Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

Happy Birthday Abbi aka Ayahanda Azizul Awang

Ayahanda Azizul Awang ...tecinta 
Apabila New Year menjelma selang dalam beberapa hari Birthday Abbi pun menyusul.Pada 5 January 2013,Kami celebrated birthday Abbi bertiga secara kecil-kecilan.Memandangkan Amna Maryam masih kecil dan Ummi Amna masih belum kecil-kecil eloklah kita kecilkan sahaja celebration itu.
Seperti tahun-tahun sebelumnya,Ummi terlalu banyak buat surprise dekat Abbi sampai kering idea nak buat apa untuk tahun 2013.Bertemakan "KECIL" so kita kasi surprise secara simple.trololololo

-:12 Malam,5 Januari 2013:-
Tepat pukul 12 malam,bertarikh 5 Januari 2013,Amna Maryam pun baru sahaja bangun tidur dan sungguh aktif dan Abbinye pulak dan-dan tidur awal.Mungkin dapat menangkap plan kami yang tak seberapa ini.

Kami berdua nyanyi lagu "Happy Birthday" dan Abbi bangun keriangan.Kah kah kah
Keriangan melihat telatah Amna Maryam yang sungguh segar dan happy tatkala Ummi nyanyi lagu Happy Birthday.Eheks.Ummi memang x nak bergambar.Bukan x mahu tapi belum bersedia.LOL

Sekadar sepotong cake secret recipe yang juga merupakan favourite Abbi,itulah yang Ummi mampu lakukan bersemperna Birthday Abbi yang ke 25.Nanti kalau Ummi dah kerja barulah Ummi boleh buat  benda yang best2 untuk cinta hati saya ..Tak kisah la apapun janji Allah SWT sentiasa mengekalkan kebahagian rumahtangga kami berdua.Disamping,kurniakan bakal adik-adik Amna Maryam yang soleh dan solehah .Ummi dan Abbi masih banyak kene tambah ilmu especially ilmu keibu-bapaan.



-:5 Januari 2013:-
Sekali lagi Ummi planned secara KECHIL.Abbi sangat sangat suka pulut kuning.Sebab kalau buat Cake ,mesti Abbi makan dua tiga suap je.Sometimes kalau buat cake,berbulan-bulan tak habis.So better la kite buat something yang dia suka.Tetibe teringat akan keterujaan Abbi kalau melihat "Pulut Kuning".Dengan budget tidak melebihi 10RM.You can get whole cake..opss pulut kuning dilengkapi khas "Rendang Dendeng MAMA yang fuhhhh sedap gells"
Surprise dilaksanakan oleh Chef Cilik kite,merangkap Auntie Amna Maryam.So beliaulah yang bertangungjawab menghias dan mereka pulut kuning tersebut.We all saje2 keluarkan pulut tersebut lewat2 sikit .Sempat birthday man,mengeluh..takde makanan special ke on his birthday..sobs

Memang Tekejut sebab tengah2 Abbi sedap makan lauk biasa-biasa sahaja.Lantas,Auntie keluar dengan menyanyikan lagu "Happy Birthday" buat kali kedua pada hari tersebut.Gituuuuuuuu.
Biar simple janji terhibur.


Akibat terlalu teruja dengan kehadiron "pulut kuning special"..
Abbi senyum sampai ke telinga.Actually Pulut kuning is his favourite food in universe.
Dah kata from Terengganu,segala jenis pulut merupakan favourite nye..tp kuning nye sticky rice paling   suka.Macam perempuan nampak bag tangan cantik.Abbi nampak pulut kuning macam tu lah..Happy bebenor atenye..
so yuk
birthday man tengah makan the yellow sticky rice happily.
oh yeh,Ummi x makan.
Control.Cuma sesuap sahaja.Gitu..

Anyway,
Selamat Hari Lahir buat kesayanganku..Semoga rezeki Abbi bertambah.Bersyukur kehadrat Ilahi
Allah SWT memanjangkan umur Abbi.Semoga ikatan kebahagiaan antara Ummi dan Abbi kekal untuk selamanya.I love you so much cinta!Im so sorry hadiah you for this year tak seberapa.
Maafkan daku.Aku cinta padamu!LOVE!


Sunday, October 28, 2012

Birthday Celebration at Menara KL





Assalammualaikum..WBT

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua ..Hari Raya Aidiladha kali ini memang sambut di rumah sahaja..Masjid pun dah tak pergi dek akibat tak larat sesangat membawa badan yang sangat berat....Hows your raya?


Happy Birthday to me .....


Cepat sungguh masa berlalu...rasanya baru sahaja lagi celebrate birthday last year dekat Melbourne..dengan sajian Seafood and cake buatan khas suami tersayang! Berserta hantaran bunga delivery dan beg tangan !I love u yayang

THIS YEAR is the awesome year...
because I'm pregnant and we celebrated my birthday bertiga ..
a day before birthday my husband has a talk show with Dutchady on NTV7..including Pandelela Rinong and both mothers.The event only for a day so i just spent my time in the room and luckily my BFF,Bedot nak datang ke Sunway Pyramid and meet me there! Woots

When u r pregnant u really need a lot of time on your own ..seriously..i really hate to meet people to social to meet new people and bla bla bla..Maybe antara factor nya ialah badan makin berat,dan MALAS nk jumpa siapa-siapa ...so memang selalunya kalau my husband ada event i just accompany him but i just stayed in the hotel room ..huhuhuhu..so then u can have the lavish feeling when u r in the hotel room rite?

Memang agak lama ,saya x berjumpa dengan rakan seperjuangan Bedot.Kami memang rapat semenjak dari Matrik lagi.Semua rahsia saya dan semua benda kami share bersama.Bedot adalah orang yang paling saya sayang!She is funny and funny and funny.She works as a lawyer ..and now i think she already works with Gomen tapi I'm not really sure spa jawatannya...My friend still single..so kalau ada siapa2 nak ngorat u can direct message to me..:)

Boleh  dikatakan semua rakan-rakan seperjuangan dah berjaya berkerjaya..saya tumpang bangga...dan Alahmdulillah rezeki baby dalam perut untuk makan Bubba Gump dengan Auntie Bedot...sebab memang saya sangat2 mahu makan Bubba Gump pun!gituuuuuuu


Alkisahnya..saya ingin berkongsi pengalaman manis+pahit yang sukar saya lupakan tatkala saya menyambut hari kelahiran yang ke 27 tahun ....Sungguh teruja apabali suami tiba-tiba bersiap dan mengajak saya ke Kuala Lumpur pada minggu itu..


Boleh dikatakan every week husband will drive to KL ..and this time dia ada function with #Dutchlady .so now ,kalau ada function i preferable to stay in the hotel..kalau dulu boleh la nk teman tgk dia shoot ke apa smpai habits..now tidak lagi ...hi hi hi ...So,selepas selesai event tu...suami menyuruh saya pakai baju sedondon dengan nya..walaupun bilangan baju mengandung sudah makin limited akibat kebesaran badan yang drastik ...namun,berjaya jugak ye ...menyendondon kan baju kami ...sweet sangat!

Menara KL

Drive punya drive ...last2 destination GPS menuju ke " Menara KL " ..seingat saya ..i went twice to Menara KL itu pun dah lama zaman kecik ...berbeza dengan suami,dia memang langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke Menara KL ...Jadi ,memang boleh di lihat dari mata kasar...suami saya senyum sampai ke telinga pabila smpai ke ruang legar Menara KL ...Kami di sambut baik oleh staff Menara KL ..membawa kami keliling satu bulatan building tersebut.Tampak terdapat banyak kedai cenderahati dan kedai2 dari Middle East.Harummmm ...Bau minyak attar !

Sebelum kami naik ke atas....kami sempat berposing,dan saya sempat untuk ke Toilet untuk melawaskan perut..huhuhu....terdapat surau yang agak selesa...tapi saya lebih selesa untuk bersolat di Hotel sahaja memandangkan saya agak allergic kalau pinjam telekung yang berbau ..tak kusyuk solat menahan bau..

Lift Stuck

Kami terus melangkah ke lift dan ke kaunter Restoran Atmosphere 360,restoran berputar menara kl gitu ...dan yeah my husband did a reservation ..and saya sangat teruja dengan usaha gigih suami ku ini ..I love you so much Yang ...dalam lift,memang kelihatan suami begitu happy..senyum ..senyum..senyum manja ...nak di jadikan cerita pulak,dalam lift tu cuma kami berdua ...so lagi la romantik gituuuu!!Semakin tinggi Lift ,semakin sakit gegendang telinga ku ...tiba-tiba setelah sampai ke tingkat yang diterajui ...Lift tiba-tiba berhenti dan x bukak-bukak pintu ...Awal-awal kami anggap benda ni normal ...tapi setelah 10 minit masa berlalu,suami terus contact technician dan menanyakan perihal lift tersebut...memang betul jangkaan kami .."LIFT STUCK" ..Bayangkan la muka suami yang ceria tiba-tiba jadi tension dan panik memikirkan tentang saya dan kandungan ..Actually,saya ok je..tapi rasa kesian pada suami kerana mood beliau tiba-tiba hilang 100 percent akibat kejadian tersebut..dan seriously i can see my husband effort to let us out ...tapi still kiteorg kat dalam memang cannot do anything ..just berserah pada Allah dan mendoakan yang terbaik untuk kami ...




Hampir 30 minit berada di dalam Lift,akhirnya atas kuasa Tuhan yang Maha Esa,pintu lift tersebut terbuka dan kelihatan ramai technician yang berada di luar pintu membantu kami ..Suami berterima kasih,dan sempat memberikan pesanan "ikhlas" kepada para pekerja di Menara KL..Memandangkan Menara KL salah satu tempat pelancongan di negara kita...




Agak kelakar apabila Berita sebegini masuk paper jugak :)

Restoran Atmosphere 360



Walaupun dalam hati masih berasa tidak puas hati dengan masalah lift,tapi kami tetap mampu melemparkan senyuman kerana tanak spoil kan hari kami..ceh gituu...Masuk sahaja ke dalam Restoran tersebut...terasa agak teruja dengan interior restoran tersebut .Seolah-olah berada di ruang angkasa sambil melihat panorama 360 darjah Kuala Lumpur.Suami ,menyuruh saya duduk sahaja dan beliau mengambilkan makanan dan segala-galanya.Dek akibat,trajedi lift tersebut,kami tiba-tiba menjadi famous..dan pihak Menara KL banyak kali dtg kepada kami dan memohon maaf dan memberikan cenderahati .Actually maybe sebab Azizulhasni Awang kot..Cuba saya jek yang stuck..?huhu..haaa ..
So ,makanan sangat banyak dan terdapat jugak local band yang memperdendangkan lagu2 berunsurkan Jazz yang agak memberikan aura romantik ...

Ketika duduk seorang diri,sambil melihat pemandangan KL yang diserikan cahaya ..saya amat-amat berterima kasih kepada Suami yang sanggup bersusah payah membuat kejutan istimewa buat saya sebegini rupa...Selama ini,kami just celebrate kt Melbourne tp Melbourne nk dapat makanan halal agak susah untuk kedai2 Fine Dining seperti ini ..Saya panjatkan kesyukuran juga kerana Sambutan Birthday kali ini , di sambut bertiga ...dengan baby dalam perut yang sangat aktif tendang menendang ..

Hidangan agak melazatkan ..boleh pilih apa jenis makanan ...tidak mengira jenis ..u can eat anything as long u pay!Sambil menjamah makanan,,,boleh di katakana setiap minit,ada sahaja lagu "Happy Birthday"di dendangkan oleh Band tersebut yang turun ke bawah menyanyi mengelilingi meja.Actually,dalam hati tanya gak "Adakah next turn aku?" huhu.....

Surprise!!!!!


Tunggu punya lah tunggu macam x ada je....Saya pun dah visit toilet kerap sangat dan kekerapan visit itu sudah menyebabkan hati meronta-ronta nak pulang ke hotel ...huhuhu...Suami suruh tunggu dan tunggu katanya untuk melihat pemandangan KL yang jarang-jarang di lihat dari ruang angkasa...Jadi saya pun layankan je lah...Boleh di lihat,orang makin lama makin sedikit meninggalkan restoran tersebut....Apabila ,restoran berputar betul-betul di hadapan KLCC..Kedengaran orang mendendangkan lagu "Happy Birthday to Athiah Ilyana" ...auchhh .......Dari belakang mereka hampiri dan membawakan cake coklat ..

Terasa diri sungguh berharga ...serious x tipu ...cehh ..dan mereka juga menyuruh suami mendedicate lagu buat isteri ..dan mereka akan menyanyikan on the dot ...gituuuu..Jadi lagu yang didendangkan adalah lagu "You are my everything" pilihan isteri sendiri sebab lagu2 pilihan suami tak begitu Jazz untuk didendangkan ....apa-apa pun terima kasih banyak-banyak buat suami ku yang tersayang atas kesungguhan buat macam-macam untuk saya.Next,gonna be my D-Day..

D-Day is coming up soon....



Doakan saya dan baby selamat...Saya kalau boleh nk sangat-sangat beranak pada 1 november 2012,,sebab tarikh tersebut sama birthday dengan my mom's birthday..Makbulakan laaa doaku ini ya Allah ....

Monday, March 5, 2012

5 January 2012


Alhamdulillah,bersyukur kehadrat ilahi kerana memanjangkan umur insan yang aku sayangi sentiasa sehingga akhir hayat ku,suamiku.AMIN.
Entry ini sebenarnya sudah bersawang 3 bulan lamanya.Pun begitu akibat mendapat ..actually terlalu banyak orang miss my BLOG..so,saya mencari the best topic to tell all of you.Ya Allah,actually,terlalu banyak.
Pada tanggal 5 January 2012..merupakan ulang tahun suamiku.Kalau nk di kira this is my 2nd time celebrate his birthday on the date.Sebab selalunya obviously he has some other things.Tapi,FYI,Athlete ni dia tak ingat sangat birthday2 ni..and tak rasa important pun nk celebrate pape.I dunno la if suma atlit memang mcm ni sbb they think about competition saje..nonetheless..!Walaupun begitu,tetap..kene la celebrate kan even he doesnt feel like celebrating *sigh

The chocolate cake obviously is everyone favourites.So the special cake is not from me.I didnt bake this cake .LOL..My friend did this.It was absolutely fantastic and beautiful .The taste also quite sedap.

Actually what I was planning before is to make surprise .But,some things happened so x jadi nak buat surprise sangat.Tapi still boleh consider as surprise sebab kita wake him up from sleep!Oh no!!
Nak di jadikan cerita,malam birthday ,my husband sleep so well,so memang kite purposely suruh dia tido awal sebab nak ragging ..hihihi 
Oh nampaknya jam sudah menunjukkan pukul 12 tgh malam.We take the cake from the fridge and try to walk slowly infront of him ..
Cake sudah hampir melting sebab empunya badan tidur nyenyak sekali.Letih barangkali dengan latihan untuk ke Olimpik.Oh yeah.Kami cuba nyanyi lagu birthday sekuat2 yang boleh.Pun begitu,tidur masih nyenyak.Lantas,saya dan adik-adik saya gelak sekuat2 nya kerana tidak menyangka surprise nyanyian birthday yang telah berkumandang selama 5 minit tidak di endah oleh Birhday Boy.Dari perasaan utk membuat surprise tiba2 bertukar menjadi jenaka..Pabila lilin yang kami pasang dah hampir habis akibat birthday boy tidak terganggu dengan kebisingan kami.I want to publish the video if i could tp i was so over laughing ..so x jadi..So akibat suami susah gile nk bangun,I woke him up and asked him to blow the candles ..itu pun dia still mamai2 ..and still intai2 tidur ..ahaks ..Jadi ,lepas ni dah x boleh la buat surprise kejut bangun sebab tidur agak susah nak bangun kalau bukan time dia bangun LOL.
Dalam keadaan yg mamai...Saya hulurkan hadiah untuknya.Dengan mamai2 itu lah ,suami masih boleh memberi senyuman kepada kami .Susah2 jeh buat semua ini .(Saya budget suami saya akan berkata begini) Oh rupanya saya silap .....Suami terus mengajak kami pegi ke living room untuk Makan cake itu bersama-sama. :D (Nampaknya sudah tidak MAMAI) pfffft

Dengan berkain pelikat la la la la kain pelikat la la la ..Sekali lagi kami menyuruh birthday boy atau pun birthday man untuk memotongkan cake lantas menghulurkan setiap potongan kepada kami.
Ini moment paling indah bilamana suami meyuap saya makan cake tatkala tgh malam.Eating cake can make u slim? hahah..Thats why susah gila aku nk kurus...
Kemudian?
Saya rasa saya mahu satu potongan cake untuk saya jua ..Mana aci semua org dapat kecuali isteri yang mithali ini ...kerana cake tetap menjadi cake.Idaman kalbu semua orang...

Happy Birthday Sayang.Semoga Allah memanjangkan Umur dan mengekalkan keharmonian rumahtangga kita selamanya.Aku cinta padamu Sungguh!


Tuesday, November 1, 2011

Eating again with hubby and another suprise +___+

 (Nyanyi ikut nada kereta kecil warna merah) Ready!! 1,2,3 
"Hari itu setelah suamiku pulang dari Sydney
..suamiku dapat cuti sehari..suamiku ngajak pegi CITY
..boleh la aku makan lagi....pom pom pom pom pom pom pom .."
Makan la Tya Jangan Tak Makan...!

Introducing:-
Our Milkshake Vanilla from Almaro Cafe
 Rainbow Ais Kerim ...

Suami yang sungguh baik hati mengajak saya pergi ke CITY untuk makan-makan katanya....Jadi saya pun turuti kehendak suami yang ku cintai itu...Jadi kami makan makan dan makan dan berdating seromantik yang boleh.Oh seronok sungguh...Memang I love you so much la!Dah lame dah x dating dua orang romantik2 camni..sebab dah lame x keluar rumah! T___T

 Dan agak lama jugak saya dah x jadi vain tangkap gambar sendiri...kikikiki..Ok jadi untuk umur yang sudah tua mari kita jadi VAIN..sbb kalau org lain tangkp gambar opcozzzz nampak gems!Jadi tangkap gambar sendiri boleh cari tempat spot kurus...huhuhu....Terima Kasih buat semua yang suka pada tudung itu!Tudung itu dibeli oleh suami saya tatkala kami berhoneymoon di kota suci Madinah Al-Munawwarah.Memang cantik dan sayang nk pakai selalu sebab colournya begitu menarik.(zaman-zaman bercinta suami I cakap,dia suka lesung pipit jadian itu) lololo ...tapi bila badan makin berisi lesun pipit jadian sudah tidak muncul lagi...kenapa?hmmm lu pikir la sendiri ..!
 Alololololo tomey....ini suami yang saya cintai sangat2!Suamiku yang baik hati dan sangat penyayang!sangat sangat sangat semua lah!And opcoz he is a strict person ever!Jadi,harus patuh segala apa suruhannya...I really adore n love this guy forever and ever.....My hubby really2 love this restaurant...sebab dia sangat suka menu makanan yang di jamah itu!Jadi,sebagai seorang isteri yang masih belum bekerja dan masih belum mempunyai cahayamata.Haruslah saya berusaha untuk belajar masak menu kesukaan suami ....insya Allah!

Jad,kami pun nom nom nom nom .....Suami nom nom nom tak ngape sebab dia burn balik once dia pergi training...tapi isterinya gimana sik??Dahulu sebelum kahwin,memang la kurus (kurus la jugak dari sekarang) sebab jarang makan...bila dah kahwin...suami i kuat makan ..jadi!Diet menjadi sia-sia....Walauapapun...yang penting suami cakap,jaga kesihatan and exercise selalu....



OK dah habis makan..................Suami yang kenyang tiba-tiba mengajak kite pergi satu tempat yang saye sangat2 mahu acapakali lalu di jalan tersebut.Kami pergi ke COLLIN St.Di mana terdapat ribuan kedai2 berjenama hebat ada di jalan tersebut.Bila sudah kahwin,saya dah kurang pada jenama-jenama mahal sebab memahami duit susah nak cari.Jadi kesian jugak pada suamiku...Last handbang was my Burberry..itu pun hantaran perkahwinan ...yang saya sangat2 sayang...........!Suami saya jugak berpesan...kalau nk pakai barang2 berjenama biar kite dah ade duit banyak sikit baru boleh now we need to save for our future and kids!Oh my husband ur my hero!Walaupun suami saya berumur muda dari isterinya,pemikiran beliau dan pandangan beliau sangat mengalahkan org tua dewasa.Itu yg membuatkan saya sangat sayang pada suamiku!


Nak cakap terharu x terharu..suami sekali lagi membuat kejutan ...beliau telahpun membawa saya ke sebuah butik idaman ramai ...mmg saya x pernah langsung menjejakkan kaki ke dalam butik tersebut setelah 3 tahun duduk di Melbourne.Segan u olss!Jadi ,this time my loving husband said " you can choose any hand bag and shoes u want for your birthday and your convocation gift"

 Jadi sebagai seorang isteri,saya SPEECHLESS and serious tak tahu nk pilih yang mana....memang menjadi igauan mana-mana perempuan pada BAGS yang malatop!Alhamdulillah...rezeki tahun ini untuk dapat hadiah sebegini .....I really2 love u my husband..!thank you so much!Suami saya amat memahami saya...Walaupun saya dah dapat offer bekerja di Kuala Lumpur,namun demi tanggungjawab sebagai seorang isteri..saya harus akur untuk mengenepikan offer tersebut dan berharap agar rezeki akan muncul di bumi kangaroo ini! Amin

 Thank you again to suami sayang!I really really really love this thing!And i got the Card from the shop too!Yang paling best.....ada nama kat Bag kite!!yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Alhamdulillah..Syukur!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Harumnya bunga roses merah





On my bday,hubby was not here.He was in Sydney for his GP !
I went to the gym in the morning and was really shock to see the beautiful flowers after got back home!!Thank you sayang!!!!Actually,dapat rose semalam time makan tu pun dah rase best..now a big bouquet ..Tuhan saja yang tahu betapa kuatnya i jerit.....Aku berdoa kepada tuhan yang Maha Esa,agar hubungan cinta ku dan suamiku berpanjangan dan di redhai Allah sehingga ke syurga.Suami masih buat the best for me for my bday walaupun beliau mempunyai banyak hal untuk di uruskan..Saya sangat2 terharu dan bersyukur dengan ketentuan Allah SWT kepada ku...Amin!Semoga Allah memurahkan rezeki kami sekeluarga dan melindungi kami ...Amin



Well,Apart from that,Alhamdulilah saya masih mempunyai rakan-rakan yang sangat baik hati untuk menemani tatkala hari tua walaupun suami tiada di sisi.We went to a place called Williamstown Beach for picnic!Even most of my darling friends no longer in Melbourne tp still ada a few friends yang masih study.






so nom nom nom ....
seperti biasa ...makan itu best..sapa yang cakap makan itu x best mmg gila!
sebab tu saya memang susah nk kurus.
walaupun pergi GYM sekalipun...
uhuk uhuk uhuk
tp demi suami!Aku haru tegar menjaga kesihatan yang hakiki
untuk itu..mari makan BBQ ayam lemon

dan cha keaw tiaw!


Yummy!Yummy!Yummy sangat kan...........

Monday, October 31, 2011

Number 8 restaurant -Birthday Dinner-




Masih lagi bercerita pasal Birthdayku....Seperti kebiasaan..makan malam special..Haruslah Wajib!Jadi Suami membawa saya ke sebuah tempat yang amat menarik dan romantik di depan Yarra River.Restoran yang bertapak di Crown merupakan antara Restoran Seafood exclusive yang jarang saya nk masuk.Tapi sebab suami nak berlanje mari kite makan sahaje....

Number 8 seafood platter:- a selection of natural and cooked oysters, scampi, smoked salmon, scallops, whole market fish, prawns, poached mussels and Moreton Bay bugs.




Menu yang tampak Halal (seafood semuanya halal) adalah Menu yang kami order.Seafood platter,di mana cara masakan neutral semuanya hanya di steam ...Memang sedap..and terlalu sedap...Seafood yang dimakan terlalu fresh!Tapi,nak makan Oyster begitu sahaja i dont think i can..Tengok saja Mr Bean dalam Mr Bean Holiday..dia pun buang aje Oyster yang berasa sungguh wek wek wek....Oh no!me dont likey!Tapi kalau Mussels,,,auhhhh sedap ok!
Sambil kami makan-makan,ada orang lalu lalang depan mata sambil membawa sekuntum bunga untuk di jual.Lantas,suami yang saya sangat sayang..terus memanggil lelaki tersebut dan menghadiahkan sekuntum bunga itu buat saye...Terlalu happy!!!!!Bunga Ros Merah dari seorang suami yang saya sayangggggggggggggggggggggggggggg gile!
Jenuh jugak kami nk menghabiskan seafood tersebut.Walaupun nampak mcm seafood aje..tp makan2 sikit2 lame2 dah kenyang...Jadi pinggan tingkat terakhir kami x dapat nak habiskan....sebab terlalu kenyang!!!Was rushing sebab nk solat maghrib....


Love U sayang!

Sunday, October 30, 2011

Birthday's 26



The awesome birthday cake from hubby to a wife

Yes!im 26 this year and i have 4 more years to reach 30!How cool is that?Alhamdulillah,im thankful and bersyukur kehadrat Ilahi bcoz i still can celebrate my 26th birthday with my beloved hubby n friends.Ucapan terima kasih yang tak terhingga buat suamiku yang berusaha keras untuk menyiapkan sebiji kek yang sedap!Actually,i was requesting the cake at 1st,tp x sangka pulak suami memang nk buat betul2!I really really really love u my darling husband!



- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, October 1, 2011

7 days more to celebrate my B'day



Nothing much i can say...im getting older...year by year...Last year,i celebrated my birthday alone with a lot of works waiting for my Master Class and Hubby was in Commonwealth Games.This year?Im not pretty sure where he is.Because his schedule is really full.I admit myself that i will feel sad on my bday..But what else u can expect...Life must go..we have to create our own life ..whether its gonna be straight or curve ..

Wednesday, October 27, 2010

another more present from Asisul !!

Tiada pengalah,semuanya pemenang...
itulah ungkapan VINCE tatkala dinomiated as pemenang AF musim 1.
well i believe itu juga dilaungkan oleh para atlit ...terutama atlit yang penuh dengan kesabaran setelah emas terpaksa di serah kepada rakan sepasukannya..........cehhhhhhhh

cite sedey pulak!
Anyway!!INI MEDAL milikku?!
FYI,my husband vow to me that he gonna do the best for Delhi Commonwealth Games ..as im promising him too to struggle hard for my final design.Well,Indeed!!during my birthday ..My husband has won BRONZE for MALAYSIA.!!This is the time that all Malaysians are waiting for...a medal from my dearest husband,Azizulhasni......after disqualified from his 1st event..I believed,everyone is quiring..why and how this thing happened?Anyway,its all written by God..so we as a slave have to admit it!and patient and will do the best for the next event..and i'm confident that my husband will repay and redo the best in ASIAN GAMES soon!!!!

Apa-apapun,im sooooo surprised when he said this BRONZE medal ..is actually dedicated to me for my birthday!its was awesome...IM 25th years old and i have medal from Commonwealth Games....wooooooooooooowwwwwwwwwwwwwwwwwwwww!teruja ok!!!sangat tidak boleh dibilang dengan uwang!
Hanya appresiasi dari seorang isteri terhadap suami yang hebat...I LOVE YOU YANG!!
speechless and doubtless!



Tolongla sayang!!!jangan la sweet sangatt!!!
i totally sangat2 terharu ok!!
sangat-sangat!
iehhhhhh cintanya padamu!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...