Showing posts with label Azizul dan Isteri. Show all posts
Showing posts with label Azizul dan Isteri. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Assalammualaikum 2015

Selamat Tahun Baru 2015
HAPPY NEW YEAR 2015

Masih di bumi kangaroo Australia untuk mencari sesuap nasi.Masih seperti biasa.Masih seorang suri rumah.Masih melayan karenah anak perempuan yang kini sudah pun berusia 2 tahun 2 bulan.
Ya Allah seriously lama sangat dah x update blog.Tetiba harini terpanggil untuk update blog untuk sekian kalinya.

TAMBAH ILMU
Nothing much ..setiap insan yang semakin berusia pasti ingin menjadi lebih baik.Semakin tua semakin menghampiri mati.Saya insan lemah dan perlu banyak lagi harus diperbaiki dan insya Allah medium blog ini di jadikan untuk kita sama2 berkongsi ilmu.AL-Quran nak di baca setiap hari..

BISNES DARI RUMAH
Dalam masa yang sama saya turut BZ mengkendalikan business online kami adik beradik .Kalau ada kelapangan boleh follow instagram kami tyaaz_ .. http://instagram.com/tyaaz_
Kami menyediakan perkhidmatan custom made shawl + skirt .So kalau u guys nak order tudung dalam kuantiti yang banyak atau pun sehelai.Boleh rujuk pada instagram tadi....

NAK ANAK LAGI
Amna pun dah genap 2 tahun.Saya baru sahaja bercerai susu dengan Amna.Saya bersedia untuk menambah anak seorang lagi kini (Ameen). Bila anak dah 2 tahun,senang faham apa yang kita cakap..boleh dengar arahan..walaupun kadang2 clingy dan tak faham apa yang dia mahukan...

AMNA KENA TAHU ALIF BAA TAA
Alhamdulillah bersyukur pada Allah.Seusia 2 tahun Amna sayang sudah pun tahu warna dan juga ABC.Tapi numbers dan Alif Baa Taa masih belum tahu sepenuhnya.Saya masih gigih mengajar Amna untuk hafal Alif Baa Taa cepat2 supaya dia boleh naik Iqra secepat yang mungkin.Masya Allah  i really want my daughter n son to be Hafiz and Hafizah.

NAK KURUS
Actually..Kurus tu macam dah bosan agaknye dengar..LOL ..still I'm still the same like ages ago ..tp husband said kalau preggy nanti kene kurus balik ..baik preggy dulu...sigh itu katanya.Insya Allah...Doakan ye ..")

ISTERI SOLEHAH
Dgr ckp suami sentiasa ....sigh

Itulah 2015.Semoga saya akan berjumpa dengan tahun 2016 dan ya Suami saya akan ke Olimpik sekali lagi mewakili Malaysia yang gemilang.Semoga rezeki memihak kepadamu sayang...Ameen!


Thursday, August 22, 2013

Part time hobby

Did i tell you that we finally find a hobby? The hobby that we can do together as husband and wife.
Taraaaa..decorating our lil princess room.Even she didnt sleep in her room at all but we did our best as her parents to fullfill her needs.




Abbi took place to stick all the stickers accordingly ..hmmmmmm
Then next day,ummi take off everything back and move them to different wall.
Why?
Because we have new little tree for Amna.




She loves the tree so much..




Can u see?




:)




Macam orang dah besar saje




End of product:
Taraaaaaaaa.Cantik tak?cantik tak?jenuh jugak nak nampak macm sepohon kayu daunnya rimbun.
Amna ingat Solat tiang Agama.Kalau tak semayang apa gunanya..




- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 20, 2013

Yayam is in oz now




Sneak peak of my Yayam today..four of us are now in Oz..including Yayam's uncle ..Yankle G ..Enjoy the clip my dearest followers.Will update more soon ok?House works are calling me gently ..hahaha missing everyone already :(
YouTube Video
- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, March 5, 2013

Amna Balik Kampung ohh ohhh Balik Kampung Part 2







Continue from my previous entry,

As we arrived at Dungun.....jeng jeng jeng Amna meet all her cute cousins.They are same AGE!
2 girls and a boy ...Lahir pada September,Oktober and November..pandai kan kami merancang?eceh
Nama boy ialah Afham,the girl next to Amna is Azzalea and my baby boo Amna Maryam.Memang best bile ade cousin sebaye boleh ajak main-main skali and berlumbe dpt brape A dlm upsr,pmr and spm kalau ade lagi la..sebab that what mummy did.


From left: Afham,Azzalea and Amna
Mengikut pandangan mata Ummi.Muke Azzalea and Amna ada rupa iras sesikit.
Nak tahu kenapa?Sebab muka Abbi Amna dengan Mama Azzalea sama.Mereka mempunyai kacukan Tok Ki Awang yang agak kuat.
Alololo so cute...masing2 tidor...alahh comel sangat!
Heheh..Amna tidor dalam senyuman.Mimpi apa lah agaknya tu kan?
Sambil2 tidur adalah penting untuk potong kuku kaki semua.Time ni Abbi je yang pro.
Tapi tika ini,semua benda dah kerja Ummi.Abbi dah mcm hilang skill plak!
Seronok tengok baby.Tambahan bila umur dekat-dekat ni adalah best sebab boleh tau mileage baby.So bile meniarap semua pun meniarap.Tapi gambar ni Amna masih baby..Now baju tu dah mcm x berapa nk muat sangat.Uhuks so sedey..cpt sungguh baby membeso.....

Amna Maryam membesoooo dengan susu ibu seratus persen.Susu Ibu susu yg terbaik.Tapi kenapa still ada orang x nk bagi susu ibu?uhuks...Sebab kalau kite bagi susu ibu pun,orang lain still boleh suap anak kite minum.Bagi bonding bersama orang lain gitu.

Haaa dalam banyak2 Tok.Tok Ki Awang Amna terror menyuap susu untuk cucu nye.Ikut zaman Umi dulu ,takde pon gmbr Tok Ummi suap susu.Kalau ada memori tidak didokumentasikan..hahaha Amna bertuah.Baby Alaf Baru.Kalau zaman Amna ada anak nanti ummi pun tak tahu lah camna teknologi zaman tu..


Amna berkesempatan disuap susu oleh Tok Ki Awang.Muke Tok Ki Awang sebijik muke Abbi.Kalau Abbi dah berumur macam tu lah agak nya muka Abbi..

Akibat time is limited.Abbi ajak adik bradik nye dan Tok Ma ke MESRA MALL.Kalau kat Terengganu MESRA MALL adalah di antara shopping complex yang paling happening.Ada wayang,bowling,food court yang mensajikan segala jenis makanan ..hahaha of coz la dah namapun food court.Tapi CHATIME memang confirm takde...

Amna dpt lah bermain-main dengan Afham didalam kerete.heheheh....

Afham comel.Afham banyak ikut muka Mama nye juga.Tapi Kakak Abbi ni x de muka macam Abbi sangat.Sebab tu Afham x de iras Amna sangat.
Amna with her Tok Ma.Amna baru 1 bulan time ni.Rambut pun baru nk lelebat.
Muka macam Abbi 100 persen!



Amna with her Auntie.

Sepanjang kami di Dungun,sehari demi sehari ada saje tetamu yang hadir ke rumah untuk melawat Amna.Mereka datang sambil membawa hadiah khas buat Amna.Thank you semua yang bagi hadiah buat Amna.Jasamu ku kenang.Kami just letak Amna atas tilam and Amna akan melayan tetamu yang hadir dengan bahasa nya tersendiri.Tapi paling mengkagumkan ialah dia suke respond dekat kakak.Anybody yang bawak anak2 sebaye kakak-kakak mesti Amna tengok and cakap2.
Boleh nampak Amna ni mcm peramah like her Abbi and Ummi? erkkkkk...

Itulah serba sedikit pengalaman Amna pulang ke kampung belah Abbi di Dungun,Terengganu...Tapi pengalaman yang tak boleh di lupakan ialah BANJIR!
Ummi pun 1st time mengharungi banjir.Kalau mcm Ummi ni..i feel so jakun kot tengok Air.Tapi Abbi mcm dah biase mengharungi Air itu.Bukan ape..kite rase mcm geli sikit.hihihi
Over kau jah!

So nampak tak kerete kami kat situ..and kene jalan masuk rumah melalui air tu..
Mampu?
Akak dah lalui...anda bile lagi..
Tapi mmg kaw kaw aku sental ngn detol.
hihihihi

Muah muah!


Thursday, February 14, 2013

Happy 3rd Anniversary Ummi and Abbi at Hard Rock Hotel Penang



Alhamdulillah....bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kami telahpun menyambut anniversary kami yang ke 3.Rasa mcm baru je Nikah.Kecuakkan menunggu tatkala di Ijab Kabul masih lagi terase..ecewah..tapi x leh lawan dgn cuak nk beranak babe!huhuhuhu..Well,sungguh cepat masa berlalu dan yang paling menakjubkan apabila mendapat rezeki untuk melahirkan anak sulung kami yang bernama Amna Maryam.Thank you Allah!!

Sepanjang tempoh kami duduk di Malaysia.Abbi memang duduk di MSN Kuala Lumpur dan both of us duduk di Ipoh la mana lagi.So yah..memandangkan our anniversary jatuh pada hari rabu jadi Ummi telahpun menempah penginapan semalam di Hard Rock Hotel Penang.Semperna anniversary kami.Semua orang cakap Hard Rock Hotel Penang best..so mesti la teruja untuk bermalam di sana bersama keluarga.Best gile wa cakap sama lu !Untuk menempah hard rock ..boleh just terus pergi kat website dia http://penang.hardrockhotels.net/ or book from agora.com ..Boleh tengok review.Sebab review itu penting!

Dalam memilih tempat yang sesuai.Saya lebih favour pada tempat yang ada kolam renang personal .Actually nak book Grand Lexis PD tapi macam jauh sangat.Since Ipoh cuma 1jam lebih sahaja ke Penang..Why not we try Hard Rock kan.Sambutan anniversary kami yang ke 3,di sambut penuh meriah  sebab my mom ,bro and my helper were joining us too.Tapi different bilik.Alang-alang nak balik Melbourne dah,kire percutian bersama keluarga la gitu.Awal-awal memang nak satu bilik kan semua orang.Gila kau!Anniversary  la sangat kalau macam tu..Berkampung kite di Hard Rock katanyah...

Nuff said,this place is happening!Sesuai la untuk pasangan muda yang beranak sorang mcm kami ni.Tapi yang bestnye kan..perjalanan kami ke Penang tidak sekali.Faham-faham je la,kalau orang yang suke pada sokan ..masakan mahu naik kerete tanpa membakar kalori.Pasti,basikal kenderaan paling efisyen utk suami smp ke destinasi gitu...Actually,kiteorg janji nak jmpe dkt Nibong Tebal,tapi ntah cmne suami boleh kayuh smp ke Hard Rock.Mampu?Meredah Penang Bridge!Perghhhhhh jangan tiru aksi ini ye...
Kami berjanji akan berjmpa dalam kol 12,since check in Hotel pukul 3 petang.Tapi alangkan tekejutnya bila bangun dari tidur.Suami bertolak pukul 7 pagi.Bangun dari tidur yang lepas subuh tu kan maklumlah kan mak-mak tak cukup tidur kalau ada baby kecil.Ahaks.Setiap kali tempat suami akan update.Alangkah tekejut beruk pabila dia beritahu yang lokasi beliau adalah di Butterworth..pehhhhhh memang kiteorg tekejut ..sampai takjub "gile cpt kayuh!!""kuat bebeno tenaga boleh kayuh di bawah terik mentari"....haaaaa so yeah bwk laju2 ..last2 kiteorg bertemu di Hard Rock .Akibat kelajuan pocketroketman tidak boleh dikejar dengan Estima....gituuuuuu Yang paling best katanya kayuhan itu demi Anniversary ke 3..Alolololo so sweet..tp isk bahaya la..maklumlah Malaysia kan drivers byk gegile...Me dont likey!Kan?

Hard Rock Hotel Penang,Batu Feringgi 



Alhamdulillah...kami lewat sedikit and suami yang berbasikal sampai dulu.Oh tengok gayaku dah macam mak-mak beranak 5 jek.Tapi tak mengapa saya memang tgh diet.Diet sambil gendong anak ..kau mampu?
Tunjuk Bagus tanda salute pada suami!Isteri mana tak salute kalau suami boleh bawak basikal dari Ipoh-Hard Rock macam naik motor babe!Amna Maryam kat belakang tgh praktis meniarap.Ala kuci kuci

Zoom in sikit muka si Manja Kami tu...


Alolololo cayang..Amna pun Excited macam Abbi dan Ummi nye.


Haaaaa....Kalau korang nk tahu...memang konpem kalau sampai ..letih berkayuh sume hilang...sebab feng sui !Sebab apa?Sebab bilik kami dikelilingi Air.Eh! no..Sebab bilik kami terjun2 ada swimming pool woooooo.Air itu dapat menenangkan jiwa.So kalau stress ke ape..tengok la kolam..confirm jiwa pasti tenang.Salah satu resepi kebahgiaan rumah tangga jugak..gitu..Kalau tensi ngn suami pegi kolam renang..confirm hilang...!kah kah kah

Gambar keluarga.Muka Amna Maryam banyak ikut sape?

Ummi pakai scarf radiusite ..Giteww
feeling-feeling Hijabisterrr sangat!Ya i know..i know ..(make a duck face).Amna Maryam sangat suke pada air.Memang zaman2 mengandung dulu..berangan nak beranak Amna dalam air.Tapi x jadi sebab kt Ipoh x tawarkan servis dalam air.Katanya kt Malaysia selected hospital je ade..Takpe adik2 Amna Maryam kite cuba dalam air plak kan..Serious,she likes water so much and boleh tgk kaki dia berenang sendiri dalam air..Ya Allah comel gile!

Boleh dikatakan kejakukan kami,kami terjun berkali-kali.Maklumlah nak mengunakan anniversary punya feeling.Kami akan gilir2 jaga Amna.Bila Ummi nak mandi,Abbi jaga.Tapi selalunya kalau turn Abbi jaga ,Abbi confirm tido punye.So to be save,Ummi mandi malam2.Baru lah orang x dpt nk tengok badak sumbu mandi.Tak gitu?kih kih

Fyi,Bagi sesiapa yang belum menginap di Hard Rock.Setibanya di hotel,mereka akan bekalkan jadual,Jadual dimana mengupdate aktivtis di hotel berkenaan.Obviously its Hard Rock.So more towards entertainment.Time-time nak ke malam diorang preview Movie from the pool .Memang tak lah saya nk layan.Maghrib kan..Ada baby plak tu..tak elok!

Panorama Bilik Hard Rock




Bilik Kami

From room to outside

When u see outside,u can see this guy!This guy is mine!huhu

This guy also is mine...Cozy sgt kan....sampai tertido Amna duduk atas kerusi camni

Lawa sangat2 lawa..and sangat tranquil ..Memang highly recommended untuk semua yang nk berholiday dengan family.Tambah yang nk sambut anniversary.Bilik die memang syok!Syok gile ok!


Pasar Malam dan Urut Kaki


Gambar keluarga lagi.Susah betol nk kurus.Haih!Benci dowh tengok gambar.Tapi takpa lah memandangkan blog pasal anniversary saya established kan jek.Lawa tak beg hakak?Auwwww

So setelah puas berendam ,tidur semua.Kami ke pasar malam seawal pukul 10malam.Jangan risau Baby x ikut.Kami mengpraktikan babydisplin ikut mat salleh.Orang putih bila malam diorang tak bawak baby jalan2.Even shopping for groceries pun lewat malam takda lah bawak baby.Cuba pergi MYDIN,TESCO pukul 10 malam tu tengok...haaa kauu anak siap bawak bantal tido dalam trolley.Eceh.Yes,hak individu.Tapi ,saya memang x nk dedahkan sangat malam2.Malam2 kat Malaysia plak tu...ihiks...so yeah..saya jalan2 kat Pasar Malam ala2 Uptown tu dengan my mom and adik.Suami x join.Die urut kaki.Tapi,kalau korang memang Malaysian.Agak kelakar la sebab pasar malam kat situ sume bangla yang jaga.Sedih!Lepastu tourists ramai gile..Sume kene tipu..Good Quality!Good Quality!
Tudung cap ayam Good Quality harga nk mahal.Tolong lah Online shopping lagi berbaloi!!!!!!
Gambar ni best sebab saya x pernah tgk org putih kubang kedongdeng beli Burger tepi jalan.And yes that org arab tu.Mamat arab tu kurang ajar sikit.Kiteorg order burger dulu,dia boleh nk potong Q.Oppssss Did i mention that im on DIET?ahhh persetankannyahhhhhh

So yes!Suami memang x join.Dia mmg x suke tempat2 camtu.Harapan lah kan kalau nk ajak dia pergi pasar2 malam yang lain.Ni pun nasib ada mak adik.Katanya,beliau puas hati urut kaki kat situ.Nama tempat tu Fish Spa something.Katanya mamat urut tu macam educated.Tak cakap kosong!Gituu kau!

Hard Rock Cafe


Gambar Keluarga-Teknik terbaru nak nampak kurus,Nyorok belakang suami.kompom nampak half slim.tsk tsk

Bila dah selesai semua,memang saya tahan perut.Konon2 nak makan special for anniversary berdua.Since ada orang boleh jaga Amna.Memang teringin nk makan special berdua .Steak!Yummy!Berangan..Sume berangan..Sampai2 bilik,suami x balik lagi dari Urut kaki.Lame noh!
Tunggu punya tunggu..yeahhh sampai!

Amna di jaga oleh Tatah dengan rapi.Im gonna miss u Tatah.Amna nak pulang ke Melbourne sudey!

Kami bergegas ke Hard Rock Cafe.Sampai saje.Punah!
Cafe dah tutup.Cuma ada live band sajok!
Dulu zaman-zaman belia..minat la dengan live band.Tapi dah jadi Ummi..
hmmmmmmmmmmmm gitu!
So kami mengopi je.Minum kopi jek kat Hard Rock Cafe.
Rupanya ramai gak orang celebrate anniversary dalam tu...Masing-masing buat wish nak band tu nyanyi for them.Termasuk lah kami!! hahahahahahahahahahah
Teman mengopi,my bro and my husband ..

Breakfast kt Hard Rock
Sedap gak...tapi overall breakfast kami paling suka One World Hotel.Serius Roti Canai die terbaik dari ladang!Kami just had a suam suam kuku breakfast.Amna looks happy accompanying us eating.
Omnomnomnomnomnom....Habis breakfast?
Makanan itu x penting...Tisu itu yang penting!Bukti Bukti kukuh saya bangun g breakfast.LOL
My comels.Dedua x mandi pagi lagi.


So,,,,lepas abis makan...........Kami terjun balik dalam Pool yang dekat balcony tu!!Best woo...Tapi Amna tidak digalakkan mandi,sebab sejuk.Pagi-pagi kan.Sian plak nanti demam..
Nampak tak badak sumbu terapung..mane ada weh..cume ade kat Hard Rock..abaikan yang gamba sexayy itu ,,,,oh plsss

Special Lunch 3rd Anni

Amna Maryam terlalu teruja join Ummi and Abbi Happy day!



Amna Maryam sudah mula mengantuk


Amna Maryam is so COOL!


Amna Maryam dah start dah..dah start dah



Alhamdulillah!Bersyukur kehadrat Ilahi!

Thank you Allah.
Now we are 3......im indeed so bersyukur dengan limpahan rezeki yang Allah kurniakan kepada kami.
Semoga ikatan perkahwinan antara saya dan suami kekal selamanya hingga ke syurga!Semoga Amna menjadi anak yang solehah dan kakak yangbertanggungjawab  mendidik adik-adik .Semoga kami menjadi parents yang terus belajar belajar dan sentiasa meningkatkan amalan dunia dan akhirat.Sayang sangat2 kepada suami is sukar digambarkan.Just take care of his food,attire,tidur and be a good wifey.Love cannot be described by words.By words can describe your Love

I Love my husband,Mohd Azizulhasni Awang so much!He is the best!



p/s:My little Hard Rock Girl is so tired.Accompanying Abbi and Ummi for their 3rd anniversary vacay.We love you sayang....Amna is the best gift from Allah!
Till then everyone....Byebye



Thursday, January 10, 2013

Happy Birthday Abbi aka Ayahanda Azizul Awang

Ayahanda Azizul Awang ...tecinta 
Apabila New Year menjelma selang dalam beberapa hari Birthday Abbi pun menyusul.Pada 5 January 2013,Kami celebrated birthday Abbi bertiga secara kecil-kecilan.Memandangkan Amna Maryam masih kecil dan Ummi Amna masih belum kecil-kecil eloklah kita kecilkan sahaja celebration itu.
Seperti tahun-tahun sebelumnya,Ummi terlalu banyak buat surprise dekat Abbi sampai kering idea nak buat apa untuk tahun 2013.Bertemakan "KECIL" so kita kasi surprise secara simple.trololololo

-:12 Malam,5 Januari 2013:-
Tepat pukul 12 malam,bertarikh 5 Januari 2013,Amna Maryam pun baru sahaja bangun tidur dan sungguh aktif dan Abbinye pulak dan-dan tidur awal.Mungkin dapat menangkap plan kami yang tak seberapa ini.

Kami berdua nyanyi lagu "Happy Birthday" dan Abbi bangun keriangan.Kah kah kah
Keriangan melihat telatah Amna Maryam yang sungguh segar dan happy tatkala Ummi nyanyi lagu Happy Birthday.Eheks.Ummi memang x nak bergambar.Bukan x mahu tapi belum bersedia.LOL

Sekadar sepotong cake secret recipe yang juga merupakan favourite Abbi,itulah yang Ummi mampu lakukan bersemperna Birthday Abbi yang ke 25.Nanti kalau Ummi dah kerja barulah Ummi boleh buat  benda yang best2 untuk cinta hati saya ..Tak kisah la apapun janji Allah SWT sentiasa mengekalkan kebahagian rumahtangga kami berdua.Disamping,kurniakan bakal adik-adik Amna Maryam yang soleh dan solehah .Ummi dan Abbi masih banyak kene tambah ilmu especially ilmu keibu-bapaan.



-:5 Januari 2013:-
Sekali lagi Ummi planned secara KECHIL.Abbi sangat sangat suka pulut kuning.Sebab kalau buat Cake ,mesti Abbi makan dua tiga suap je.Sometimes kalau buat cake,berbulan-bulan tak habis.So better la kite buat something yang dia suka.Tetibe teringat akan keterujaan Abbi kalau melihat "Pulut Kuning".Dengan budget tidak melebihi 10RM.You can get whole cake..opss pulut kuning dilengkapi khas "Rendang Dendeng MAMA yang fuhhhh sedap gells"
Surprise dilaksanakan oleh Chef Cilik kite,merangkap Auntie Amna Maryam.So beliaulah yang bertangungjawab menghias dan mereka pulut kuning tersebut.We all saje2 keluarkan pulut tersebut lewat2 sikit .Sempat birthday man,mengeluh..takde makanan special ke on his birthday..sobs

Memang Tekejut sebab tengah2 Abbi sedap makan lauk biasa-biasa sahaja.Lantas,Auntie keluar dengan menyanyikan lagu "Happy Birthday" buat kali kedua pada hari tersebut.Gituuuuuuuu.
Biar simple janji terhibur.


Akibat terlalu teruja dengan kehadiron "pulut kuning special"..
Abbi senyum sampai ke telinga.Actually Pulut kuning is his favourite food in universe.
Dah kata from Terengganu,segala jenis pulut merupakan favourite nye..tp kuning nye sticky rice paling   suka.Macam perempuan nampak bag tangan cantik.Abbi nampak pulut kuning macam tu lah..Happy bebenor atenye..
so yuk
birthday man tengah makan the yellow sticky rice happily.
oh yeh,Ummi x makan.
Control.Cuma sesuap sahaja.Gitu..

Anyway,
Selamat Hari Lahir buat kesayanganku..Semoga rezeki Abbi bertambah.Bersyukur kehadrat Ilahi
Allah SWT memanjangkan umur Abbi.Semoga ikatan kebahagiaan antara Ummi dan Abbi kekal untuk selamanya.I love you so much cinta!Im so sorry hadiah you for this year tak seberapa.
Maafkan daku.Aku cinta padamu!LOVE!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...