seperti hospital,ultrasound kite perlu mempunyai authorized letter from GP.Kami agak  keliru sebab kalau dekat Malaysia kite boleh terus pergi ke mana-mana hospital mahupun klinik yang menyediakan perkhidmatan dari trimester pertama hamil hingga ketiga. Namun,agak berbeda di Melbourne,Australia dimana anda mesti mencari Hospital sendiri untuk bersalin ketika sudah cukup 9bulan dan mempunyai GP sendiri untuk check up bulanan.
Kami memilih Public Hospital,Royal Women's Hospital.Namun public hospital di Melbourne adalah bersamaan dengan Prince Court Kuala Lumpur equalnya.Kami telah pun membuat lawatan untuk memilih hopital pada awalnya.Tampak hospital tersebut sangat gah dan menarik!Namun setelah dikira kos dan sebagainya,kami memutuskan untuk melahirkan anak di Malaysia sahaja.



Walaubagaimanapun,aku tetap bersyukur kerana walau jauh dimata keluarga,namun sokongan mereka tetap kukuh dan padu untuk memberikan aku semangat di awal kehamilan aku.Abang aku ialah orang yang banyak memberikan ilmu tentang awal-awal kehamilan ini.Keadaan di Australia agak berbeza dan kami terpaksa mencari GP yang terbaik setelah 2GP yang kami temui sebelum ini agak hampeh!GP pertama ialah orang vietnamese dan kedua orang india yang sudah pun menetap di Melbourne.Layanan mereka sangat hampeh dan langsung tidak memberikan apa-apa info kepada kami yang cetek ilmu ini.

Aku berusaha bertanya kepada kakak-kakak PHD yang aku kenal,dan salah seorang dari mereka telahpun memberi suggestion untuk berjumpa dengan seorang doktor Aussie yang sungguh baik hati di Melbourne University.Walaupun jarak dari rumah agak jauh untuk berjumpa dengan doctor tersebut,tetapi dengan layanan nya yang baik kami sanggup berjauhan asalkan iput yang diberi berkesan kepada pasangan yang baru menimba ilmu untuk menjadi parents.

Umumnya,di Melbourne tiada awal check up.Dimana tiada scan ultrasound di awal kehamilan untuk melihat janin di dalam perut.Apabila aku bersembang dengan kawan2 di Malaysia.Rata-rata mengatakan mereka telah mula membuat ultrasound dari usia janin 6minggu.Aku agak kecewa kerana cara penerapan disini agak berbeza namun aku yakin dengan cara mereka.Aku mengambil ujian darah,air kencing,vitamin dan bermacam2 lagi tatkala kali ke3 berjumpa doctor yang terbaik.Alhamdulillah,segalanya berada didalam keadaan yang sempurna .Doctor menyarankan agar memakan multi vitamin yang boleh diambil dimana-mana chemist dan juga Vitamin D.Kata doctor,aku kurang vitamin D kerana kurang berjemur dan meyarankan aku agar memakai 2 pieces dan berjemur ditepian pantai.kihkihkih.Ini sungguh lucu.Kerana aku sendiri tidak mampu melihat badan begini seperti badak sumbu terdampar dipersisiran pantai ..LOL ..Jadi ,makanlah vitamin D!


Setelah usia kandungan aku 8 weeks,aku pulang ke Malaysia sekali lagi kerana tahap keloyaan aku agak dikhuatiri dan suami aku harus balik ke Malaysia atas urusan kerja dan tidak mengizinkan aku untuk tinggal bersendirian berbatu jauhnya dengan beliau.Jadi,aku tinggal bersama abang aku sementara suami aku pergi ke Europe untuk pelawanan world cup di London yang lalu.Pada ketika itu,parents dan adik2 aku yang lain pergi menunaikan umrah jadi aku terpaksa tinggal di rumah abang aku .Dapatlah aku bersama anak-anak saudara dan melayan karenah masing2.


Ketika di Malaysia,aku turut mengambil peluang untuk mengikut abang aku yang pada ketika itu bertugas di Unit Kecemasan Hospital Kuala Pilah.Jadi,scan baby pertama adalah di Kuala Pilah ..hehehhe.Just imagine,abang sendiri yang scan your perut.Memang la malu ..tapi best la ada abang senang nak tanya sakit itu ini .Dan yang paling best kesemua staff Hospital Kuala Pilah termasuk Doctor2 pelatih yang bertugas,tidak melepaskan peluang berjumpa dengan suami aku.Bukan senang Azizulhasni Awang nk turun Kuala Pilah.Hospital Kuala Pilah pulak tu....kihkihkihkih...Apa-apapun aku bersyukur dan agak excited melihat baby ketika janin 8 minggu.Melihat degupan jantung ,janin sebesar kacang..aku amat bersyukur dengan kekuasan Allah yang maha esa.


Untuk pengetahuan semua disini ada documentary mengenai kejadian baby dari 1 week to 9 week.Bagi aku baby center punya documentary sangat bagus dan memberikan gambaran mengenai proses kejadian manusia ini.Subhanallah ..Allah Maha Besar.Allah Maha Kuasa.Remember !Parents need to read a lot and taking care of your pregnancy from your food intake,environment and media .




Love,
Pocketroket Ummi

Aku Hamil .Syukur.Alhamdulillah

Ceritanya bermula begini :-

Tatkala musim summer,aku pulang ke Malaysia untuk menyokong suami tercinta untuk kejohonan ACC di Velodrome Cheras pada bulan February yang lalu.Bukan itu juga,aku turut menemani suami aku untuk beberapa shooting untuk persiapan olimpik yang menjelang.Cuti yang kejap namun kepenatan sangat maksima.
Pulang ke Melbourne..Sesampai nya aku ke tanah air cehh ke Melbourne...tiba-tiba ada satu syarikat firma seni bina ingin mengambil aku untuk probation iaitu ala-ala training begitu..Aku sangat happy dan bersyukur kerana sudah lama aku menunggukan saat manis untuk mula bekerja.Jadi Suami akulah yang sanggup teman,kehulu kehilir dan sanggup tunggu aku dekat Cafe berhampiran kedai untuk menunggu aku interview.Alhamdulillah,Boss suka akan kerja aku dan bercadang untuk memberikan khidmat latihan untuk aku sebagai permulaan.

Menurut Boss,aku akan mula bekerja 2 minggu dari tarikh interview.Jadi dalam masa 2 minggu aku bertungkus lumus untuk mengikat kembali segala ilmu yang telah aku perolehi selama 5 tahun bergelar sebagai pelajar jurusan seni bina yang sangat payah ini.

Tiba-tiba dalam rajin aku mengulangkaji,aku dapat rasakan seolah sesuatu pada badan aku..Dan aku jatuh sakit ..Demam tak bangun2...Awalnya aku nk jmpa doctor tapi aku rasa aku boleh bertahan.Keadaan rumah jadi tidak terurus kerana aku tidak boleh angkat kepala akibat terlalu pening ..Kesian pada suami aku sebab balik training dia lapar,isterinya masih berada di atas katil.Aku cuba lawan sakit tapi pening nye terlalu kronik!

Boss aku yang baik hati membuat panggilan keesokkan harinya untuk memberitahu bahawa aku akan mula bekerja esok.Dalam keadaan yang tidak berapa OK,aku gagahkan untuk memulakan langkah baru mengutip segala pengalaman hari pertama di firma arkitek di tengah-tengah kota metropolitan Melbourne.Aku rasa bersyukur walaupun peluang itu sekejap namun ilmu yang aku kutip bersama orang2 putih cukup membuat aku mengerti akan keadaan sebenar bekerja yang tentunya jauh lebih berbeda dengan keadaan ketika belajar.

Esoknya aku demam balik dan kali ini benar2 tak boleh bangun.Tiba-tiba aku terlintas di fikiran bahawa period aku macam belum muncul lagi bulan itu...Adakah aku pregnant?Jadi untuk memastikan keadaan itu betul2..aku terus bangun tengah malam akibat asik nk terkencing saje..dan terus ambil pregnancy test kit...

Subhanallah..seperti tidak percaya yang aku nampak 2 line pada ujian hamil tersebut.Aku berada agak lama di dalam toilet dan terus berlari keluar dan memeluk suami sambil menangis.Suami aku yang sedang BZ membalas email,tiba-tiba binggung.Lantas aku cium di pipinya dan memberitahu suami yang aku hamil kandungan anak kami yang pertama.Keadaan ketika itu hanya Allah yang tahu betapa dramatis nya kami berdua.Berpelukkan sambil menangis kegembiraan dan mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kami berdua.Aku berasa sangat bersyukut kerana aku dapat bekerja sementara di Firma tersebut dan pada masa yang sama aku juga mendapat berita gembira tentang berita kehamilan ini.

Esok bangun pagi aku cuba sekali lagi dan Alhamdulillah..masih positif!Dan sungguh berbahagia sekali kerana suami yang aku cintai,telahpun menyediakan sarapan untuk aku dan memberikan segala kelengkapan untuk aku bekerja.Suami aku jugak,turut memberi bekalan makanan untuk lapik perut ketika berada di dalam office.



Sepanjang waktu aku bekerja,keadaan aku agak tidak stabil kerana aku selalu berasa pening untuk mengadap komputer dan aku alah kepada banyak benda .Setiap kali aku mahu mula membuat kerja mesti aku berasa pening dan mengantuk.Minggu ke2 bekerja aku sudah mula berasa mula-mual dan akhirnya aku muntah beberapa kali di pejabat.Keadaan aku agak teruk dan aku mula mintak off pada boss.Boss aku seorang yang memahami dan beliau mengizinkan aku balik sehingga aku betul2 pulih .Untuk menyedapkan hati boss aku pun dengan rasa gembira,terus memberitahu berita kehamilan ini.Alhamdulillah boss aku memberikan nasihat yang positif untuk aku.

Setiap hari pegi kerja dan pulang kerja ,suami aku akan menghantar dan mengambil aku..Jadi kami akan pergi makan malam bersama-sama.Antara benda paling ketara di awal kehamilan aku ialah,Aku tak boleh makan ayam!Ayam is my favourite..but i just cant eat ayam!Nandos adalah feveret food kami berdua..namun setelah pregant,Nandos adalah makanan yang aku x boleh cium dan boleh tengok..Setiap kali cium bau nandos aku mesti wek wek!Hehehe..Kasihan suami aku..layan kan aje sebab Nandos juga favourite beliau!
Disebabkan alahan tak boleh masuk dapur..suami ku yang akan masak untukku..kata Azizul masterchef..nanti entry berikutnya aku akan berkongsi pengalaman suami aku masak lauk isteri mengidam..Amacam?menarik tak?!

Diawal pregnancy,kami banyak mengunakan masa bersama-sama untuk membaca buku mahupun membaca Quran dan terjemahan.Banyak juga membaca buku2 perihal kehamilan kerana kami masih kosong dalam ilmu ini.Setelah hari demi hari ..Subhanallah sungguh agung ciptaan Allah SWT menciptakan manusia ye.Jadi aku sarankan agar ibu-ibu yang hamil mendekati Al-quran dan Sentiasa niat akan bacaan itu kepada anak yang dikandungkan.Semoga anak yang dilahirkan menjadi anak yang soleh dan solehah insya Allah.


Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Love,
Pocketroket Ummi

Sunday, June 17, 2012

Happy Father's Day and Im counting days to be a PocketROKET's Mummy

Happy Father's Day to all daddies out there.
We are proud to announce that our little PocketROKET's junior will be meeting Dadda and Mummy in Spring!
Im going to be a Mummy soon ..Please pray for PocketROKET's mummy,PocketROKET's baby and PocketROKET's dadda healthy and wealthy always !
Will love to share more about my Preggy experience being a PocketROKET's mummy '
Hope that our Baby Olympic will pray for Dadda to win GOLD MEDAL in Olympic LONDON.Bring Mummy and PocketROKET's junior to LONDON :) please ..



Im going to be a Mummy..Alhamdulillah..Syukur!!

Love,
PocketRoket's Mummy

Thursday, May 31, 2012

Pocketroket and juniors recovering session time



Eastern Beach is one of the amazing places at Geelong Victoria.With the nice scenery and beach really encourage ppl to visit the place often.The facilities and safety are really good!I experienced myself to swim in the cold water during summer.But can u imagine people swimming during cold weather?I think they are strong and full of energy.Pocketroket is one of them.



My PR is really happy and enjoy to swim in the cold water.I used to bath with hot water everyday and i cant imagine if i take the risk to be like him.Thats why people said,to be an athlete you must be a unique person than the others.It took about one hour for their recovering session and yes they are cold eventually.I thought they didnt feel cold at all.



After having their cold time in the water,now they want to see the beautiful scenery surrounding them.OMG!Its really cold and one of the juniors is not wearing any shirt at all.How unique ?!



The idea of creating a barrier between a safe place and dangerous place is really good.So that the visitors like us will be alert and conscious.For those,who are not willing to swim in this cold weather can just walk along the deck.



Cheer for them our Malaysian cyclists and AzizulAwang.From left,Fattah,Arfy,PR,Malek and Mimah.I really hope the juniors will cycle well and train hard to be one of world class cyclists in one fine day..Insya Allah...

TB


- Posted using BlogPress from my iPhone

shooting PR(pocketroket) at our small crib



Disebabkan waktu ke Olimpik begitu suntuk..Jadi segala jenis shooting haruslah dibuat di Melbourne untuk memudahkan Pocketroketman fokus for Olympic.Jadi pada suatu hari,datanglah seorang aussie ke rumah kami untuk shoot pocketroketman.Ulang sebutan pocketroketman sebab ramai gile dok cakap Roketpocketman..apekehenye?
Aku amat mengkagumi org aussie tersebut kerana beliau hanya datang seorang diri untuk membuat semua benda.Dialah cameraman dialah lightingman..all in one..kawasan rumah kami yang kecil digunakan seguna-gunanya untuk menghasilkan video yang cantik.







Setelah segala setting hampir siap,pocketroketman ketika itu sedang menghafal skrip dan tugas aku just mencatit number shot dan take yang keberapa.isnt that simple task and i will make sure antonasi yang dikeluarkan oleh PR betul sbb he speaks malay and aussiemate cant understand malay..




So wht he explained this and that to PR.To make the video looks smooth and nice.Yang penting client yang menyuruh puashati dengan video tersebut.




So yeah..light,camera,action PR is now ready !Look at the baju...thats the spirit!!hihihihi

TB

- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, May 30, 2012

Autumn at Carton Garden

Happy Autumn everyone.Now,in Melbourne is Autumn season .Boleh dikatakan sangat sejuk ..dan sejuk dan sejuk terlalu sejuk.Kami selalunya menggunakan waktu2 kami untuk berhibernate sahaja di rumah.Plus eletrik juga agak mahal kerana barang2 letrik udah mula digunakan secara berlebih-lebihan.Oleh itu,mari mengunakan elektrik dengan efisyen.Kesian abang pocketroketman kena bayar lebih...
Pada suatu hari,kami dikunjungi keluarga dari Geelong .Keluarga Kak Anis yang telah lama aku kenal kini mempunyai hanya beberapa bulan sahaja untuk tinggal di Australia dan akan pulang ke Malaysia for good.Oh sedihnya..satu persatu rakan-rakan pulang membawa diri ke Malaysia.Cuma Aku,dia dan wolksagen yang masih menetap di bumi Australia ini.
Bile mengenangkan cuaca yang tak menentu,mulalah rindu dengan cuaca Malaysia yang panas.Walaupun panas tapi ada hujan.Bagaimana pula dengan sejuk tetapi tetap hujan..gahhhh!!Sejuk sangat!

Kami berkesempatan untuk fefeeling bollywood sambil menikmati udara yang segar bugar.Time ni tak begitu sejuk plus lemak kat badan kini makin menebal so no worries if jalan without coat.kih kih kih.Thanks to MR cameraman.Actually,sejak dah berkahwin ni minat nk bergambar macam zaman-zaman muda mudi remaja dah kurang..Plus,badan pun makin berisi..ahhh i mencii tau!!
Tapi naluri manusia,kadang2 ada gak rasa nk fefeeling ....Jom tangkap gambar sendiri ..Dah lama x tangkap gambar sendiri ..ye la umur dah nk dekat hujung2 20an..Im wearing baju basikal ...cantik tak?can u see the bicycle or u cant?
Gambar potret keluarga ....uhuks ...now kalau tangkap gambar aku lebih suka suami cover duduk depan...Benda tu penting....mengutamakan suami kata orang..kahkahkah
Memang terlalu cantik sungguh pemandangan mata memandang di sekitar park ini.Luruhnya daun-daun Maple yang sungguh cantik Subhanallah.Ramai ibubapa membawa anak2 mereka berlari2 dan jatuh ke dalam timbunan daun.Aku juga mempunyai angan-angan untuk membawa anak-anak kelak kesini nanti.
Disuatu bahagian,daun masih belum luruh sepenuhnya ..Tapi pokok2 sudah menjadi kuning-kekuningan.Apabila semua daun gugur jadi tatkala itu lah Winter menjelma...
Seperti biasa....keyakinan diri untuk tangkap gambar tiada..kite tangkap gambar kasut dan daun pun jadilahhhhhhh +_________________+



Turut kelihatan City Melbourne,padan ini terletak di tengah2 kota Melbourne.Jadi selalunya apabila orang sudah habis bekerja mereka akan mengunakan masa untuk beriadah di padang ini.Terdapat banyak park di sekitar Melbourne.Namun,ini padang paling menawan aku rasa.!
Royal Exhibition Building-Museum Victoria ..terletak berhampiran dengan park tersebut.Building ini sangat gah dan kami belum sempat lagi untuk meninjau keadaan didalam kawasan ini kerna our intention hanya untuk pergi ke park.Mungkin,di masa masa akan datang kami akan mengunjungi Museum dan apa2 yang terdapat di sekitar building ini.

Pemandangan dari Carlton Garden mengahap Royal Exhibition Building.Selalunya,di dalam building ini terdapat pelbagai pameran-pameran menarik.Pun begitu ketika Master Chef Australia baru-baru ini pemilihan di buat di building ini juga.Mereka masih mengekalkan mutu seni bina building ini.Hall di dalam building ini digunakan untuk pelbagai acara.Kalau anda semua ingin mengunjungi Melbourne jangan lupa pergi ke park ini dan juga building2 sekitarnya ok!For more info about the place... Click here


Tya Boo

Sunday, May 27, 2012

2 minggu di Melbourne bersama Atok dan Tatah saya

Assalammualaikum..

How to Deal with a 3 Years Old kid if her parents are not around ..
Although she's older, when she's upset she's every bit as emotionally primitive as she was as a toddler.
So to handle with this.You have to make sure to have all these elements to tackle her heart and emotional.

Batrisyia Saffiya: Hye ..My name is Tisya.Im a stong little girl because i can follow my grandparents to Australia without my parents with me.Can anyone out there be so strong without crying like me.Im so happy and glad to be here with my cute auntie and also my famous uncle.Well,through out my journey in Melbourne,i behaved so well. Dont you think so? I wanna say thank you to my Tok and Tatah because without them i don't think i can be here.They also bring me to beautiful places that my mind couldn't imagine !Even sometimes i feel quite upset that my little brother is far away home,but i ll put all my memories in my mind so that i can tell from A to Z when i get back home.

1st of all,i didnt cry or even tantrum because they always give me a slice of chocolate cake....can u see my face? HAPPY :) My  mama loves to bake a cake.So without cake,i feel empty! Cake ! Cake ! Cake!
I rather eat cake than rice :)

2)Crepe with Ice Cream...Yummy!!! Crepe from Panache..I like to eat Ice cream..no matter with what.
Saya suka auntie saya dan jugak atuk dan tatah serta semua orang yang turut terlibat dalam berusaha memberikan kenikmatan kepada saya.Saya sayang mereka semua!

3)Rainbow Ice Cream ..My all time favourites...Bila says kemana-mana pasti Ice Cream menjadi pujaan says.Walaupun Tok dan Tatah saya melarang agar jangan makan ice cream terlalu ban yak..tapi saya mahu jugak..sebab kadang2 Tok dan Tatah tidak faham luahan naluri seorang budak kecil yang baru berumur 3 tahun seperti saya.Saya tidak mintak lebih..Saya cuma mahu Ice Cream saje...Saya akui di Malaysia saya belum pernah makan Ice cream seperti ini.
4)Colourful pancakes with Ice cream from Pancake parlour.Saya juga sangat bertuah kerana selain saya,Tok dan Tatah saya juga suka makan pancakes seperti saya.Pancakes ini terletak agak dekat dengan rumah Auntie saya.Jadi kalau terasa macam nak makan pancakes..saya akan cuba mengajak mereka makan bersama saya.Untuk memenuhi hasrat saya,saya akan menangis dahulu.Jadi pasti berjaya.Saya bukan suka menangis,Itu cuma taktik saya sahaja.



Haritu,,saya macam tiba-tiba kene mengikut Auntie dan Uncle saya pergi pasar malam dekat Melbourne.Pada mulanya saya tidak mahu ikut sebab saya dah biasa pergi Pasar Malam dekat Senawang.Tapi,sebab saya tidak mahu melukakan hati Uncle dan Auntie saya.Saya pun turuti.Tapi ,tu la,,kadang-kadang mereka ini tidak faham keluhan kanak-kanak seperti saya.Saya letih.Saya perlu tidur.Tapi tak mengapa,Uncle saya seorang yang kuat.Gambar dia ada dala susu dutchlady.Gambar uncle awak ada tak?Saya bukan nk menunjuk saya cuba mahu katakan sebabkan susu itu,Uncle saya kuat sampai boleh angkat saya dan saya boleh tidur dengan selesa sambil minum susu Dutchlady.
Find my pinkish dress..Girl loves pink!Believe me...This is what i love to be here.My Tatah and Auntie love to shop.They didn't shop for themselves but for me.Why me?Hehehe..because I'm the 1st cucu!


Saya juga turut terlibat dalama arena golf ini.Ini semua kerana Tok and Tatah suka main golf.Jadi untuk menjadi cucu yang baik,saya harus mula menunjuk minat untuk bermain golf.Walaupun Golf itu plastik.

Bagi mengatasi masalah kerinduan saya terhadap ibubapa saya yang berada di Malaysia.Tok dan Tatah telahpun membelikan segala barang2 kesukaan saya.Tentulah barang disney..Sebab dekat Malaysia saya dah tengok takde barang2 macam ini.Saya juga telah mengumpul semua stokin2 bercharacter disney.

Apabila bangun tidur,saya akan terus bermain wii.Ini semua adalah angkara uncle saya.Beliau sangat meminati games.Jadi tidak hairan lah kalau game seperti Dora pun ada dalam collectionya.

Kalau saya lapar,Tok dan Tatah akan mengikut selere perut saya.Saya suka makan nasi goreng ataupun mee goreng saje.Tapi saya tidak suka makan sayur.Kalau nak bagi saya makan,jangan bubuh sayur.Nanti saya tidak mahu makan.

Apabila waktu malam,kalau saya rindu kepada Ibubapa saya.Saya pasti akan duduk dalam bilik mewarna buku.Dengan membuat aktiviti ini,saya pasti akan fokus dan rindu itu akan hilang .Saya akan mula mewarna sebelum tidur.Jadi,mudah untuk saya terus tidur kerana aktiviti seperti ini kadang2 bagi saya mengantuk kelak.

Jika Tok dan Tatah nk shopping..saya memang tak kisah kalau nk ikut.tapi mereka harus ingat saya ini kanak-kanak 3 tahun yang sukakan mainan.Walaupun saya tidak boleh beli terlalu banyak mainan untuk di bawa pulang ke Malaysia tapi saya tetap mahu main2 machine jalanan seperti ini.Ini sungguh fun tau tak!

And yeahhhh!!!!Nasib baik..dekat dengan rumah auntie and uncle..ade playground yang saya sangat2 suka..!
Ini merupakan salah satu cara bagaimana nk kawal emosi saya dari ingat dekat mama n papa sayadekat Malaysia!Hari-hari saya akan mengajak semua orang untuk meneman saya pergi ke Playground.Kalau ikut kan hati saya tidak mahu menyusahkan diorang meneman saya.Saya boleh pergi seorang diri kerana playground itu terletak di depan rumah auntie saya.Tapi saya ingat kepada ingatan ibu dan bapa saya supaya takut kepada strangers.Dengan itu,saya pasti akan menyuruh auntie saya teman.Saya sayang auntie saya!Beliau sangat baik!

So yeah..im a happy girl ..been away from my parents about 2 weeks.I can survive yeah!
Because my auntie and my uncles gave everything that i needed.I ll assure to bring my little bro to come here soon to play in this playground...Now,i can dress up like an aussie girl ..


Bye bye everyone!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...