Sunday, October 28, 2012

Birthday Celebration at Menara KL





Assalammualaikum..WBT

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua ..Hari Raya Aidiladha kali ini memang sambut di rumah sahaja..Masjid pun dah tak pergi dek akibat tak larat sesangat membawa badan yang sangat berat....Hows your raya?


Happy Birthday to me .....


Cepat sungguh masa berlalu...rasanya baru sahaja lagi celebrate birthday last year dekat Melbourne..dengan sajian Seafood and cake buatan khas suami tersayang! Berserta hantaran bunga delivery dan beg tangan !I love u yayang

THIS YEAR is the awesome year...
because I'm pregnant and we celebrated my birthday bertiga ..
a day before birthday my husband has a talk show with Dutchady on NTV7..including Pandelela Rinong and both mothers.The event only for a day so i just spent my time in the room and luckily my BFF,Bedot nak datang ke Sunway Pyramid and meet me there! Woots

When u r pregnant u really need a lot of time on your own ..seriously..i really hate to meet people to social to meet new people and bla bla bla..Maybe antara factor nya ialah badan makin berat,dan MALAS nk jumpa siapa-siapa ...so memang selalunya kalau my husband ada event i just accompany him but i just stayed in the hotel room ..huhuhuhu..so then u can have the lavish feeling when u r in the hotel room rite?

Memang agak lama ,saya x berjumpa dengan rakan seperjuangan Bedot.Kami memang rapat semenjak dari Matrik lagi.Semua rahsia saya dan semua benda kami share bersama.Bedot adalah orang yang paling saya sayang!She is funny and funny and funny.She works as a lawyer ..and now i think she already works with Gomen tapi I'm not really sure spa jawatannya...My friend still single..so kalau ada siapa2 nak ngorat u can direct message to me..:)

Boleh  dikatakan semua rakan-rakan seperjuangan dah berjaya berkerjaya..saya tumpang bangga...dan Alahmdulillah rezeki baby dalam perut untuk makan Bubba Gump dengan Auntie Bedot...sebab memang saya sangat2 mahu makan Bubba Gump pun!gituuuuuuu


Alkisahnya..saya ingin berkongsi pengalaman manis+pahit yang sukar saya lupakan tatkala saya menyambut hari kelahiran yang ke 27 tahun ....Sungguh teruja apabali suami tiba-tiba bersiap dan mengajak saya ke Kuala Lumpur pada minggu itu..


Boleh dikatakan every week husband will drive to KL ..and this time dia ada function with #Dutchlady .so now ,kalau ada function i preferable to stay in the hotel..kalau dulu boleh la nk teman tgk dia shoot ke apa smpai habits..now tidak lagi ...hi hi hi ...So,selepas selesai event tu...suami menyuruh saya pakai baju sedondon dengan nya..walaupun bilangan baju mengandung sudah makin limited akibat kebesaran badan yang drastik ...namun,berjaya jugak ye ...menyendondon kan baju kami ...sweet sangat!

Menara KL

Drive punya drive ...last2 destination GPS menuju ke " Menara KL " ..seingat saya ..i went twice to Menara KL itu pun dah lama zaman kecik ...berbeza dengan suami,dia memang langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke Menara KL ...Jadi ,memang boleh di lihat dari mata kasar...suami saya senyum sampai ke telinga pabila smpai ke ruang legar Menara KL ...Kami di sambut baik oleh staff Menara KL ..membawa kami keliling satu bulatan building tersebut.Tampak terdapat banyak kedai cenderahati dan kedai2 dari Middle East.Harummmm ...Bau minyak attar !

Sebelum kami naik ke atas....kami sempat berposing,dan saya sempat untuk ke Toilet untuk melawaskan perut..huhuhu....terdapat surau yang agak selesa...tapi saya lebih selesa untuk bersolat di Hotel sahaja memandangkan saya agak allergic kalau pinjam telekung yang berbau ..tak kusyuk solat menahan bau..

Lift Stuck

Kami terus melangkah ke lift dan ke kaunter Restoran Atmosphere 360,restoran berputar menara kl gitu ...dan yeah my husband did a reservation ..and saya sangat teruja dengan usaha gigih suami ku ini ..I love you so much Yang ...dalam lift,memang kelihatan suami begitu happy..senyum ..senyum..senyum manja ...nak di jadikan cerita pulak,dalam lift tu cuma kami berdua ...so lagi la romantik gituuuu!!Semakin tinggi Lift ,semakin sakit gegendang telinga ku ...tiba-tiba setelah sampai ke tingkat yang diterajui ...Lift tiba-tiba berhenti dan x bukak-bukak pintu ...Awal-awal kami anggap benda ni normal ...tapi setelah 10 minit masa berlalu,suami terus contact technician dan menanyakan perihal lift tersebut...memang betul jangkaan kami .."LIFT STUCK" ..Bayangkan la muka suami yang ceria tiba-tiba jadi tension dan panik memikirkan tentang saya dan kandungan ..Actually,saya ok je..tapi rasa kesian pada suami kerana mood beliau tiba-tiba hilang 100 percent akibat kejadian tersebut..dan seriously i can see my husband effort to let us out ...tapi still kiteorg kat dalam memang cannot do anything ..just berserah pada Allah dan mendoakan yang terbaik untuk kami ...




Hampir 30 minit berada di dalam Lift,akhirnya atas kuasa Tuhan yang Maha Esa,pintu lift tersebut terbuka dan kelihatan ramai technician yang berada di luar pintu membantu kami ..Suami berterima kasih,dan sempat memberikan pesanan "ikhlas" kepada para pekerja di Menara KL..Memandangkan Menara KL salah satu tempat pelancongan di negara kita...




Agak kelakar apabila Berita sebegini masuk paper jugak :)

Restoran Atmosphere 360



Walaupun dalam hati masih berasa tidak puas hati dengan masalah lift,tapi kami tetap mampu melemparkan senyuman kerana tanak spoil kan hari kami..ceh gituu...Masuk sahaja ke dalam Restoran tersebut...terasa agak teruja dengan interior restoran tersebut .Seolah-olah berada di ruang angkasa sambil melihat panorama 360 darjah Kuala Lumpur.Suami ,menyuruh saya duduk sahaja dan beliau mengambilkan makanan dan segala-galanya.Dek akibat,trajedi lift tersebut,kami tiba-tiba menjadi famous..dan pihak Menara KL banyak kali dtg kepada kami dan memohon maaf dan memberikan cenderahati .Actually maybe sebab Azizulhasni Awang kot..Cuba saya jek yang stuck..?huhu..haaa ..
So ,makanan sangat banyak dan terdapat jugak local band yang memperdendangkan lagu2 berunsurkan Jazz yang agak memberikan aura romantik ...

Ketika duduk seorang diri,sambil melihat pemandangan KL yang diserikan cahaya ..saya amat-amat berterima kasih kepada Suami yang sanggup bersusah payah membuat kejutan istimewa buat saya sebegini rupa...Selama ini,kami just celebrate kt Melbourne tp Melbourne nk dapat makanan halal agak susah untuk kedai2 Fine Dining seperti ini ..Saya panjatkan kesyukuran juga kerana Sambutan Birthday kali ini , di sambut bertiga ...dengan baby dalam perut yang sangat aktif tendang menendang ..

Hidangan agak melazatkan ..boleh pilih apa jenis makanan ...tidak mengira jenis ..u can eat anything as long u pay!Sambil menjamah makanan,,,boleh di katakana setiap minit,ada sahaja lagu "Happy Birthday"di dendangkan oleh Band tersebut yang turun ke bawah menyanyi mengelilingi meja.Actually,dalam hati tanya gak "Adakah next turn aku?" huhu.....

Surprise!!!!!


Tunggu punya lah tunggu macam x ada je....Saya pun dah visit toilet kerap sangat dan kekerapan visit itu sudah menyebabkan hati meronta-ronta nak pulang ke hotel ...huhuhu...Suami suruh tunggu dan tunggu katanya untuk melihat pemandangan KL yang jarang-jarang di lihat dari ruang angkasa...Jadi saya pun layankan je lah...Boleh di lihat,orang makin lama makin sedikit meninggalkan restoran tersebut....Apabila ,restoran berputar betul-betul di hadapan KLCC..Kedengaran orang mendendangkan lagu "Happy Birthday to Athiah Ilyana" ...auchhh .......Dari belakang mereka hampiri dan membawakan cake coklat ..

Terasa diri sungguh berharga ...serious x tipu ...cehh ..dan mereka juga menyuruh suami mendedicate lagu buat isteri ..dan mereka akan menyanyikan on the dot ...gituuuu..Jadi lagu yang didendangkan adalah lagu "You are my everything" pilihan isteri sendiri sebab lagu2 pilihan suami tak begitu Jazz untuk didendangkan ....apa-apa pun terima kasih banyak-banyak buat suami ku yang tersayang atas kesungguhan buat macam-macam untuk saya.Next,gonna be my D-Day..

D-Day is coming up soon....



Doakan saya dan baby selamat...Saya kalau boleh nk sangat-sangat beranak pada 1 november 2012,,sebab tarikh tersebut sama birthday dengan my mom's birthday..Makbulakan laaa doaku ini ya Allah ....

1 comment:

Anonymous said...

Happy belated birthday Tya. Terharu baca kisah birthday ni, banyak memori tu :)

*semoga Allah permudahkan semua urusan Tya. Amin


-sis aida-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...